Sejak awal pagi tadi, wargamaya sibuk memperkatakan mengenai ‘sesi tidur’ siaran langsung dari Nur Sajat di aplikasi TkT0k.
Meski sudah menghabiskan sesi tersebut (end live), namun ada pengguna media sosial yang sempat merakam sedutan berkenaan lalu memuatkannya kembali di aplikasi sosial itu.
Hasil tinjauan di ruangan komen, ada netizen yang mendakwa sesi tersebut tersekat beberapa kali, mungkin kerana ada kenalan yang cuba mengejutkan penyanyi lagu Bobo Di Mana itu yang sedang tidur.
“Netizen comment ada member ke dia dalam live ni yang tahu number phone dia, tolong call haha. Pastu live terpause 3,4 kali sebab ada orang call. Tu dia bangun terus end,” respon netizen.
Dalam pada itu, ramai juga yang mengusik Sajat susulan video berkenaan yang kini tular di media sosial.
Malah kedengaran bunyi dengkur juga menarik perhatian netizen.
VIDE0.
https://youtu.be/oo2qD1-BVYo
“Haha siot lah masing-masing menyempat record.Hahaha sempat korang rakam.”
“Habislah Bang Jat.Buat hal Sajat ni, menghibur betul.”
“Amboi bunyi apa tu? Nasib tak ternganga mulut tu.Ooiii Sajat. Bunyi lori kuari je.”
“Vir4l doh Sajat lepas ni.Untungnya ramai teman tidur.”
Info Sajat.
Nur Sajat (lahir 23 Februari 1985) ialah seorang usahawan transgender wanita Malaysia yang berasal dari Perak. Sajat merupakan ikon yang penting dalam isu hak transgender serta LGBT di Malaysia secara am.
Gembira, tak sangka dah beli rumah di Sydney – Nur Sajat.
Personaliti media sosial dan usahawan sensasi, Nur Sajat, meluahkan rasa syukur apabila berjaya membeli sebuah rumah di Sydney, Australia.
Perkara tersebut dikongsikan penyanyi lagu tular Bobo Di Mana itu menerusi satu hantaran di entri Instagram miliknya.
Menurut Sajat, akhirnya dia dapat mengumpul aset sendiri di negara tersebut selepas enam bulan memulakan perniagaan secara atas talian.
“Alhamduillah, tidak sangka yang Sajat dah beli rumah di Sydney.
“Sajat amat gembira, dalam masa enam bulan, Sajat mulakan perniagaan atas talian Sydney, struggle mengenai cukai, (GST) dan sebagainya.
“Akhirnya Sajat dah mula mengumpul aset di sini… terima kasih kepada hartanah, broker, peguam saya serta accountant Sajat banyak membantu untuk urusan pembelian rumah ini,” katanya.
Mengulas lanjut, usahawan berkenaan enggan mengenang kembali segala kejadian yang menimpa dirinya tahun lepas kerana kini mahu fokus ke hadapan sahaja.
Nur Sajat kini menetap di Australia selepas berjaya memboloskan diri daripada pihak berkuasa Malaysia, tahun lalu.
Katanya, di Australia dia bukan sahaja diterima sebagai wanita, malah kerajaan negara itu banyak membantunya untuk memulakan kehidupan baharu.
Katanya Australia banyak membantu dia dari segi kemahiran dan percakapan.
SUMBER:MH
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih. Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.