Boss Besar Mydin Tak Takut Dgn Ugutan Saman Caprice, Sekali Syarikat Oppo Masuk `Tambah Perisa` Buat Caprice Makin Pening

Panas di media sosial mengenai hantaran dibuat oleh pasaran borong terkemuka, MYDIN apabila dikatakan membuat ciapan berbaur sindiran terhadap penyanyi rap, Caprice sebagai tujuan mempromosikan barang mereka.

Perkongsian yang dimuat naik di Twitter itu telah mengundang ketidakpuasan hati pemilik nama Ariz Ramli sehingga bertindak mahu saman RM30 juta ke atas pihak MYDIN jika tidak membuat permohonan maaf dalam tempoh 24 jam.

Syarikat Mydin hari ini telah memuat naik tweet dengan mengatakan “banyak betul notifications masuk hari ni.”

Mydin juga ada kongsikan pelbagai jenis cili yang mereka jual dan menasihati pelanggan supaya letak sikit-sikit ketika masak takut nanti pedas sangat.

Dalam masa sama syarikat telekomunikasi, Oppo Malaysia juga membalas Tweet tersebut dan tanya sama ada Mydin ada menjual beg plastik yang tebal dan tak koyak.

Mydin kini telah Trending di Twitter. Semoga mereka dapat hulurkan bantuan kepada mangsa banjir lagi selepas ini

‘Kalau Caprice nak saman, silakan’ – Ameer Ali Mydin

PETALING JAYA – “Kami (Mydin) tak ada sebut nama Caprice atau ‘tag’ Caprice dalam hantaran kami, kenapa dia nak terasa”.

Demikian maklum balas diberikan oleh Pengarah Urusan Mydin, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin berhubung tindakan penyanyi rap sensasi, Ariz Ramli atau Caprice yang bakal menyaman pasar raya tersebut sebanyak RM30 juta.

Mydin Boss Slams E-Commerce, Says Only Foreign Suppliers Benefit - Lowyat.NET

Katanya, pihaknya tidak membuat sebarang kesalahan dalam mana-mana ciapan dan hantaran yang dimuat naik di platform media sosial Mydin serta tiada sebarang unsur perlian atau menghina individu tertentu.
“Siapa makan cili, dia yang rasa pedas.

“Kalau betul Caprice nak saman, hantar surat saman kepada pihak kami, biar peguam saya nanti akan semakkan,” katanya ringkas.

KR1M 2.0 satu 'jenaka' kata bos Mydin

Semalam, Caprice menerusi hantarannya diInstagram memaklumkan, dia tidak teragak-agak untuk menyaman Mydin sekiranya tiada sebarang permohonan maaf daripada pihak tersebut dalam tempoh 24 jam susulan ciapan yang didakwa memalukan dirinya.

Bagaimanapun, Caprice hari ini sekali lagi memuat naik hantaran di InstaStory menawarkan perbelanjaan secara percuma kepada rakyat Malaysia di pasar raya tersebut.

“Cap nak belanja rakyat Malaysia beras, minyak dan tiga bahan lain ikut pilihan anda secara percuma minggu hadapan. Pilih lokasi mana korang (kalian) nak Cap belanja. “Subang Jaya, Bukit Jelutung atau Batu Caves,” tulisnya.

Pekerja Minta Bos Mydin Naik Lori, "Bagusnya Dato & Datin Tak Merungut.."

Mengulang lanjut, Ameer Ali mengatakan sekiranya benar Caprice ingin melakukan kerja amal di pasar rayanya, dia amat mengalu-alukan kehadiran mereka selain menawarkan 1 kilogram (kg) paket gula kepada yang terlibat.

“Baguslah kalau Caprice nak buat kerja amal, bantu orang ramai, jangan lupa hubungi pihak Mydin ikut cawangan yang diinginkan.

“Saya pun nak bantu juga, bagi yang terlibat Mydin akan beri 1kg gula kepada anda,” katanya.

‘Cap’ dan ‘rice’ tu bukan nama dia pun

Meninjau di ruangan segenap media sosial, ramai berpendapat ciapan yang ditulis oleh MYDIN di laman Twitter bukanlah merujuk kepada penyanyi tersebut memandangkan nama sebenarnya ialah Ariz Ramli.

Bahkan, dalam kamus jelas menujukkan kewujudan perkataan ‘rice’ merujuk kepada beras dan ‘cap’ iaitu topi. Ia secara tidak langsung adalah normal bagi sebuah pasaraya mempromosikan barangan yang mereka jual di media sosial kepada pelanggan.

kredit:kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply