AKIBAT terlalu ghairah melakukan aktiviti sukan lasak SurfSkate, penyanyi Cik Manggis terpaksa menanggung derita apabila mengalami kecederaan sehingga tulang siku tangan kirinya terkeluar.
Anggota kumpulan De Fam itu memberitahu, kejadian berlaku ketika dia sedang mencuba gerakan baharu sebelum tersilap langkah dan menyebabkan dia terjatuh.
Lebih malang, kejadian yang berlaku pada 18 Oktober lalu itu adalah hari ulang tahun perkahwinannya bersama suami, Syazmin Firdaus Aminuddin yang kelapan.
“Ketika kejadian saya sedang mencuba dan belajar gerakan baru dengan suami tetapi tersilap langkah lalu terjatuh sampai saya boleh dengar bunyi tulang yang retak.
Cik Manggis cedera semasa main surf skating.
“Terkeluar juga tulang siku ketika itu… memang sedih, tambahan pula pada hari kejadian adalah ulang tahun perkahwinan kami,” katanya kepada mStar.
Terdahulu, Cik Manggis atau Nurshazwani Shamsudin, 33, berkongsi tentang kejadian di Instagram miliknya yang turut memperlihatkan tangannya berbalut dan mengenakan anduh.
Berkongsi lanjut mengenai insiden itu, Cik Manggis berkata, dia bernasib baik kerana suami berada di sisi dan memberi bantuan awal apabila melihat tulang sikunya terkeluar selepas terjatuh.
Katanya, Syazmin berjaya menekan masuk tulang sikunya ke tempat asal sebelum membawanya mendapat rawatan lanjut di hospital.
“Memang menjerit kesakitan saya ketika itu apabila tengok tulang siku terkeluar tetapi nasib baik suami saya bagi pertolongan awal.
Cik Manggis bersama suami aktif dalam sukan surf skating.
“Dia tekan bahagian siku sebelum ada bunyi macam tulang itu sudah masuk balik ke tempatnya, tapi tangan saya jadi bengak sekarang ini,” jelasnya.
Disebabkan kejadian itu, Cik Manggis berkata, dia akan berehat selama sebulan bagi memastikan keadaannya kembali pulih.
Untuk rekod, pasangan suami isteri ini mula menceburkan diri dalam sukan lasak SurfSkate sejak April lalu sebagai cara mengembalikan tenaga selepas dijangkiti Covid-19.
Sejak itu, mereka sering berkongsi aktiviti yang dilakukan di media sosial.
Sumber Mstar.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.