Kakak Mengaku Tak Bersalah Bunuh Adik, Dituduh Bunuh Tanpa Niat Adik Kandung, Ini Yang Bakal Terjadi Padanya

Seorang remaja perempuan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kanak-kanak di sini hari ini atas pertuduhan tanpa niat menyebabkan kematian adiknya di Jalan Mini Stadium, Kampung Ulu Pulai, Iskandar Puteri, minggu lalu.

Tertuduh yang berusia 17 tahun 11 bulan itu bagaimana pun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Zuhainie Zull Kafli.

898F584D-B9F0-40E2-BEE0-FAFBB4C6D502

Berdasarkan kertas pertuduhan, remaja berkenaan didakwa menyebabkan kematian adik lelakinya yang berusia 16 tahun yang mana dia tahu perbuatannya mungkin menyebabkan kematian di rumah mereka di Jalan Mini Stadium, Kampung Ulu Pulai di sini, jam 1.50 petang, 19 Oktober lalu.

Perbuatan itu dilakukan pada pukul 1.50 petang di rumah mereka di Jalan Mini Stadium, Kampung Ulu Pulai, 19 Oktober lalu.

Pisau dibaling remaja terkena arteri utama adik, kata polis | Free Malaysia Today (FMT)

Anak sulung daripada lima beradik itu didakwa mengikut Seksyen 304(b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan kedua-duanya, jika disabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Johor, Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman dan Timbalan Pendakwa Raya, Hayatul Mirdah Mohd. Yunos yang mencadangkan jaminan RM10,000 terhadap tertuduh.

Sementara itu, tertuduh diwakili peguam memohon ikat jamin dikurangkan kerana masih lagi remaja dan tidak ada sebab untuk melarikan diri.

Mahkamah: Remaja perempuan dituduh bunuh tanpa niat adik kandung - Kosmo Digital

“Tertuduh tidak ada sebab untuk melarikan diri. Selain itu, kita mengambil kira juga pendapatan keluarga dan latar belakang persekolahan yang mana pada tahun hadapan, tertuduh akan mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malayaia (STPM),” katanya.

Majistret membenarkan anak sulung daripada lima beradik itu diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selain perlu melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 5 Disember sebagai tarikh sebutan semula.

Mahkamah: Remaja perempuan dituduh bunuh tanpa niat adik kandung - Kosmo Digital

Pada 19 Oktober lalu, Kosmo! melaporkan, seorang pelajar perempuan bertindak membaling pisau ke arah adik lelakinya sehingga menyebabkan remaja lelaki itu meninggal dunia.

Kejadian dikatakan berpunca kerana bergaduh akibat berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah, sebelum si kakak bertindak membaling pisau ke arah adiknya selepas dipersenda ketika masuk ke dalam rumah.

Hasil bedah siasat mengesahkan punca kematian si adik disebabkan tusukan hujung pisau pemotong sayur yang terkena pada saluran darah utama (arteri) di bahagian kanan lehernya sekali gus menyebabkan pendarahan yang banyak.

Tertuduh hadir dimahkamah ditemani ibu dan ayahnya.

Sumber Kosmo

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply