Baru-baru ini pelakon, Sharifah Sakinah memberi bayangan bahawa dia dan suami akan berpisah menerusi entrinya di Instagram.
Tampil memberi kenyataan tentang situasi itu, suami kepada pelakon tersebut, Michael Hansen menjelaskan mereka mempunyai komitmen dan tanggungjawab berat di negara masing-masing.
Jelasnya lagi, keputusan yang dibuat adalah menerusi hasil perbincangan dan dipersetujui oleh mereka berdua supaya masing-masing boleh fokus terhadap perkara penting seperti anak-anak dan keluarga.
Keputusan untuk menamatkan perkahwinan ini dibuat secara bersama selepas melalui hasil perbincangan dan dipersetujui oleh kami berdua.
Kami percaya ini adalah tindakan yang terbaik ketika ini supaya kami boleh fokus dengan perkara yang penting iaitu anak-anak serta keluarga masing-masing. Apapun, kami masih kekal sebagai kawan baik dan semuanya baik-baik saja.”
Dalam pada itu, Michael ketika ditemu bual Harian Metro memberitahu hubungan jarak jauh sangat sukar dan memerlukan usaha yang tinggi dalam mengekalkan perhubungan yang dibina.
Hubungan jarak jauh adalah sukar dan menuntut usaha yang lebih keras. Walaupun anda berada di negara yang sama tetapi berbeza bandar, ia masih sukar. Tidak kira berapa banyak anda mencuba dan berusaha keras, kadang-kadang ia sudah tidak boleh diselamatkan.”
Untuk info, Sharifah Sakinah mengumumkan telah mendirikan rumah tangga bersama Michael Hansen pada Februari lalu.
Terdahulu, Sakinah juga pernah berkahwin dengan seorang juruterbang, Aliff Adha pada tahun 2015 dan berpisah pada 2020.
“Tak Play Victim” – Sharifah Sakinah Beri Semangat Untuk Diri Sendiri Lepas Umum Berpisah
Sebelum ini nama Sharifah Sakinah menjadi bualan warganet apabila dia mendedahkan bahawa akan berpisah dengan suaminya, Michael Hansen.
Perkara itu turut disahkan oleh Michael yang mendakwa sebab mereka berpisah kerana masing-masing mempunyai komitmen dan tanggungjawab berat di negara sendiri.
Terbaharu, Sharifah Sakinah atau mesra dipanggil Kina memuat naik satu posting yang memberi semangat buat dirinya.
Setiap hari saya terpaksa menangani penilitian daripada warganet yang menilai saya sebagai diri saya.”
Dalam pada itu, pelakon Girlfriend Aku Dari Neraka itu juga menyatakan segala dugaan yang dihadapi menjadikan dirinya lebih kuat untuk meneruskan misi hidup.
Tapi takpa jangan pernah meletakkan diri sebagai mangsa atau menjadi mangsa kerana setiap segala cabaran membuatkan saya lebih kuat untuk meneruskan misi hidup saya.”
Untuk info, Sakinah dan Michael mendirikan rumah tangga pada hujung 2020 namun mengambil keputusan untuk berpisah kerana faktor hubungan jarak jauh dan kerja masing-masing.
Sumber BN
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.