Zamani Selamat Jalani Pembedahan Tulang Belakang, Isteri Kongsi Keadaan Terkini Zamani

PENYANYI zamani dilaporkan selamat menjalani pembedahan bagi membetulkan tulang belakangnya yang melengkung akibat penyakit skoliosis di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur pada Isnin.

Isteri bekas anggota kumpulan Slam itu, Nur Juliana Abd Rani memaklumkan mengenai perkembangan terbaharu itu selain mengucapkan terima kasih atas doa peminat untuk kelancaran prosedur pembedahan berkenaan.

Isteri Zamani Slam mohon doa untuk suami tercinta - BebasNews

“Syukur Alhamdulillah. Dengan izin Allah Abang Zamani selamat menjalani pembedahan sebentar tadi. Terima kasih atas doa-doa buatnya,” katanya.

zamani 2

Zamani, 51, dilaporkan menjalani pembedahan berkenaan selama dua jam setengah dan dijangka dibenarkan pulang ke rumah dalam tempoh beberapa hari akan datang.

Berkongsi mengenai pembedahan itu sebelum ini, Zamani menjelaskan dia akan menjalani latihan fisioterapi dan tempoh pemulihan bergantung kepada tahap kekuatan antibodi dirinya.

MYARTIS.COM | MYARTIS | MY | ARTIS: "KESIAN LAKI AKU, SATU SEN PUN TAK DAPAT" - PENGANJUR TAMPIL JELASKAN ISU ISTERI ZAMANI LUAH BENGANG BERHUBUNG DUIT KONSERT

“Menurut kata doktor saya boleh pulih dalam tempoh dua hingga enam minggu. Saya akan menjalani latihan fisioterapi.

Local singer Zamani, organiser resolve concert payment issue over concert, Zamani focussing on scoliosis surgery (VIDEO) | Malay Mail

“Untuk kembali pulih mungkin ambil masa selama tiga bulan. ia bergantung pada kekuatan antibodi,” jelasnya dalam satu majlis doa selamat yang berlansung pada minggu lalu.

Untuk rekod Zamani mula menghidap penyakit tersebut sejak 2015 dan keadaan dilihat semakin teruk apabila badannya tidak boleh berdiri tegak ekoran tulang belakangnya melengkung.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply