Mereka Sanggup Bawa Jengkaut Korek Pasir Pantai Dan Tanam Ayah Mereka Kerana Str0k. Netizen Tanya Kenapa Dan Ini Yg Mereka Jawab

JANGAN sesekali berputus asa kerana setiap apa yang diusahakan pasti akan berhasil, dengan izinNya.

Begitu juga dalam salam perubatan, kita digalakkan untuk berikhtiar sedaya mungkin bagi mengubati penyakit selagi hayat dikandung badan.

Seperti keluarga ini, mereka dilihat membawa seorang lelaki warga emas yang dipercayai menghidap strok bagi menjalani terapi di tepi pantai.

Sebuah keluarga berkongsi salah satu cara unik diusahakan mereka bagi merawat penyakit saraf bapanya yang sedang mengalami masalah strok.

Video yang dimuat naik seorang pengguna akaun TikTok @sueee_89, memaparkan tindakan mereka sekeluarga menanam sebahagian badan bapanya itu ke dalam pasir pantai di bawah cuaca panas terik.

Tindakan mereka itu juga menjadi persoalan dalam kalangan orang ramai yang bertanyakan tentang kaedah tersebut.

“Asalnya mentua tak larat dah dan tak boleh berjalan mana-mana, apabila kami tanam, dah gagah boleh berjalan semula.

“Alhamdulillah, memang selepas tanam dia (bapa) segar sedikit dan santai-santai,” katanya menerusi keterangan video.

Lebih menarik apabila mereka menggunakan khidmat jengkaut yang juga milik salah seorang ahli keluarga untuk mengorek lubang.

Kejadian tersebut berlaku di Pantai Sungai Ular, Kuantan, Pahang.

VIDEO:

https://www.youtube.com/watch?v=3niRwgwuvrY

Tambah pemilik akaun tersebut, mentuanya itu sudah beberapa kali menjalani kaedah seperti ini yang membantu mengaktifkan dan memulihkan saraf-saraf yang terjejas.

“Mentua juga ada mendapatkan rawatan moden di hospital selain menggunakan kaedah alternatif seperti ini.

“Usaha untuk orang tersayang itu penting. Selebihnya kita doa dan minta pada Allah,” ujarnya.

Video lain boleh ke Tiktok : https://www.tiktok.com/@sueee_89

Ujar Suliana, mentuanya sudah beberapa kali menjalani kaedah berkenaan selain turut mendapatkan rawatan moden di hospital.

Netizen di ruangan komen menzahirkan rasa kagum dengan komitmen keluarga itu untuk merawat bapa mereka.

“Usaha untuk orang yang tersayang tu yang penting. Selebihnya kita doa minta dengan Allah. Janji usaha.

 

 

“Hebat kesemuanya dari ayah sampai ke anak, tahniah semua. Untuk pakcik, moga cepat sembuh, amin.

“Kenapa aku pula sedih, tahniah pakcik berjaya didik anak-anak pakcik menjadi anak yang soleh dan solehah,” kata sebahagian warga maya.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

 

Be the first to comment

Leave a Reply