Roslan Saleh masih kenal rakan-rakan artis yang ziarahinya
Keadaan kesihatan pelakon veteran, Roslan Saleh yang sebelum ini dilaporkan kian merosot kini dilihat semakin baik sewaktu rakan-rakan artis melakukan ziarah baru-baru ini.
Menurut laporan mStar Online, pelakon Anne Abdullah memaklumkan, Roslan atau mesra dipanggil Pak Lan masih mengenali rakan-rakan seperti Fauziah Nawi dan Liza Abdullah walaupun penglihatannya bermasalah.
“Alhamdulillah, saya lihat keadaannya kini semakin baik. Abang Lan sudah boleh duduk dan berselera makan.
“Walaupun penglihatannya sudah tiada namun dia masih mengenali kami yang datang menziarahinya baru-baru ini,” katanya.
Anne berkata, aktor berusia 65 tahun itu kelihatan lebih gembira dan bersemangat apabila dikunjungi rakan-rakan yang bertanya khabar akibat menghidap penyakit diabetes kronik.
“Meskipun kami semua sibuk dengan urusan kerja, Alhamdulillah kami cuba luangkan masa berjumpa dengannya. Saya harap rakan-rakan selebriti lain turut datang menjenguk Abang Lan,” ujarnya.
Sementara itu, dia turut menjelaskan bahawa masalah penglihatan Pak Lan bukan disebabkan penyakit diabetes tetapi adalah kerana sering mengalami sakit kepala kronik.
Berikutan itu, doktor membuat keputusan bagi mematikan saraf pada bahagian mata untuk mengurangkan sakit kepala yang dihadapinya.
Terdahulu, media melaporkan kesihatan Pak Lan kurang memuaskan akibat penyakit diabetes yang dihidapinya sejak 10 tahun lalu.
Lebih sukar apabila dia tidak mampu berjalan selepas bahagian kakinya melecur ketika membuat rawatan alternatif sehingga perlu dimasukkan ke hospital pada Mei lalu.
Dalam pada itu, Anne turut berpesan kepada rakan selebriti yang mengenali Roslan agar meluangkan masa menziarahinya.
“Penglihatannya mungkin terjejas tetapi selepas melakukan pembedahan itu, Abang Lan kini tidak lagi menanggung sakit kepala kronik,” katanya.
Sementara itu, Anne memberitahu sekiranya orang ramai ingin memberi bantuan kepadanya, mereka boleh berbuat demikian dengan membeli produk jualan Roslan sebagai tanda sokongan.
“Sewaktu Abang Lan masih sihat, dia rajin ikut kami berniaga. Mungkin ramai yang tak tahu, perniagaan jualan sambal hitam dan daging dendeng yang diusahakan masih lagi dijual.
“Kami rakan-rakan selebriti turut membeli sebagai tanda sokongan dan membantu mana yang termampu,” katanya.
Terdahulu, kesihatan Roslan dilaporkan berada dalam keadaan kurang baik akibat penyakit diabetes yang dihidapinya sejak 10 tahun lalu.
Keadaannya menjadi lebih teruk apabila dimasukkan ke hospital pada Mei lalu kerana melecur pada bahagian kaki.
Sumber Mymediamaya/Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.