Nourul Wahab Jumpa Sajat, Ternganga Dengar Kisahnya Di Australia!

PENYANYI Nourul Wahab terinspirasi mendengar kisah Nur Sajat dan menyifatkan usahawan sensasi itu seorang individu yang kuat.

Nourul atau Nourul Huda Abdul Wahab, 43, berkata, dia terkejut mendengar cabaran terpaksa dilalui Sajat ketika bertemu dengan Sajat di Sydney, Australia.

“Inspired dan sentiasa sebut Allahuakbar dengan ceritanya. Ya Allah Jat, kau kuat dik.

“Ternganga mulut mendengar cabarannya dan buat anda tertanya,” katanya.

sajat1 - 1

Nourul bertemu Sajat di Sydney, Australia.

Nourul berkongsi pertemuan dengan Sajat di Sydney ketika bercuti di negara tersebut di Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Nourul meminta orang ramai tidak mudah menjatuhkan hukum terhadap perjalanan kehidupan seseorang dan berhenti bertanya mengenainya.

Malah penyanyi itu turut menyarankan agar usahawan sensasi itu menutup kisah silamnya dan disimpan sebagai lipatan sejarah kehidupan.

“Terima kasih Sajat. Orang tanya apa yang menakjubkan? Jika anda tidak tahu perjalanan seseorang, sebaiknya jangan tanya kenapa.

“Tutup kisah itu. Simpan dalam lipatan sejarah kehidupan,” ujarnya.

Malah Nourul sendiri berjanji untuk menyimpan kisah dikongsi Sajat kepadanya dan menyifatkan usahawan itu seorang yang baik hati.

Untuk rekod, Sajat pernah mencetuskan misteri apabila gagal dikesan pihak berkuasa selepas waran tangkap dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada 23 Februari 2020.

sajat2 - 1

Bercuti bersama anak sulungnya, Ayu Nazirah.

Sajat dilaporkan berjaya meloloskan diri ke Thailand ketika negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Persembunyian usahawan itu akhirnya terbongkar apabila dia ditahan pihak Imigresen Thailand pada 8 September 2021 di sebuah kondominium di Bangkok atas tuduhan memiliki pasport tidak sah.

Ketika itu, Sajat mengemukakan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian (UNCHR) sebelum berhijrah ke Australia.

Antara komen netizen,

Jadi terus nak kata dia baik ke kalau asyik sebut Allahuakbar.

Terkejut takpe nurul oiii, asal jangan terkentut.

Hebat sangt bang sajat yer smpai ternganga…
Elok jadi calon sajat nih.. iyer boleh menang wo 12k konfirm sokong die dah sbb die kelakor.

Sampai ternganga mulut ya awak Nourul Johny Depp yes papa… Beriya benar.

Setelah Sajat duk berdua dengan perempuan boleh dapat beza yang Sajat itu sebenarnya seorang lelaki…

Kebetuln masa tgh sdp bercerita nourul menguap…dktakn terngnga smpai berair air mata.

Jantina pn dia leh tukar..inikan plak sembang petang..pcaya beno

Sumber on Mstar.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply