Adik Sajat tiba-tiba meletus! Tuduh abang kaki kelentong… “Kau penipu makan duit orang ramai”

NAMA usahawan kontroversi Nur Sajat dan adiknya iaitu Mustika menjadi perhatian sejak beberapa hari lalu apabila kedua-dua dilihat berbalas kenyataan memburukkan antara satu sama lain di media sosial.

Mustika secara terbuka mendedahkan abangnya itu sebagai seorang kaki penipu malah pernah menganiaya orang lain untuk mengaut keuntungan dalam perniagaan.

“34 tahun aku kenal kau. Akulah adik yang dipijak supaya kau naik. RM50,000 aku tolong ketika tiada orang percaya kau boleh buat perniagaan. Tapi akulah tolong kau.

Masalah Sajat dan Mustika kembali jadi bualan hangat.

“Penipu! Kau penipu makan duit orang ramai. Kau tabur fitnah, buka aib, guna segala duit untuk kawal orang lain,” katanya.

Mustika membuat pendedahan tersebut menerusi hantaran di Instagram yang turut memuat naik rakaman perbualan Sajat bersama ibu mereka.

Dalam pada itu, Mustika juga mendakwa Sajat mempergunakan adik bongsu mereka sebagai penama ketika membuat pinjaman bank sehingga menyebabkan namanya disenarai hitamkan.

“Begitulah nasib semua yang pernah kenal Sajat. Adik bongsu pun kau buat sampai blacklist. Guna akaun adik sampai dia tak boleh buat pinjaman.

“Muhammad Sajjad tidak bertanggungjawab! Dia umpama dajal yang menyebar fitnah tanpa bukti. Sekarang ini kau kerja apa pun kami tak tahu,” katanya.

Sementara itu, Sajat yang kini bergelar pelarian di Australia turut ditanya mengenai persengketaan mereka yang dikatakan sudah berlarutan sejak tahun lalu.

Sajat menerusi sesi siaran langsung di TikTok bagaimanapun memberitahu memaafkan apa sahaja kenyataan dikeluarkan Mustika namun enggan kembali berbaik dengan adiknya itu.

“Biarlah dia nak cakap apa. Kalau nak tahu apa isunya korang boleh cari di YouTube. Saya maafkan apa sahaja yang dia cakap. Tapi untuk berbaik memang taklah,” tegasnya.

Untuk rekod, Sajat pernah mencetuskan misteri apabila gagal dikesan pihak berkuasa selepas waran tangkap dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam, Selangor pada 23 Februari 2020.

Sajat kini menetap di Australia.

Sajat dilaporkan berjaya meloloskan diri ke Thailand ketika negara berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Persembunyian usahawan itu akhirnya terbongkar apabila dia ditahan pihak Imigresen Thailand pada 8 September 2021 di sebuah kondominium di Bangkok atas tuduhan memiliki pasport tidak sah.

Ketika itu, Sajat mengemukakan kad pelarian Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pelarian (UNCHR) sebelum berhijrah ke Australia.

Sumber Mstar .

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply