Assalamualaikum semua pembaca. Nama aku Tia, aku da berkahwin. Mungkin cerita aku pernah dialami para isteri diluar sana. Aku pasti bukan aku sorang je yang alami situasi macam ni. Cuma bnyak isteri yg berdiam dan tak ambil kisah atau mungkin tuntut perpisahan.
Kisah nya bermula macam ni, tahun lepas kami pernah ke pejabat agama, selepas dia kantoi ada akaun dengan nama palsu, dan dia duk post video bukan bukan non-stop kat situ. Kantoi dengan saya, saya terus avoid dia. Saya mintak nak berpisah.
Sebab dah banyak kali kantoi banyak benda yang berdosa besar. Kalau hukum hudud ada kat negara ni dah kena dah dia, tak sempat nak bersama dengan banyak perempuan macam ni. sy malu ada pertalian suami dengan dia. Isteri sendiri ada tapi tak sentuh, duk tengok video bukan bukan.
Patutlah setiap malam tidur lewat. Yang tengok benda bukan bukan tu praktis kat mana? Tapi dia mintak untuk sesi kaunseling. Masa tu kaunseling tu, 1st time sy luah separuh daripada apa yg terbuku dihati, Sumpah, kalau kantoi dengan sy sebelum kawin, saya takkan kawin dengan lelaki macam ni.
Sebelum kawin memang saya ada syak macam-macam tapi kita bersangka baik. Mungkin saya je syak macam-macam. Tapi percayalah naluri wanita memang tepat. Lelaki cuma sweet talker, tu yang buat wanita tertipu.
Lepas kawin saya start ada keputihan yang terlalu banyak, dan itu petanda awal yang saya mula syak ada yang tak kena.. Saya beranikan diri bertanya sebab benda ni tak pernah jadi kepada saya. Dan memang ya. Dia bukan teruna. Dia pernah terlanjur.
Dia cerita hanya terlanjur dengan ex dia dulu, lebih 5 tahun dulu. Katanya ex dia memang ada keputihan. (Eh kau ingat keputihan ni keputihan je? penyakit kelamin yg lain pun keluar cecair kat situ, bukan sekadar lendiran biasa) sebelum kawin kata segar dari ladang, lepas kawin baru mengaku.
Dia salahkan ex dia dulu. Tapi hakikatnya lepas tu, sy berjaya bongkar banyak kisah dia bersama dengan btina-btina lain. Ya Allah penykit apa yang kau bagi kat aku ni suami? Aku jaga diri, tak pernah disentuh lelaki. Lepas kawin baru aku bagi kau sentuh, kau bagi penyakit kat aku?
Tapi, Kita isteri ni cepat lembut hati, maafkan walaupun tak boleh lupakan. Tapi keputihan yang keluar tu, warna pun dah pelik. Kuning pun ada. Berterusan sampai mengandung, doktor bagi antibiotik, sy terpaksa makan sebab takut kuman affect baby.
Tapi dalam masa yang sama saya takut jugak makan certain antibiotic masa mengandung, takut risiko kepada baby. Sebab masatu saya baru nak masuk trimester kedua. Alhamdulillah anak sy takde pape, tapi lahir terus kena tahan ward kerana jangkitan kuman.
Banyak kali sangat dah saya berlembut hati. Semuanya kerana fikirkan anak. Tapi sampai bila? Saya dah letih. Nafkah zahir batin dua-dua tak dapat. Nafkah zahir, biasanya dapat masa makan kat kedai je, dia bayar. Yang lain 90% sy bayar sendiri.
Loan rumah dan kereta pun kami share 50:50. Nafkah btin? Sy dapat nafkah btin kerap masa beberapa bulan lepas kahwin je, sebab sy agak lambat mengandung dan suami rasa tergugat bila kawan dia tanya bila nak dapat anak, kawan-kawan dia semua isteri mengandung terus lepas kawin.
Sedangkan saya dah lebih setengah tahun kawin tapi tak mengandung. Masatu jelah ada nafkah batin. Lepas konfem mengandung, tu titik permulaan kepada nafkah batin sekali dalam 2-3 bulan. Dan saya pregnant, mestilah tak period.
Walau diajak, tapi dia melengahkan (menolak tapi tak cakap, duk sibuk buat benda lain, main hp, etc), akhirnya saya tidur dalam air mata almost setiap malam. Sampai saya terfikir nak beli benda yang bukan bukan. Sehingga ke bersalin sy makan hati.
Dan 8 bulan lepas bersalin baru dia ajak bersama. Sebelum anak umur 8 bulan tu, banyak kali sy ajak, sy bagi hint tapi dia buat-buat sibuk. So agak-agak kat mana dia lepaskan kat mana? Lelaki-lelaki boleh jawab ke, suami ni jenis yg tak tahan keinginan selama ni, tiba-tiba tak sentuh bini lamaaa sangat.
Lepas keinginan kat mana? Sekarang, setiap kali bersama pun sekejap sangat. 10 minit tu paling lama dah. Dan Sebulan biasanya 1 kali, kadang-kadang 2kali. Sy ni ibarat kawin tanpa nafkah. Dan menanggung banyak perbelanjaan. Bil yg beratus sy bayar sebab dia kaki aircond, makan pakai pun saya bayar.
Keperluan anak pun byk yg sy bayar. Sebelum bersalin, barang keperluan baby semua sy tanggung sendiri. Dalam kepala sy, akulah suami akulah isteri. Lagi dasyat dari orang yg tak kawin sebab utk certain benda, sy tanggung suami.
Sumber KRT
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.