Allahuakbar Tak Sanggup Nak Tgk! Tragis Bapa Cuma Mampu Lihat Anak ‘Diratah’ Buaya, Perakam Macam Tak Rasa Simpati

NGERI dan memilukan!

Begitulah gambaran yang dapat diberikan tentang seorang bapa yang didakwa hanya mampu melihat anaknya dibaham seekor buaya.

Melalui satu hantaran asal yang tular di akaun Facebook MY Lahad Datu, mangsa dan bapanya dipercayai sedang berkayak apabila disambar buaya.

Ketika kejadian yang mencemaskan itu, bapa mangsa cuba bergelut dengan reptilia tersebut dalam usaha terakhir untuk menyelamatkan anaknya.

Gambar yang dimuat naik di rungan komen juga menunjukkan badan si bapa mempunyai kesan gigitan buaya sehingga menampakkan warna merah isi daging.

Lelaki itu kemudiannya kedengaran seperti sedang cuba ‘menghadam’ apa yang berlaku dan sedang meratapi pemergian anaknya yang cukup tragis itu dalam dialek Sabah.

Dia dilihat hanya merenung jauh ke arah tasik yang menjadikan anaknya korban sambil bertinggung di gigi air tasik itu.

Dalam satu video lain yang dimuat naik di ruangan komen, dipercayai rakaman sebuah dron, dapat dilihat buaya itu sedang meratah jasad mangsa yang sepertinya tidak lagi bernyawa.

Video seterusnya yang dimuat naik menunjukkan ketegangan di antara bapa mangsa dan perakam video itu.

Berdasarkan beberapa komen warga tempatan yang memahami dialek Sabah, bapa mangsa dikatakan sedang meminta sebatang rokok untuk menenangkan dirinya.

Kedengaran juga seperti perakam menyalahkan bapa mangsa di atas kejadian itu.

“Siapa suruh kau lari tadi, kan dah kena makan buaya,” kata perakam.

Kesian pakcik tu, kenapa cakap macam itu, langsung tak ada simpati.

Semakan mStar di akaun Facebook rasmi Balai Bomba dan Penyelamat Lahad Datu mendapati kejadian tersebut telah disahkan oleh pihak berkuasa tempatan.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan (PBK), Asmori Dahhiarsyah menyatakan kejadian berlaku di Markas Operasi Pasukan Gerakan Marin, Lahad Datu, Sabah.

“Seorang mangsa telah berjaya diselamatkan orang awam manakala seorang lagi masih belum dijumpai.

Operasi mencari dan menyelamat di lokasi kejadian.

“Mangsa yang diselamatkan dilaporkan mengalami kecederaan parah telah dihantar ke hospital menggunakan ambulans untuk mendapatkan rawatan selanjutnya.

“Pasukan Bomba dan Penyelamat Lahad Datu sedang menjalankan operasi Search and Rescue (Surface) bersama agensi bantuan Polis Marin menggunakan bot di kawasan kejadian,” kata Asmori.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warga maya menyelar tindakan perakam yang tidak menunjukkan simpati terhadap bapa yang baru kehilangan anaknya.

Bapa mangsa meraung kesedihan.

“Kesian pakcik tu, kenapa cakap macam itu, langsung tak ada simpati.

“Yang rakam ini macam tidak ada adab perikemanusiaan. Orang tengah sakit kehilangan anak depan mata.

“Kurang ajar, boleh pula dia cakap macam tu, dia tak tahu perasaan si ayah tu sebak macam mana,” kata sebilangan warga maya.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply