Baru Je Kahwin, Inai Tak Hilang Lagi Tapi Dai Syed Dah Buat Isteri Merajuk, Rupanya Masa Tgh “Live” Dai Syed Buat Benda Ni

Umum tahu baru-baru ini Dai Syed selamat mendirikan rumah tangga bersama pilihan hati, Hana Ismail.

Perbezaan sembilan tahun di antara mereka tidak menjadi halangan untuk disatukan, malah mendapat pujian daripada netizen atas keserasian pasangan ini.

Namun, tindakan Dai Syed yang bergurau tentang kahwin lain menerusi live Instagram semalam menarik perhatian ramai.

Menerusi live yang dimuat naik seorang individu di Tiktok, dipercayai tujuan live yang dibuat pasangan selebriti itu adalah untuk membuka hadiah-hadiah yang diterima ketika majlis perkahwinan mereka.

Sementara itu, walaupun pasangan itu masih baru dalam alam perkahwinan, mereka tetap romantis dengan berbalas usikan dengan satu sama lain.

Walau bagaimanapun, netizen terhibur dengan gurauan yang dibuat Dai Syed ke atas Hana dengan usikan tentang memiliki isteri lebih dari satu.

Saya mintak izin dulu dari awak.

“Saya Minta Izin Dululah” – Bergurau Nak Lebih Daripada Satu Isteri, Da’i Syed Buat Isteri ‘Merajuk’ Ketika ‘Live’

Gurauan yang dibuat Dai Syed membuatkan riak wajah isterinya itu serta merta berubah.

Dalam pada itu, segelintir warganet menasihati Hana untuk tidak berfikir ke arah itu dan doakan yang terbaik sahaja.

VIDEO:

 

Menerusi ruangan komen, ramai netizen memuji pasangan ini yang menurut mereka comel dan sweet.

Sesetengah netizen memuji cara percakapan Hana yang lemah lembut dan ada yang menegur Syed agar menjaga hati isterinya dengan baik.

Sekadar info, Dai Syed dan Hana Ismail selamat diijabkabulkan jam 11.46 pagi, pada 3 Disember 2022.

Sumber : Oh Bulan / BeautifulNara.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

 

Be the first to comment

Leave a Reply