Selepas Ditegur Ajai Macam ” Makcik-Makcik” Smp Terasa Hati Dalam Famili Duo, Adik Beradik Tokti Akhirnya Bersuara

PESERTA Famili Duo iaitu Siti Saida dan Siti Saerah mengaku terasa hati dengan teguran salah seorang juri profesional program berkenaan, Ajai yang memberi gelaran makcik-makcik kepada pasangan adik beradik berkenaan.

Siti Saida atau Siti Norsaida Tarudin, 46, berkata, dia menyedari usia mereka sudah lanjut berbanding peserta lain namun menerima baik teguran diberikan Ajai kepada mereka untuk memperbaiki diri pada minggu akan datang.

“Kami tahu umur kami memang dah level ‘makcik-makcik tapi terasa jugalah. Kami memang dah sampai tahap itu berbanding dengan anak-anak muda, jadi kami mungkin ambil masa lebih nak berlawan dengan mereka.

“Saya dan Saerah akan perbaiki diri tapi komen itu membantu sebenarnya agar kami lebih peka… kami akan tukar ‘makcik-makcik’ kepada ‘adik-adik’,” katanya kepada mStar.

Saida dan Saerah terima baik komen dari Ajai.

Saida dan Saerah mengulas mengenai komen Ajai ketika ditemui selepas program minggu pertama di Plaza Alam Sentral, Shah Alam pada malam Ahad lalu.

Dalam pada itu, Saerah atau Siti Nursairah Tarudin, 39, menyangkal dakwaan dia menangis selepas dipanggil makcik semasa mendengar komen juri.

Sebaliknya kata Saerah, dia sedikit beremosi ketika menyampaikan lagu Teman Tapi Mesra, Pupus dan Pudar sehingga mengalirkan air mata.

“Saya bukan menangis sebab itu tapi lagu yang dibawa membuatkan saya sebak.

Famili Duo | Minggu 1: Siti Sairah & Siti Saids - YouTube

“Komen Ajai kami ambil secara positif dan tiada masalah kami bersaing dengan pendatang baru yang lebih fresh dan mempunyai perbezaan ketara,” jelasnya.

Sementara itu, Saida juga memberitahu bahawa dia agak takut berada di atas pentas sehingga membuatkan dia berfikir pelbagai pekara yang memberi kesan kepada persembahannya.

“Saya sebenarnya sememangnya dari dulu badi pentas, tugas diberi di pentas yang besar ini agak mencabar dengan adik-adik kita. Saya akan perlahan-lahan buang perkara yang merisaukan itu.

Saida akui gementar berada di atas pentas.

“Rasa mencabar tapi seronok dengan mereka… mereka pun banyak beri semangat pada kami. Jadi sedikit sebanyak rasa nervous dah banyak kurang cuma jangan buat silap sahaja,” kongsinya.

Untuk rekod, pasangan duet Bella Astilah dan Wani Kayrie berada di kedudukan pertama dengan markah 62.4% diikuti dengan Ayda Jebat dan Fyna Jebat (59.7%), Naim Daniel dan Sissy Iman (58.0%), Sabhi Saddi dan Fareedpf K-Clique (45.4%).

Manakala Ara Johari dan Shaffiq Erwin (42.6%), Siti Saida dan Siti Sairah (35.4%) serta Zaki Yamani dan Yamani Abdillah (32.5%) berada di kedudukan tiga di bawah.

VIDEO persembahan mereka,

https://www.youtube.com/watch?v=258JOZ20YKI

Video belakang tabir,

Sumber : MSTAR ONLINE

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply