Pakai Dress Ikat Belakang, Netlzen Perasan Sesuatu Perubahan Pada Iofa. Tk Sangka Secepat Ini

Gara-gara memakai dress bertali belakang, usahawan dan selebriti popular Neelofa didakwa sedang hamil cahaya mata kedua.

Spekulasi tersebut timbul selepas seorang pengguna TkTok, @seorangnur berkongsi satu video kelihatan selebriti berusia 33 tahun itu sedang menjayakan penggambaran bersama suaminya Haris Ismail.

Video berdurasi 15 saat itu memperlihatkan Neelofa mengenakan dress berona hijau yang diikat pada bahagian belakang membuatkan netizen mendakwa penampilan berkenaan sinonim dengan ibu hamil.

Malah, segelintir individu juga menilai pengerakan bekas pengacara MeleTOP itu yang dilihat agak sukar untuk duduk ketika menghulurkan secawan air kepada suaminya.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meninggalkan komen sedemikian selain turut mendakwa fizikal ibu kepada seorang anak lelaki Muhammad Bilal itu dilihat semakin berisi.

Terdahulu, Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd Noor didakwa sedang berbadan dua selepas dilihat berkerusi roda ketika tiba di lapangan terbang di Brunei atas urusan perniagaan.

Gara-gara muncul berkerusi roda, selebriti berniqab Neelofa didakwa sedang hamil anak kedua. Spekulasi tersebut dicetuskan segelintir netizen sehingga menjadi bahan bualan hangat dalam media sosial, khususnya socmed.

Dalam video viral tersebut, Neelofa yang memakai persalinan warna coklat muda disorong oleh suaminya, Haris Ismail ketika tiba di lapangan terbang di Brunei bagi tujuan perniagaan.

Disebabkan muncul berkerusi roda, netizen mula berteka-teki, pengacara Next To Neelofa itu tidak mampu untuk berjalan dalam jarak yang jauh kerana sedang berbadan dua.

“Mengandung lagi ke Neelofa? Kalau ya, tahniah,” komen netizen. “Alhamdulillah Bilal bakal dapat adik,” dakwa seorang lagi pengguna TikTok.

Dalam pada itu, terdapat juga segelintir netizen yang menasihatkan agar orang ramai tidak terburu-buru membuat spekulasi tidak benar hanya kerana Neelofa berkerusi roda.

“Selalunya ada saja perempuan yang tidak larat nak jalan jauh, jadi tidak pelik pun Neelofa naik kerusi roda,” kata netizen.

Mengimbas semula, Neelofa sebelum ini merahsiakan mengenai kehamilan bayi pertamanya, Muhammad Bilal sehingga sekitar usia kandungannya mencecah lapan bulan.

Neelofa yang menamatkan zaman bujang dengan Haris pada 27 Mac 2021 dan menimang cahaya mata pertama pada 29 Januari lalu.

Berdasarkan sebuah hantaran di Instagram XTRA, ada individu tampil menjelaskan situasi sebenar mengapa ibu anak satu ini terpaksa berkerusi roda ketika tiba di Brunei Darussalam.

“No. She got gastric camp. That is why she is using wheel chair. Perkara ni telah disahkan oleh RB Brunei groundstaff. We hope that this shall answer all the speculation on why she is on wheel chair,” tulisnya.

Sumber : ohmymedia dan yt kokoci tv

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply