Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba sahaja nama penyanyi Cat Farish menjadi bualan ramai selepas isterinya baru-baru ini mendakwa telah dicer4ikan olehnya.
Menurut Suriani Hassan, suaminya itu telah melafazkan talak terhadapnya malah dia juga terkejut apabila Cat dikatakan telah melafazkan cer4i sebanyak tiga kali dalam satu masa, tanpa sebab munasabah.
”Sehingga hari ini saya masih tertanya-tanya kenapa saya diceraikan.”
Kata wanita berusia 36 tahun itu, dia telah pun mendaftar untuk pengesahan cer4i di Mahkamah Syariah Sendayan, Negeri Sembilan pada 16 Disember untuk menentukan berapa jumlah talak dilafazkan oleh Cat.
PENYANYI Cat Farish mohon diberi ruang menyelesaikan masalah rumah tangga dihadapi selepas isterinya mendakwa dicer4ikan sebanyak tiga kali dalam satu masa tanpa sebab.
Cat atau Farrish Zaquan, 46, berkata, dia kini dalam proses untuk memperbaiki kesilapan dan berharap agar peminat mendoakan yang terbaik buat dia dan isteri.
“Sebenarnya perkara ini adalah hal peribadi yang tak dapat dikongsikan lagi. Cuma saya nak minta untuk semua berdoa yang baik-baik.
“Saya enggan memberi komen lanjut kerana situasi pun sedang ‘panas’. Saya tidak mahu ada salah faham di antara kami yang mengeluarkan kenyataan mengikut emosi,” katanya ketika dihubungi mStar.
Dalam pada itu, Cat memberitahu dia tidak mahu mengeluarkan sebarang komen berhubung isu rumah tangganya sebaliknya menunggu perbicaraan di mahkamah pada 16 Januari 2023.
Kata Cat, dia menyerahkan kepada mahkamah bagi membuat keputusan berhubung tiga lafaz cerai yang dibuat terhadap isteri.
“Mengenai perkara ini saya perlu dapatkan pengesahan daripada pihak mahkamah dan bertanya apakah yang harus saya lakukan.
“Sebab perkara ini mungkin berlaku tanpa niat, iyalah kita kadang-kadang pun stres. Jadi, saya hanya mahu menunggu 16 Januari ini untuk mengetahui status sebenar kami,” ujarnya.
Sementara itu, Cat menjelaskan dia bukan cuba melarikan diri daripada masalah sebaliknya mahu menyelesaikan kemelut itu tanpa sebarang emosi yang boleh mengeruhkan keadaan.
“Kalau saya berbincang dengan isteri, kemungkinan kami akan sama-sama terperangkap dalam emosi. Jadi, saya rasa adalah lebih baik sekiranya masalah seperti ini dibawa pada pihak yang tidak akan mengeruhkan keadaan.
Tambahnya lagi, usaha bagi menyelesaikan masalah tidak disambut baik apabila Cat yang dihubungi sebanyak tiga kali tidak memberikan sebarang respon positif.
Ketika ditanya, Cat berkata dia juga sedang mencari penyelesaian yang terbaik namun enggan mengulas lanjut tentang dakwaan isterinya itu.
Saya perlu dapatkan pengesahan daripada pihak mahkamah. Sebab perkara ini mungkin berlaku tanpa niat, iyalah kita kadang-kadang pun stres. Jadi, saya menunggu 16 Januari untuk tahu status sebenar kami.”
Dalam pada itu, penyanyi berusia 48 tahun tersebut turut memohon orang ramai agar mendoakan yang terbaik buat dia dan Suriani.
Untuk rekod, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 20 November 2020.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.