Peguam Bainun ‘Upload’ Foto Bersama, Tayang Keakraban Dengan Siti Bainun, Rupanya Ini Penjelasan Peguam

Beberapa hari yang lalu, kita dimaklumkan dengan satu berita mengenai kesemua peguam bela Siti Bainun menarik diri dalam kes mengabai serta mendera remaja istimewa, Bella.

Susulan berita tersebut tersebar, peguam Nurul Hafidzah Hassan telah tampil memberi penjelasan sebab menarik diri dan kini, melalui platform Facebook, seorang peguam lain bernama Asiah Abd Jalil pula memberi penjelasan.

Menurutnya di hantaran tersebut, biarpun sudah tidak menjadi peguam kepada pemilik Rumah Bonda itu, dia sama sekali tidak akan meninggalkan Siti Bainun begitu saja.

Malah, peguam bernama Asiah itu menafikan bahawa dia meminggirkan Siti Bainun, sebaliknya sebab menarik diri kerana berlaku pertindihan tarikh mahkamah.

News tulis berita macam kitaorang dah abadon Bainun terus. Kalau tak bertindah, kitaorang happy aje nak terus mewakili Bainun.

Foto Peguam Selebriti Tonton Wayang Dengan Siti Bainun, Che’ Puan Khaleeda & Iesya Toh Tampil Bersuara!

Sehingga ke hari ini, kelima-lima peguam yang mewakili Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun atas pertuduhan mengabai dan menganiaya seorang remaja perempuan yang dikenali sebagai Bella dilaporkan telah menarik diri disebabkan tidak lapang pada tarikh yang ditetapkan oleh pihak mahkamah.

Walaubagaimanapun, tular beberapa keping foto di media sosial yang memaparkan salah seorang peguam yang mewakili Siti Bainun dilihat bergambar bersama Pengasas Rumah Bonda itu ketika menghadiri Tayangan Filem Eva, baru-baru ini.

Foto yang tular itu telah mendapat reaksi dari pelbagai pihak termasuklah pengacara terkenal, Iesya Toh serta isteri kepada Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim iaitu Che’ Puan Khaleeda Bustamam yang turut memberikan reaksi mereka berhubung foto yang tular itu.

Isteri TMJ Luah Rasa Berang!

TMJ kongsi kisah cinta pandang pertama | Cerita Kami

Che’ Puan Khaleeda, menerusi hantaran di Insta Stories, meluahkan rasa berang terhadap pihak terlibat, malah menitipkan harapan agar para hakim dapat ‘kepalsuan’ mereka.

“I detest them to the core. I hope the judge can see through their fakery!.”-Tulis Che’ Puan Khaleeda

“Bukan Ke Pihak Mahkamah Dah Bagi Date Awal-Awal?..”-Iesya Toh

Majority Ke Private Hospital, Tak Tahu Dari Mana Allah Bagi Rezeki,” - Sambut Bayi Ke-20, Iesya Toh Terus Komited Bantu Remaja Hamil Luar Nikah - Media Hiburan

Dalam pada itu, pengacara terkenal, Iesya Toh menerusi hantaran di Instagram turut mempersoalkan tindakan para peguam Siti Bainun yang dilaporkan telah menarik diri serta

“Semoga pihak hakim nampak WAYANG ini. Clash date? Bukan ke pihak mahkamah dah bagi date awal-awal?

Takpe Bella, Allah ada sayang! Rakyat Malaysia sekali pun tak pernah lupa doakan Bella 🤲🏻😭.”-Tulis Iesya

Semoga berlaku keadilan buat Bella. #justiceforbella.

Bainun Smp Menangis Di Mahkamah Gara2 Peguam Tarik Diri, Akhirnya Peguam Selebriti Dedah Punca Sebenar!

Baru-baru ini, kes melibatkan pengasas Rumah BondaSiti Bainun Ahd Razali telah mendapat perhatian ramai setelah 10 orang peguam pro bono yang mengendalikan kesnya telah menarik diri dengan alasan tidak berkelapangan.

Bainun menangis di mahkamah

Difahamkan, Siti Bainun telah menangis di kandang saksi dan hakim juga meminta agar dia mencari seorang sahaja peguam yang lebih bertanggungjawab untuk meneruskan kes tersebut.

Tampil jelaskan hal sebenar

Susulan daripada itu, peguam-peguam Siti Bainun telah teruk dikecam netizen termasuklah peguam selebriti, Nur Hafidzah Hassan yang menarik diri saat akhir.

Namun begitu, menerusi Instagramnya, dia telah menjawab beberapa komen yang bertanya tentang mengapa dia ‘meninggalkan’ Siti Bainun bersama peguam-peguam yang lain.

Pertindihan tarikh punca tarik diri

Menurut Hafidzah, tiada sesiapa pun yang ‘meninggalkan’ pengasas Rumah Bonda itu dan ia bukan sesuatu perkara yang melucukan.

Ujarnya, pertindihan tarikh menyebabkan mereka terpaksa menarik diri kerana beberapa kes telah ditetapkan tarikh lebih awal. Mereka juga sudah memaklumkan memang tidak berkelapangan pada Januari, Februari serta Mac dan telah memberitahunya sejak Disember lagi.

Hantar surat sejak Disember, bukan Isnin baru nak failkan

Tak ada pilihan, beberapa kes sudah ditetapkan dari awal

Kenyataan ringkas tapi padat yang dibuat oleh Hafidzah itu telah menjelaskan perihal pelbagai persoalan netizen yang tertanya-tanya mengapa 10 peguam yang mewakili Siti Bainun menarik diri sehingga menjejaskan urusan mahkamah.

Difahamkan, mahkamah telah menetapkan 26 dan 27 Januari ini bagi sambung perbicaraan bela diri manakala prosiding yang dijadualkan berlangsung hingga Jumaat ini dilapangkan.

Ini pula komen netizen,

Biasa peguam yg tarik diri da bole agak kes dia akan kalah.. biasanya client akan cerita keadaan sebenar samada dia dera atau tak kpd peguam yg dia hire..

Alasan nk pjgkan lg tempoh perbicaraan je sbnrnya..klau ada peguam dh tentu sesuatu kes tu cpt sikit dpt diputuskan klau x hakim kena bg masa utk dia cari peguam lain sbg ganti.. berbalut tengkuk pn blh tunda inikan plk xde peguambela.

Macam tak logik semua tidak berkelapangan.

Sumber: Instagram hafidzahhassan.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Sekadar info, pada 24 November tahun lalu, wanita bernama Siti Bainun telah diperintahkan untuk membela diri atas dua pertuduhan iaitu mengabaikan remaja down sindrom hingga mengakibat gadis terbabit mengalami kecederaan fizikal serta emosi.

 

Be the first to comment

Leave a Reply