KURNIAAN yang paling berharga untuk setiap insan adalah tubuh badan yang sihat.
Nikmat kesihatan kerap kali tidak disedari kepentingannya melainkan apabila ia ditarik perlahan-lahan dan digantikan dengan kesakitan.
Begitulah kisahnya untuk pemuda ini yang menanggung perit pada bahagian kemaluannya selama beberapa tahun.
Dalam satu video tular di TikTok, Irfan Musa,17, sempat merakam bagaimana dia terlantar di atas katil wad hospital sementara menunggu masa untuk ditolak masuk ke dewan bedah bagi membuang testis kirinya.
“Ia bermula ketika saya dekat sekolah menengah, tahun 2019… saya aktif bersukan. Saya main lontar peluru dan waktu nak lari tu saya macam tersilap langkah.
“Lepas tu terus rasa senak dekat kemaluan sampai tak boleh jalan. Tapi sebab saya ingat sakit biasa, lama-lama nanti hilang, jadi saya tak pergi klinik untuk buat pemeriksaan.
“Sakit dia tu jadi on-off. Kadang apabila dia datang tu nak buang air kecil pun sakit, sampai keluar darah. Akhirnya saya pergi klinik biasa untuk minta tengokkan,” kata Irfan ketika dihubungi mStar.
Namun begitu, doktor di klink juga tidak dapat mengenal pasti punca kesakitan yang dialami Irfan di bahagian kemalauannya dan hanya mampu memberikan saranan secara umum.
“Doktor cakap mungkin sebab telur saya terpusing. Doktor pun tak pasti sangat sebab apa sakit tu. Keluarga saya pun anggap tu sakit biasa je.
Mereka panggil saya OKU sebab bahagian kemaluan saya dah tak sempurna.
“Dia cuma cakap dekat saya kalau sakit tu kembali terus datang klinik. Tapi saya biar je. Kalau sakit tu datang, saya akan tidur nanti apabila bangun dah okay,” ujar Irfan.
Sebab utama mengapa Irfan enggan mendapatkan nasihat pakar mengenai sakitnya itu adalah kerana dia takut untuk berjumpa dengan doktor.
“Sejujurnya saya takut nak jumpa doktor sejak zaman kanak-kanak. Saya takut jarum.
“Sebab tu saya lagi rela tahan sakit selama hampir empat tahun daripada pergi ke klinik atau hospital.
Gambar testis Irfan yang dibuang ditunjukkan oleh doktornya selepas pembedahan.
“Cuma lepas insiden bulan Disember tahun lepas yang saya terpaksa beranikan diri pergi ke hospital juga,” ujar Irfan.
Menurut Irfan yang sedang menyambung pengajian di Kolej Vokasional Muar, Johor, dia sedang bergurau senda apabila rakannya secara tidak sengaja menendangnya di bahagian kemaluan.
“Waktu dekat asrama saya tengah main-main dengan kawan saya. Tiba-tiba dia tertendang saya di bahagian kemaluan yang memang selama ni tengah sakit.
“Lepas kena tendang tu memang sakit yang amat. Saya pergi ke hospital naik van sekolah dan terus dimasukkan ke unit kecemasan di Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor. Waktu tu memang dah teruk.
“Doktor buat ultrasound check semua. Apabila tengok rupanya testis saya yang belah kiri tu dah tersimpul (testicular torsion), kalau ikut doktor dia cakap dah busuk telur tu.
Bilik ujian ultrasound untuk melihat keadaan testis Irfan.
“Sebab empat tahun saya biar, doktor cakap memang kena buang yang dah mati tu. Yang testis belah kanan dia kena ikat supaya tak bergerak lagi. Testis saya sekarang tinggal satu je.
“Tapi saya bersyukur doktor cakap sistem reproduksi saya masih boleh berfungsi. Jadi kalau nak kahwin nanti saya masih boleh dapat zuriat,” cerita Irfan sedikit lega.
Menceritakan pengalamannya menunggu masa untuk dibedah di bahagian kemaluan, Irfan mengakui dia berasa takut yang teramat sangat.
“Saya memang tak tenang duduk dalam tu. Dah la saya fobia dengan klinik dan tempat macam hospital ni sebab ada jarum.
“Nasib baik keluarga saya datang dan berikan saya semangat. Kalau tengok dekat TikTok saya tu, saya siap buat video minta maaf dan minta doa dari kawan-kawan agar dipermudahkan semuanya.
Irfan bersyukur ibu bapanya hadir untuk menemani.
“Sampai macam tu sekali takut dan sedih saya. Tapi Alhamdulillah selepas tu semuanya berjalan lancar,
“Nak pulih ambil masa dalam tiga minggu juga selepas pembedahan. Apabila nak buang air kecil atau besar, saya tak boleh teran dan dia akan rasa kebas” ujar Irfan menjelaskan keadaannya.
Irfan sempat berkongsi bagaimana selepas dia kehilangan sebelah testisnya, dia menjadi bahan ejekan dan jenaka rakannya.
“Kawan saya dekat asrama tak ada masalah. Tapi kawan saya dekat luar memang hina saya habis-habisan.
“Mereka panggil saya orang kelainan upaya (OKU) sebab bahagian kemaluan saya dah tak sempurna. Mereka tak bagi saya berkawan dengan mereka sebab mereka kata saya special.
Irfan ditahan di hospital selama tiga hari untuk proses pembedahan membuang testis.
“Saya memang terasa hati pada mulanya tapi mak saya minta saya bersabar dan jangan hiraukan mereka,” kata Irfan cuba cekalkan hati.
Irfan menitipkan pesanan agar sesiapa yang mempunyai sebarang jenis penyakit untuk segera berjumpa doktor dan tidak bertangguh.
“Jangan jadi macam saya tunggu lama sangat sampai dah kronik dan sebelah testis kena buang.
“Pergi jumpa doktor cepat agar langkah rawatan awal dapat diambil sebelum terlambat,” kata Irfan mengakhiri bicara.
Video,
— RedsJakes (@RedsJakes) January 20, 2023
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.