Allahuakbar, Penyanyi Naim Daniel Dedah Keadaan Terkini Sissy Iman Lepas Kena Kritik Teruk Dengan Mas Idayu

Allahuakbar. Penyanyi Naim Daniel Dedah Keadaan Terkini Sissy Iman Lepas Kena Kritik Dengan Mas Idayu

Kuala Lumpur – Persembahan harus diteruskan, demikian komen penyanyi Naim Daniel apabila mengulas persembahan menerusi program realiti, Famili Duo separuh akhir bertemakan Legenda Idola, Ahad ini.

Kata Naim, dia dan sepupunya, Sissy Imann tetap akan tampil dengan perse.mbahan biarpun apapun berlaku.

Saya baru berbincang mengenai persembahan kerana ia tetap perlu diteruskan. Nak atau tak nak, kena teruskan.

*Gambar Sekadar Hiasan*

Sissy Kerap Terjaga Tidur, Menangis

Lagipun, kami sudah pun merancang konsep minggu ini dengan lebih awal.

Jadi, kami akan terus lakukan dengan apa yang dirancang. Semalam saya sudah bertemu Sissy, kali terakhir kami bertemu pada Ahad lalu.

“Habis persembahan, Sissy terus menangis dan saya katakan, dia boleh balik dan biarkan saya ken.dalikan semuanya,” katanya.

Mengulas keadaan terkini Sissy, Naim mengakui, sepupunya itu masih bersedih dan mahu diberikan r.uang.

Saya percaya Sissy layak dan berhak merasakan semua itu. Sissy masih bersedih. Sejak beberapa hari lalu, saya ada menghubunginya. Dia beritahu tidak dapat menjawab panggilan, melainkan panggilan saya.

“Jadi, saya sudah dengar luahan hatinya. Dia juga mengatakan kerap bangun tidur dan menangis. Sissy betul-betul bersedih,” katanya.

Bagaimanapun, Naim percaya Sissy akan bangkit semula dan berharap persembahan akan berlangsung dengan baik, meskipun ditakdirkan tidak terpilih empat pasangan yang mara ke peringkat akhir.

Saya sudah cakap pada Sissy, walau apa pun berlaku kita sudah cuba sebaik mungkin. Apa sahaja penerimaan juri, itu semua terserah selepas tiga minit persembahan.

Dan saya percaya Sissy mampu b.angkit dengan caranya sendiri. Saya juga harap semua peserta bukan hanya saya, pasukan produksi, juri dan semuanya dapat jayakan program ini dengan baik.

“Sekarang ini pun masing-masing sudah penat, lagi pula kita keluar duit dan sebagainya. Saya harap kami semua dapat kekalkan momentum untuk sampai ke p.ecutan akhir ini,” katanya.

Terdahulu, persembahan Naim dan Sissy menerusi lagu Jampi nyanyian asal Hael Husaini pada minggu keenam menerima k.ritikan pedas daripada juri tetap, Mas Idayu.

Sissy tidak dapat menahan sebak dan mengalirkan air mata sebaik saja menerima kritikan berkenaan.

Dalam perkongsian di Instagram, Sissy juga meminta maaf kerana nyanyiannya pada konsert minggu keenam itu menge.cewakan Naim dan banyak pihak.

Kredit : BH/IG/onlinemalaya

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.

Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

Be the first to comment

Leave a Reply