Pernah Popular Dengan Lagu “Seribu Impian”, Penyanyi Casey Rupanya Sudah Menjangkau Usia 54 Tahun Tak Sangka Begini Keadaan Beliau Sekarang

Pernah Popular Dengan Lagu “Seribu Impian”, Penyanyi Casey Rupanya Sudah Menjangkau Usia 54 Tahun Tak Sangka Begini Keadaan Beliau Sekarang

Nama penyanyi Casey bukan asing lagi. Lagu Seribu Impian pernah meledakkan penyanyi berdarah kacukan Cina-India itu pada era 1990-an.

Malah, kehadiran Casey atau nama sebenarnya, Kesavan Subramaniam bukan sahaja mencuri hati peminat, malah diangkat Artis Baharu Lelaki Terbaik, Anugerah Industri Muzik pada 1994.

Bagaimanapun, kehadiran ramai penyanyi baharu silih berganti menyebabkan kelibat penyanyi kelahiran Kuala Lumpur itu perlahan-lahan hilang dari radar seni.

Menetap Di Singapura

Menjejaki semula penyanyi bersuara serak basah itu, Casey kini menetap dan bekerja di Singapura sejak berhijrah ke seberang tampak sejak tujuh tahun lalu.

Jika ada beranggapan penyanyi yang kini berusia 52 tahun itu merajuk hingga tegar membawa diri berkelana ke negara orang, andaian itu nyata tersasar.

Meleraikan segala tanda-tanya kehilangannya, Casey mendedahkan, apa yang dilakukannya semata-mata atas nama cinta.

“Ramai tidak tahu dan tertanya-tanya mengapa saya mengambil keputusan meninggalkan kerjaya nyanyian yang sudah stabil di Malaysia dan berhijrah ke Singapura.

“Keputusan dibuat kerana mahu menemani bekas isteri yang menerima tawaran bekerja sebagai pramugari Singapore Airlines. Ketika itu, kami sudah bertunang.

“Saya sanggup berkorban apa sahaja demi wanita yang dicintai. Lagipun, saya masih ingat pesan ibu supaya sentiasa ikut kata hati dalam apa sahaja yang ingin dilakukan,” katanya kepada BH Online.

Walaupun berlaku pelbagai perkara yang membuatkan terfikir apakah keputusannya itu tepat, Casey nyata tidak pernah menyesalinya.

“Tidak semua impian diharapkan menjadi kenyataan. Walaupun jodoh tidak panjang dan berakhir dengan perceraian selepas lima tahun hidup bersama, namun saya tidak sesekali menyesali takdir tertulis.

“Saya tetap bersyukur dengan kehidupan sekarang walaupun mungkin tidak seperti diimpikan ataupun diperoleh jika saya terus bertahan dalam industri muzik di Malaysia.

“Jujurnya, saya bahagia dengan kehidupan hari ini. Saya sudah mendirikan rumah tangga buat kali kedua dan dikurniakan dua cahaya mata,” kata Casey yang juga mempunyai cahaya mata lelaki, Kristen Kadriel Kesavan hasil perkahwinan terdahulu.

Perkembangan Terbaru

Berkongsi perkembangan kerjaya seni selepas merantau, Casey menyifatkan perjalanan kerjayanya sangat manis kerana banyak menimba pengalaman berharga.

“Sepanjang berada di Singapura, saya melakukan pelbagai kerja seperti bermain muzik di kelab, bekerja di studio dan mengajar muzik di sebuah sekolah antarabangsa.

“Apabila kenalan dalam bidang muzik semakin ramai, saya diberi peluang mengiringi persembahan jelajah artis Cina bertaraf antarabangsa seperti Wang Lee Hom, A-Mei, Stefanie Sun dan ramai lagi,” cerita Casey dalam nada teruja.

Ibarat pepatah hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, Casey mengakui, Malaysia tetap di hati dan akan kembali suatu masa nanti.

“Sebelum pandemik C0V, saya kerap berulang alik ke Kuala lumpur untuk menjenguk keluarga. Malah, saya tidak pernah terfikir untuk melucutkan taraf kerakyatan Malaysia.

“Cuma, isteri pernah meluahkan hasrat memohon kerakyatan Singapura. Walaupun berat hati, tetapi demi cinta, saya ikutkan sahaja.

“Bagaimanapun, permohonan kami ditolak. Saya percaya ini adalah ketentuan Tuhan yang lebih mengetahui apa terbaik untuk saya dan keluarga,” ujarnya.

Selain lagu Seribu Impian, Casey juga mempunyai lagu hits berjudul Jangan Ada Benci ciptaan Fauzi Marzuki dan lirik oleh Datuk Habsah Hassan.

Berkongsi kisah di sebalik pembikinan lagu Jangan Ada Benci, Casey mendedahkan, lagu itu nyaris tidak dapat dimuatkan dalam album kedua berjudul Menatap Memori pada 1996.

“Konsep album kedua adalah pop r&b dan diterbitkan oleh Fauzi. Ketika album hampir siap, timbul cadangan memuatkan lagu ciptaan Fauzi kerana sebagai penerbit, agak janggal jika lagunya tidak dimuatkan dalam album.

“Selepas mendapat lagu Jangan Ada Benci, saya mendapati susunan muziknya tidak sesuai dengan konsep pop r&b kerana ia kedengaran seperti muzik balada.

“Hampir sahaja saya menolaknya, namun selepas diberi keizinan mengubah susunan muzik barulah menepati konsep yang diinginkan.

“Namun, siapa sangka, lagu Jangan Ada Benci meledak dan masih diputarkan di corong radio hingga hari ini,” ungkapnya.

Terdahulu, hasil perkongsian hidup bersama Fretzie Bituin Arroyo, Casey dikurniakan dua cahaya mata, Kishaan Kadriel Kesavan, 5 dan Girvan Shiloh Kesavan, 2.

Casey baru melancarkan single baharu berjudul Kau Harus Pergi yang berada di semua pelantar digital sejak Jun lalu. Single Kau Harus Pergi dihasilkan, tahun lalu berkisar tekanan dialami teman sekeliling akibat pandemik C0V19.

Sumber: Berita Harian

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply