“Bukan Kali Pertama Laki Kau Buat Hal” – Simpan Nama ‘S0phia B0hsia’ Dalam Telefon, Bella Astillah Dianggap ‘Over’

Kemelut rumah tangga di antara Bella Astillah dan Aliff Aziz menjadi semakin ‘panas’ selepas pelakon heroin dalam drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah, Sophia AlBarakah mengakui suka kepada Aliff.

Dalam pada masa yang sama, Bella turut memuat naik screenshot mesej memaparkan bukti bahawa Sophia merayu agar hal yang berlaku ini tidak diperbesarkan.

Bukan itu saja yang mendapat perhatian ramai, nama Sophia yang disimpan oleh Bella iaitu ‘Sophia Bohsia’ turut diperhatikan oleh netizen.

Bella Astillah

Difahamkan melalui laporan Xtra, rata-rata netizen yang meninggalkan komen menegur tindakan ibu kepada dua orang cahaya mata itu kerana dia seakan-akan membuka aib kain sendiri dan terlalu berlebihan.

Malah, ada juga netizen menasihati pelakon wanita itu untuk menjaga aib keluarga serta selesaikan dengan cara yang lebih profesional.

 

Sebelum ini, Sophia AlBarakbah tampil memberitahu bahawa dirinya enggan membuat sebarang kenyataan kerana tidak mahu memanjangkan cerita serta lebih memilih untuk menyelesaikan masalah ini antara dua pihak saja.

Bella Astillah persoal tindakan Sophia AlBarakbah tidak hadir sidang media

BELLA Astillah. FOTO Arkib NSTP

Petaling Jaya: “Kenapa tadi lari? Kenapa tak datang sidang media?” kata penyanyi dan pelakon, Bella Astillah yang mempersoalkan tindakan heroin drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah, Sophia AlBarakbah tidak hadir ke sidang media drama berkenaan, di sini, hari ini.

Sophia yang sepatutnya hadir di sidang media itu akhirnya tidak muncul. Ia hanya dimaklumkan wakil produksi dikenali sebagai Farid kurang 15 minit sebelum sidang media berkenaan bermula.

Menurut Farid, Sophia tidak dapat hadir akibat pertukaran jadual penggambarannya.

“Kepada yang cakap saya fitnah, saya maafkan awak. Tapi sayalah orang yang paling takut nak cakap benda yang tak betul. Kenapa saya berani bagi kenyataan sebab ia sahih,” katanya.

Menerusi hantaran sama, Bella turut memuat naik tangkap layar perbualan WhatsApp bersama individu dipercayai Sophia.

Antara perbualan mereka ialah Sophia memohon maaf dan ingin memperbetulkan keadaan susulan dakwaan cubaan mengganggu suami Bella, Aliff Aziz.

Dalam masa sama, Sophia turut merayu supaya perkara itu dirahsiakan daripada pengetahuan ibu bapanya.

Dalam pada itu, Bella berkata, dia tidak bercadang untuk memberikan sebarang kenyataan lanjut, namun status yang didakwa ditulis wanita itu mengundang rasa kurang senang kepada dirinya.

“Saya tiada perancangan nak bagi apa-apa kenyataan dah, tapi bila saya tengok Sophia pun bagi kenyataan konon tak nak terbabit satu Malaysia, tapi inilah sebabnya dia tak nak masuk campur satu Malaysia,” katanya.

Menurut Bella, apa yang dikongsikan itu baru sedikit.

“Ini baru 10 peratus,” tulisnya.

Terdahulu dalam sidang media itu, Aliff mengesahkan wanita yang didakwa cuba mengganggu rumah tangganya dengan Bella ialah Sophia.

Dalam masa sama, Aliff turut meminta pelakon itu untuk mengeluarkan kenyataan bagi menjernihkan konflik yang berlaku.

Kontroversi tercetus selepas Bella mendedahkan seorang pelakon wanita berkali-kali membuat panggilan telefon dan menghantar pesanan kepada suaminya sehingga mengganggu keharmonian rumah tangga mereka.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply