Tak Sangka! Pakya Rupanya Ada Kembar Yg Ramai Tak Tahu, Bukan Calang2 Orang Juga Rupanya

Pelakon dan pelawak terkenal, Ilya Buang Shaharum atau lebih dikenali sebagai Pakya tidak lagi asing dalam kalangan rakyat Malaysia.

Mana tidaknya, umum sedia maklum dengan bakatnya dalam dunia hiburan seni yang sudah mula terserlah sejak pertengahan zaman 90-an lagi menerusi satu program realiti televisyen TV3 iaitu Sinaran Pasport Kegemilangan.

Selepas sahaja mengungguli pertandingan tersebut, beliau pula mengambil tempat dalam mengetuai sebuah kumpulan lagenda yang popular suatu ketika dahulu iaitu Senario.

Kemudia, bakat Pakya dalam dunia lawak mula menyinar apabila beliau menyertai kumpulan Sepahtu ketika Maharaja Lawak Mega bersama dengan Jep dan Shuib pada tahun 2014.

Pakya ada kembar rupanya!

Tentang Illya Senario Yang Ramai Tidak Tahu | Orang Perak

Meskipun nama Pakya semakin dikenali ramai, namun siapa sangka rupanya beliau mempunyai saudara kembar yang dikenali sebagai Yang Sharkawi Shaharum.

Difahamkan, menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik oleh seorang pengguna di laman TikToknya, abang kembar Pakya adalah seorang pendidik yang juga merupakan pengetua di sebuah sebuah sekolah menengah di Perak.

Komen Netizen

ehh macam kenal…ini bukan pakya tp kembar dia..kirim salam pada en yang .. rindu ppdlms…

cikgu sekolah saya dulu.. sekolah menengah matang.. cikgu yang😁

cikgu Yang Sharkawi.. dulu pernah belajar teater dengan dia. Lawak mcm pakya juga. tapi lebih serious sikit hehe

nak bezakan dia dgn pakya, dengar masa diorang bercakap. sbb kembar pakya ni cakap loghat perak pekat piaw 😁

ni mesti kalau kembar xsihat pak ya ganti jdi pengetua. kalau pak ya xsihat kembar dia ganti pulak gurau eh😂😂

Ni kalau tukar dalam sepahtu pun orang tak akan tahu!

Tular video wajah seiras, rupanya ramai tak tahu Pakya ada kembar, "1 Senario, 1 Sepahtu”

Susulan itu, ramai yang terkejut dan sempat berseloroh jika Pakya menukar tempat dengan abangnya itu dalam rancangan Sepahtu Reunion, pasti penonton tidak akan perasan mengenai perkara tersebut memandangkan mereka adalah saudara kembar.

Video,

Sumber: TikTok @etiezjimy36

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply