“Hidupmu Hampir Hancur! Pulanglah Ke Pangkal Jalan” -Luah Ibu Syamsul Yusof

Kemelut rumah tangga pengarah tersohor, Syamsul Yusof sememangnya menjadi perhatian ramai lebih-lebih lagi selepas sebutan kes penceraian yang telah difailkan oleh isteri pertamanya, Puteri Sarah Liyana.

Selain dari Puteri Sarah, ibu kepada Syamsul sendiri, Datin Patimah Ismail dilihat kerap meluahkan isi hatinya menerusi hantaran-hantaran di Instagram.

Minta anak kembali ke pangkal jalan

Kali ini, Datin Patimah telah meminta anak lelakinya itu supaya kembali ke pangkal jalan selepas lama ‘tersesat’.

Ujarnya lagi, mereka sekeluarga menerima Syamsul dengan terbuka dan mengatakan yang Allah S.W.T Maha pengampun segala dosa.

“Hidupmu hampir hancur! Pulanglah  ke pangkal jalan, sudah jauh tersesat. Pintu kami sentiasa terbuka untuk mu. Allah juga maha pengampun,” tulisnya di salah satu Insta Story.

Allah Maha Pengampun, keluarga terbuka menerima

Luahan tersebut disertakan dengan lagu nyanyian Opick bertajuk rapuh dan gambar Syamsul yang diambil menerusi keratan akhbar.

Pada 7 Mac yang lalu, sebutan kes penceraian yang difailkan oleh Puteri Sarah memperlihatkan pengarah filem Mat Kilau itu hadir dengan memakai pakaian serba hitam ke mahkamah syariah.

Menerusi berita yang tular, dia dikatakan enggan menceraikan isteri pertamanya dan mengatakan masih ada sinar dalam hubungan rumah tangga mereka.

Walau bagaimanapun, pihak mahkamah meminta agar kedua-dua pihak melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) untuk urusan penceraian tersebut.

Menurut Puteri Sarah, ibu mentuanya telah menghantar mesej dengan sudi menjadi saksi dan pencelah bagi pihaknya untuk menegakkan keadilan serta hak di mahkamah kelak.

Antara komen netizen,

Hancur Hati Mak Bila Nak Kawin Lagi Mnbelakang Kn Org Tua … Kejam Hati Seorg Ank..Hati Mak Akn Redha Jaa Tapi Kena Tahan Bebelan N Tak Bagi Biasa Gitu..Dah Nak Sngt Nikah Yg Kedua Jgn Disakiti Hati Ibu Mu Ayah Mu..Doa Ibu Ayah Antara Mustajab Doa Tiada Doa Keburukan Pun..Biarpun Anknya Mnyakitinya Mcm Dihiris Sembilu..

Seorang Emak Doakan Yg Terbaik Utk Anak… Allah Dah Tentukan Jodoh Dia.. Kena Byk Beramal Lagi…. Kalau Kita Duk Salahkan Samsul Dgn Si Perempuan Tu, Macam Kita Salahkan Takdir Allah… Byk Mengucap Makcik….

Doa Yang Baik”Lah Makcik.. Perkataan Yang Di Ucapkan Adalah Doa..Jadi Kalau Makcik Ucapkan Hidup Anak Makcik Hampir Hancur Begitu Lah Yang Akan Terjadi..Kalau Makcik Doakan Anak Makcik Menjalani Hidup Yang Baik Maka Baiklah Yang Akan Jadi Pada Anak Makcik

Salah Ke Anak Berkahwin Lain?Ibu Hanya Menasihati Bukan Mencampuri..Anak Tak Lupa Kamu Ibu Dia..Dia Tidak Derhaka..Hanya Krn Ibu Baik Dgn Menantu Ibu Terus Mengawal Kehidupan Anak Dan Buat Pilihan Atas Kehendak Ibu..

Just Because Syurga Di Telapak Kaki Ibu, Jangan La Ibu Rasa Besar Sangat Powernya Lebih Dari Taat Isteri Pada Suami. Jgn Cakap Bukan2..Siapa La Awak Nak Hukum Anak Sebegitu Semata2 Anak Tak Ikut Perangai Ayah Dia.Aku Malas Betul Komen Isu Rmhtangga PS Dgn Sol Sbb Kang Org Kata Aku Team Ira Kazar So Kata2 Aku Semua Tak Valid. Tapi Tiap Kali Baca Statement Yg Keluar Dari Mulut Seorang IBU, Rasa Sedih Sangat

Pokoknya Dia Membelakangkan Keluarga …Ko Nak Kahwin 4 Pun Kahwin La Tapi Maklumkanlah Pd Keluarga Itu Ajo..Takdir Is Takdir Tapi Hati Seorg Ibu Ayah Dan Isteri Mana Kau Nak Sorok ..Ibu Mana Tak Kecewa Klu Anak Berpeangai Camtu….Duit Bertimbun Bukan Utk Beli Bahagia

Sumber: Instagram ismail.patimah

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply