“Sebelum Ni Jodoh Sesat” – Netizen Dakwa Wajah Nad Zainal Lebih Seiras Dengan Suami Baru Berbanding Bekas Suami

Baru-baru ini, pelakon Nad Zainal telah memuat naik hantaran gambar di laman Instagram memaparkan dirinya bersama suami baharunya, Ungku Ismail.

Menerusi hantaran tersebut, Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin dilihat mesra memeluk pelakon drama Teman Lelaki Upahan itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen mengatakan Nad dan Ungku mempunyai raut wajah yang seiras sebagai pasangan suami isteri.

 

Bukan itu sahaja, peminat turut menyifatkan Ungku sebagai jodoh yang terbaik buat Nad selepas mengalami perceraian bersama bekas suami, Muhammad Faliq Amirullah.

Malah, ada juga yang mengatakan wajah Nad lebih seiras dengan suami baharunya itu berbanding bekas suaminya.

nad

Info tambahan, Nad telah berkahwin dengan Faliq pada tahun 2015 dan dikurniakan dua cahaya mata namun berpisah pada tahun 2022.

Pelakon filem Cina Buta itu kembali mendirikan rumah tangga bersama pelakon, Ungku Ismail pada Januari 2023 lalu.

Nad Zainal Ambil ‘Supplement’ Kurus, Netizen Luah Rasa Bimbang – “Tak Takut Masuk Hospital Lagi?”

Nad Zainal Ambil ‘Supplement’ Kurus, Netizen Luah Rasa Bimbang – “Tak Takut Masuk Hospital Lagi?”

Seperti yang ramai ketahui, aktres jelita iaitu Nad Zainal sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital selama hampir sebulan akibat pendarahan pada bahagian paru-paru.

Walaupun pelakon berusia 32 tahun itu kini sudah kembali pulih semula dan berada di dalam keadaan baik, namun ramai peminat yang masih prihatin dengan keadaan kesihatannya.

Lebih-lebih lagi apabila Nad atau nama sebenarnya Farah Nadia Zainal Abidin memuat naik sebuah hantaran video di laman Instagram miliknya baru-baru ini.

Menerusi video tersebut, pelakon Cina Buta itu dilihat mempromosikan makanan tambahan atau supplement untuk menurunkan berat badan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NANAD (@nad.zainal)

Namun, perkongsian Nad itu telah mengundang rasa bimbang orang ramai memandangkan dia baru sahaja sembuh dari penyakitnya.

Bukan itu sahaja, netizen turut risau sekiranya makanan tambahan itu boleh mengakibatkan kesan sampingan terhadap kesihatannya.

Malah, mereka juga bimbang jika penyakitnya itu kembali menyerang semula dan meminta pelakon itu untuk berhati-hati dalam mengambil apa-apa suplemen.

Sumber BN

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply