Tan Sri Musa Hassan Akhirnya Buka Mulut Jelaskan Isu Video Tular, Pilih Untuk Tidak Aibkan Isteri

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan akhirnya tampil menjelaskan berhubung rakaman video membabitkan kejadian beliau dan isteri berbalah yang tular di media sosial baru-baru ini.

Menurut laporan Sinar Harian, beliau lebih selesa menyerahkan perkara tersebut kepada peguam sekali gus melalui proses undang-undang serta mahkamah.

“Saya mempunyai prinsip untuk tidak mengamalkan perbuatan mengaibkan sesiapa termasuklah isteri saya. Oleh itu, saya tidak akan mengaibkan dia.

“Ini berkaitan masalah rumah tangga, dia masih isteri saya dan saya mempunyai sebab-sebab tertentu untuk meneruskan aduan berkaitan dengan isteri saya ke Mahkamah Syariah,” katanya menerusi video sidang akhbar di TikTok hari ini.

Bercerita lanjut, figura berusia 72 tahun itu berkata, konflik rumah tangga dihadapi telah berlarutan hampir tiga tahun selain dikatakan mereka sudah tidak tinggal sebumbung sejak enam bulan lalu.

Sementara itu, beliau memaklumkan tidak teragak-agak bagi mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang melakukan spekulasi sendiri mengenai kejadian terbabit.

“Saya menyerahkan kepada pihak polis untuk menjalankan siasatan dan tidak perlu saya memberikan penerangan kepada media tentang apa yang berlaku.

“Saya tak mahu beri keterangan lanjut memandangkan laporan yang dibuat oleh saya dan pihak isteri telah disebarkan. Jadi biarlah pihak polis yang menjalankan siasatan,” ujarnya.

Terdahulu, polis mengesahkan pihaknya sudah membuka kertas siasatan berhubung satu kejadian membabitkan Musa dan isteri selepas tular tiga rakaman video sejak Selasa.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim berkata, kertas siasatan berkenaan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut dalam masa terdekat.

Antara komen netizen,

Dari kes Sarah & Sol terpalit artis² lain meleret sampai ke bekas IGP

Semua nk jugak,duk diam2 sdh lah.betul lah dunia dah nk akhir zaman semua timbul.

Suami ni kalau isteri mulut macam Eminem boleh tahan lagi, tapi kalau mulut Eminem campur baka Diva AA sikit memang tak boleh sabar. Daripada terpukul dek kerana mulut isteri macam puaka, ada baiknya tinggal je

Sumber Borak Daily

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply