Pengarah kontroversi, Syamsul Yusof menegaskan aktres Puteri Sarah Liyana masih bergelar isterinya.
Menerusi sebuah hantaran baharu di Instagram, Syamsul turut berharap agar Sarah dapat berbincang masalah perkahwinan mereka di rumah tanpa perlu mengaibkan dirinya.
“Saya mahu menegaskan Puteri Sarah masih isteri saya. Kepada Puteri Sarah, saya mengharapkan kepulangan awak. Pulanglah ke rumah agar kita dapat berbincang dan tak perlu dihebahkan dalam media sosial. Bawa anak-anak kita balik.
“Apa sahaja kita berbincang di rumah tanpa perlu mengaibkan saya. Terus-terang, bawa anak-anak ke sana sini tanpa keizinan suami, sedangkan saya masih suami awak. Saya tak nak cakap lebih, fikir-fikirkanlah,” katanya.
Tidak berniat untuk membelakangkan keluarga, Syamsul mengharapkan doa terbaik.
“Tak pernah terlintas membelakangkan keluarga, Saya harap doa baik-baik daripada ibu bapa, adik-beradik dan keluarga.
“Saya berdoa keputusan yang saya buat dirahmati dan dilindungi Allah daripada segala fitnah, hasad dengki serta niat jahat.
“Paling penting, saya mengharapkan doa terbaik. Saya bukan manusia sempurna, ada masanya melakukan kesilapan,” katanya.
Syamsul enggan cerai, Puteri Sarah rayu dilepas cara baik
Mahkamah Rendah Syariah, di sini, hari ini memerintahkan pasangan suami isteri, Puteri Sarah dan pengarah filem, Syamsul Yusof supaya melantik wakil Jawatankuasa Pendamai (JKP) dalam kes permohonan perceraian mereka.
Hakim Mahkamah Syariah, Akmaluddin Ilyas memerintahkan pasangan berkenaan dirujuk kepada JKP bagi proses berikutan selepas Syamsul atau nama sebenarnya Mohd Shamsul Md Yusof enggan menceraikan Puteri Sarah pada prosiding sebutan kes hari ini.
Syamsul melalui peguam, Rushdan Sujak memaklumkan mahkamah bahawa anak guamnya enggan melepaskan Puteri Sarah atau nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin kerana percaya masih ada harapan untuk berdamai.
Bagaimanapun, difahamkan Puteri Sarah tetap mahu beliau diceraikan dengan cara baik.
Ketika ditemui di luar bilik bicara, pelakon itu menyatakan sudah tidak sinar dalam perkahwinan mereka.
“Just let me go. Apa sinarnya dalam perkahwinan ini? Sebelum ini tidak ada apa-apa sejak tahun 2000, mengapa kini ada sinar pula? Lepaskanlah saya dengan baik Syamsul.
“Syamsul pun sudah kahwin lain, saya tidak marah malah doakan mereka. Lepaskan saya,” ujarnya.
Bagaimanapun Syamsul yang ditemui media enggan mengulas, sebaliknya hanya menunjukan tanda peace sebelum masuk ke dalam lif.
Pengarah filem, Syamsul Yusof hadir ke mahkamah bagi sebutan prosiding sebutan kes permohonan cerai dengan isterinya, Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin di Mahkamah Syariah Kuala
Pada 16 Januari lalu, Puteri Sarah selaku plaintif memfailkan permohonan penceraian itu di kaunter pendaftaran Mahkamah Syariah Kuala Lumpur mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.
Berdasarkan dokumen yang diperoleh, antara alasan yang dikemukakan Puteri Sarah untuk bercerai ialah sudah tidak ada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan yang berpanjangan) serta tidak lagi dapat hidup bersama sebagai suami isteri menurut hukum syarak.
Pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie itu dilaporkan berkata, tuntutan cerai dibuat selepas krisis rumah tangga sejak empat tahun lalu tidak menemui jalan perdamaian, selain enggan bermadu selepas Syamsul bernikah dengan Ira Kazar di Thailand.
Sumber Gazette
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.