Aliff Syukri Jumpa Shuhada Beri Nasihat, Tak Sangka Nasihat Dia Beri Buat Ramai Tak Setuju

TINDAKAN usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri memuat naik video bertemu dengan isteri pelakon Hafidz Roshdi iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri menerima pelbagai reaksi netizen.

Menerusi video yang dimuat naik di Instagram, usahawan berkenaan dilihat memberi nasihat kepada Shuhada tentang kemelut rumah tangga yang dihadapi wanita itu.

Malah Shuhada juga seakan berkongsi saat susah senang semasa awal perkahwinan dia bersama pelakon berusia 29 tahun itu.

“Cuba fikirkan saat-saat Shu tengah mesra dengan dia mungkin ini dugaan. Saya tak nak cakap siapa dia, saya pun ada buat salah juga. Awak sebagai perempuan ini bagi peluang pada dia.

322999822_1111266976238351_5498135373198630399_n

Pertemuan Aliff Syukri dan Shuhada jadi perhatian.

“Saya yakin dalam kehidupan rumah tangga ini salah seorang kena mengalah, saya tak pasti atas mata awak apa punca tapi mungkin dia tak sengaja.

“Kita sebagai lelaki ini kalau boleh jangan kasari isteri, anggap isteri itu seperti ibu kita. Sayangi isteri seperti dia adalah bidadari hidup kita,” katanya.

Aliff juga memberitahu air muka Shuhada seakan menyimpan sesuatu dan dia cuba untuk memahami perasaan wanita itu sekali gus berharap berpeluang menyelamatkan rumah tangga mereka.

“Riak wajah dia nampak sedih dan memendam, saya cuba menyelami apa beliau rasakan dan pada saya jika masih boleh diselamatkan rumah tangga mereka alangkah baik,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Aliff memberitahu dia ingin melantik Shuhada sebagai duta tudung keluarannya bagi membantu wanita itu untuk meneruskan hidup kelak.

“Saya juga tahu Shu berusaha demi mencari rezeki dan saya juga berkongsi rezeki untuk membantu beliau menjadi duta saya AS Hijab. Mudahan sedikit sebanyak dapat membantu Shu teruskan kehidupan,” ujarnya.

nintchdbpict000313326326-e1491163240969

Kemelut rumah tangga Shuhada dan Hafidz Roshdi belum bertemu titik noktah.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet berpesan kepada usahawan berkenaan agar tidak mengulangi kesilapan yang sama seperti sebelum ini.

Malah mereka juga berpendapat rumah tangga Shuhada tidak boleh diselamatkan dan berharap agar wanita itu tidak kembali semula ke suaminya.

“Datuk jangan pisang berbuah dua kali macam kes Dayah itu.

“Situasi Shu ini tidak boleh diselamatkan lagi, luka di muka tinggalkan kesan yang teruk inikan pula luka hati.

“Nasihat datuk itu dah betul tapi jangan suruh dia balik semula pada lelaki yang dah cederakan dia,” antara komen netizen.

Antara komen lain,

Bagi Aku Sbgai Org Luar… M3dia2 Ni Pun … Dlm K3s Mcm Ni Jgn Lah Tmbh Garam Pada Luka.. Ya Mmg Ramai Yg Suka Dol Maki Hamun Ni… Aku Pun Sndiri.. Tp Dlm Hati J3 La.. Batt3r Dlm K3s Mcm Ni Just Bagi S3mangat ,, Bukan Suruh Stay Atau Tinggalkan Mcm Batu Api… Dia Yg Tahu N Rasa S3galanya2… Xyah Nk Jd H3ro Atau H3roin… Bg Suntikkan S3mangat… If Dia M3luah N C3rita D3ngar N Sokong Dia… Bab K3putusan Biar Dia Putus N Pilih Sndri… Jgn Dicampur Nk Suruh Stay Atau Tinggal… 3v3nt Family Pun… Dia Bukan Budak Lagi… Ada Akal… Dia H3boh2 Kat M3dia Pun Bukan S3ttl3 K3s… Ramai Dok Maki Hamun Ada Lah…. Yg M3dia2 Pun Dok Suka Lah Bnyak Rating… Fikir²Kn Lah… Industri Kat Malaysia Ni S3ndu S3bb Bnyk M3dia Crita Hal Ni Lah…

Wanita Matang Dan B3rp3lajaran Jgn Jd Bodoh… Simpati B3rt3mpat.. Dh Ditumbuk B3rjahit 10.. Ada Rasa T3rh3g3h2 Nk K3mbali S3mula.. Nk Brsuami Ank Ada Ayah… Tu Dulu2 Punya Pikiran.. Ramai Yg B3rjaya Tanpa Suami. Ank Tu Mmg Lh X Bol3 Putus Hubungan.. Ank Tgjwb Ny3..So Jgn Jd Awk Yg Tanggung Mkn Minum Nt.. Dh Ada Job Yg Org Tawarkn Tudung. Baju Dan Lain2.

Yg Lorat Bila Ada Org Laki Bini Ada Hal J3 T3rus Lorat Suruh Org B3rc3rai Tu Korang Dlm Golongan P3ngadu Domba B3narnya, Ingatlah, P3ngadu Domba Tak Dapat Masuk Syurga

Asbab Dia …Balu Allahyarham Abam M3ndapat P3mb3laan.Allah G3rakkan Hati Dia Utk Ziarah Dan T3muramah Dayah

Halah2…Ko Ni ..Alip…Di3 Dh K3na Pukul Cmtu Kot..Ko S3buk Nasihat Itu Ini ..Laki Kaki Pukul Cmtu Nk B3rbaik Balik..Sori La W3hh

Yg Kom3n Pun Baik B3no Jadi Juri Jadi Hakim.. Hal Rumahtangga Org Kot .. Biarlah Mahkamah Putuskan .. Kita Ni Di Bagi P3luang Tgk Bukan Suruh Hakim Org .S3balik Nya Doakan K3baikan Buat M3r3ka ..

Di3 S3b3narnya Macam Ni,C3rita Aib S3ndiri Dan 3x Tak P3rlu C3rita,Nitiz3n Pun Tak Payah Sibuk Tambah Dosa,Dah Nak Pos3 Ni Cukup² Lah

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply