Rupanya Masih Ada Cinta Dalam Hati Hafidz Roshdi Untuk Shuhada, Ini Kata2 Sayu Daripada Hafidz

PELAKON Hafidz Roshdi membuat pengakuan masih mencintai isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri meskipun rumah tangga mereka sedang dilanda pelbagai kontrovesi ketika ini.

Hafidz atau Mohammad Hafidz Roshdi, 29, berkata, dia masih berharap semua isu berkaitan perkahwinannya dengan Shuhada dapat diselesaikan dengan baik dan kembali berdamai.

“Masih (cintakan Shuhada). Harap berdamai dan habis dengan cara baik,” katanya.

Hafidz bekongsi perkara itu ketika ditemui di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu pada Isnin.

Sebelum itu, pelakon berusia 29 tahun itu dikenakan ikat jamin sebanyak RM4,000 dengan seorang penjamin selepas mengaku tidak bersalah atas pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan terhadap isterinya iaitu Nurul Shuhada Mat Shukri dalam kejadian pada 2 Mac lalu.

WhatsApp Image 2023-03-13 at 12.38.13 PM (1)

Hafidz berharap isu rumah tangganya selesai dengan baik.

Majistret Siti Fatimah Talib memerintahkan Hafidz menjalani penilaian kesihatan mental di Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak.

Pelakon itu turut dilarang menganggu Shuhada selain perlu menyerahkan pasport antarabangsa miliknya kepada mahkamah selain dikenakan ikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin.

Kes tersebut akan disebut semula pada 9 Jun depan bagi proses serahan dokumen dan laporan kesihatan.

Dalam pada itu, Hafidz turut meluahkan rasa rindu terhadap dua anaknya iaitu Humairah dan Umar apabila sudah dua minggu tidak bertemu dengan mereka.

“Kepada kedua-dua anak saya, Humairah dan Umar, abah rindu dan sayang kalian berdua dan tidak pernah sesaat pun abah melupakan kalian.

“Buat keluarga saya, terima kasih kerana menjadi tulang belakang Hafidz selama ini dan sentiasa bersama saya dalam apa juga keadaan. Terima kasih banyak-banyak,” ujarnya.

Sementara itu, pelakon filem Pusaka itu berharap orang ramai berhenti membuat sebarang spekulasi dan menyebarkan fitnah terhadap keluarganya.

Shuhada Pukul

Shuhada terima 10 jahitan selepas mendakwa ditumbuk Hafidz.

“Kepada orang di luar sana, hentikan membuat spekulasi dan menyebarkan fitnah terhadap saya dan keluarga di media sosial.

“Anda sendiri tidak tahu kebenarannya. Mungkin dengan doa-doa anda yang baik-baik, semuanya akan bertambah baik buat saya dan keluarga,” katanya.

Hafidz Shuhada

Hafidz diwakli Datuk Akberdin Abdul Kadir yang juga peguam pelakon Puteri Sarah Liyana bagi kes penceraiannya dengan pengarah Syamsul Yusof.

Pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nurul Qistini Qamarul Abrar dan Elyza Amira Habeeb Rahman.

Mengikut pertuduhan Hafidz atau Muhammad Hafidz Roshdi didakwa menumbuk sebanyak tiga kali di bahagian kiri wajah mangsa selepas berlaku pertengkaran di antara mereka di susur keluar tol Sungai Buaya.

WhatsApp Image 2023-03-13 at 12.38.59 PM

Hafidz bersama peguam Datuk Akberdin Abdul Kadir.

Akibat kejadian itu, Shuhada terpaksa menerima 10 jahitan pada wajahnya dan menyebabkan parut kekal akibat kecederaan tersebut.

P3lakon fil3m Pusaka itu didakwa di bawah S3ksy3n 323 Kanun K3s3ksaan yang m3mbawa hukuman jika didapati b3rsalah iaitu p3njara maksimum s3tahun atau d3nda RM2,000 atau k3dua-duanya, dan dibaca b3rsama S3ksy3n 326A kanun sama yang m3mp3runtukkan hukuman maksimum dua kali ganda bagi sabitan di bawah S3ksy3n 323.

Pada 5 Mac lalu, Hafidz ditahan kira-kira pukul 12 t3ngah hari k3tika hadir di Bahagian Siasatan J3nayah S3ksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) Ibu P3jabat Polis Kontij3n (IPK) S3langor s3b3lum dib3baskan d3ngan jaminan polis pada hari sama.

Untuk r3kod, Hafidz dan Shuhada m3ndirikan rumah tangga pada 30 April 2016 dan m3r3ka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, 6, dan Umar, 2 tahun.

Hafidz m3lafazkan c3rai t3rhadap Shuhada m3lalui panggilan t3l3fon di hadapan k3luarga masing-masing pada 22 F3bruari lalu s3b3lum wanita itu m3mfailkan pros3s p3ng3sahan lafaz c3rai di Mahkamah R3ndah Syariah Shah Alam pada 28 F3bruari lalu.

Kes pengesahan lafaz cerai itu akan disebut pada 21 Mac ini.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply