Selepas Lama Berdiam, Neelofa Bersuara Mengenai Rumah Tangga Kakaknya Iaitu Noor Nabila Dengan Suami, Engku Emran

PENGACARA dan usahawan Neelofa memilih untuk tidak mengulas mengenai dakwaan pergolakan rumah tangga kakaknya iaitu Noor Nabila dengan suami, Engku Emran kerana menghormati privasi pasangan berkenaan.

Neelofa atau Noor Neelofa Mohd Noor, 34, sebaliknya berkata, sebagai adik dia sentiasa mendoakan yang terbaik buat kakak dan abang iparnya.

VIDEO] Media Ind0nesia Lap0r Engku Emran Dan Noor Nabila Sebenarnya Sudah Pun Bercer4i? – Komedi Media

“Saya tak nak komen apa-apa. Lebih baik saya tidak komen apa-apa. Lebih baik saya mendoakan sahaja.

“Sudah tentu sebagai ahli keluarga dan adik-beradik, saya mendoakan yang terbaik. Jadi saya tak mahu komen apa-apa,” katanya kepada mStar.

Nabila Emran

Nabila dan Emran berkahwin pada 19 Mac 2021.

Neelofa mengulas mengenai perkara itu ketika ditemui pada pelancaran Warisan Naelofar yang berlangsung di KL East Mall, Kuala Lumpur pada Selasa.

Baru-baru ini, spekulasi perkahwinan pasangan itu kembali hangat diperkatakan selepas Emran dilihat tidak menyertai Nabila menunaikan umrah di Kota Suci Makkah.

Status rumah tangga Engku Emran, Noor Nabila jadi tanda tanya | Astro Awani

 

Hapus Foto Suami, Ini 6 Potret Kenangan Nabila Noor dan Engku Emran - Hot Liputan6.com

Nabila sebaliknya hanya ditemani anak lelakinya, Jebat Jayden dan ahli keluarga lain termasuk Neelofa dan suami, Haris Ismail.

Lebih hangat lagi apabila Nabila juga sudah memadam gambar Emran di Instagram miliknya.

Ini bukan kali pertama rumah tangga mereka menjadi bualan kerana sebelum ini juga pernah timbul khabar angin hubungan mereka dilanda masalah.

WhatsApp Image 2023-03-14 at 11.58.28 AM

Neelofa menjaga privasi Nabila dan Emran.

Nabila dan Emran bernikah pada 19 Mac 2021 dan ia merupakan perkahwinan kedua buat Nabila selepas berpisah dengan pelakon Sharnaaz Ahmad pada 9 Julai 2020.

Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden yang kini berusia lima tahun.

Sementara itu, Emran pula pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon dan penyanyi Erra Fazira pada 25 Oktober 2007 namun bercerai selepas tujuh tahun melayari alam rumah tangga dan mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Engku Aleesya, 14 tahun.

Hapus Foto Suami, 9 Momen Mesra Noor Nabila dan Engku Emran

Emran kemudiannya pernah berkahwin dengan pelakon Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 8 September 2017 dan bercerai pada 2020.

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply