Beberapa perkongsian terbaharu pelakon, Datin Eina Azman menerusi InstaStory mencetuskan tanda tanya dalam kalangan pengikutnya di laman Instagram.
Salah satu posting memaparkan pelakon berusia 28 tahun itu dalam keadaan menangis sehingga mengalirkan air mata dengan meletakkan emoji ‘hati’ berwarna putih pada bahagian mata serta ‘patah hati’ berwarna merah di bawah video.
Selain itu, Eina turut memuat naik satu ‘quote’ atau ayat petikan mengenai luahan rasa tidak dihargai selepas hadir dalam kehidupan seseorang.
“Jika seseorang tidak menghargai kehadiran anda, jadikan mereka menghargai ketiadaan anda,” tulis petikan berkenaan.
Malah, video menangis itu juga tular di aplikasi TikTok selepas dimuat naik seorang pengguna bernama @einaazman13 tetapi belum dapat dipastikan sama ada akaun tersebut adalah milik Eina atau peminatnya.
Meninjau di ruangan komen video TikTok terbabit, rata-rata netizen mempersoalkan apa yang terjadi kepada pelakon drama bersiri ‘The Maid’ itu selain membuat spekulasi berhubung rumah tangga pelakon tersebut.
Malah, tidak kurang ada juga segelintir individu mendakwa tindakan ibu dua cahaya mata itu sekadar gimik semata-mata bagi melancarkan produk penjagaan kulit.
Jangan la kes ‘penyondol’ lagi
Gimik keluar produk?
Apa yang terjadi?
Penantian keluar produk baru…
Bagaimanapun, setakat artikel ini ditulis, Eina atau nama sebenarnya Ainur Syakina Azman tidak memberikan sebarang kenyataan berhubung persoalan yang timbul dalam kalangan netizen.
Untuk rekod, Eina mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Abdullah pada 31 Ogos 2014 dan dikurniakan cahaya mata kembar iaitu Aubrey dan Karl yang kini berusia tujuh tahun.
VIDEO,
— RedsJakes (@RedsJakes) March 15, 2023
Sumber: Instagram Eina Azman, TikTok @einaazman13
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.