Selama Ini Suami Selalu Buat `Overtime` Dengan Budak Intern Kat Office, Pelik Bila Isteri Dapat Tahu Dia Tenang Je Tak Marah. Tapi Apa Yang Isteri Buat Bila Menjelang Malam Tu Buat Laki Ni Terkedu

Salam min.. Sy ada satu benda yg sy nak luahkan.. Dah lama sy nak luah.. Tp sy tak tahu nak luah kpd siapa.. Jd sy guna page krt utk luahkan perasaan sy.. Semua yg berlaku ni ada lah dari silap sy sendiri.. Sy kenal isteri sy semasa kami belajar sama2 dulu.. Perkenalan dekat atas jambatan cinta waktu dia ambil gambar convo.. Dia minta sy tolong ambil kan gambar dia dan kawan2 dia.. Sy ambil kan, then saya edit gambar tu.. Lama betul sy edit.. Dia fikir sy ambil gambar dia lama..

Dia pun dtg dekat sy.. Sy tunjuk gambar yg sy edit.. Sy cuma edit letak tulisan je.. Sudi tak jd isteri sy.. Sy minat dia dari kami first year.. Dia sgt aktif kolej.. Sdgkn sy cuma pelajar biasa.. Tp tu lah.. Sy kumpulkan keberanian sy melamar dia.. Dan tak sangka.. Dia pun menaruh hati juga dekat sy.. Dan kami berkahwin.. Alhamdulillah.. Urusan semua dipermudahkan..

Sekarang kami dah hampir 6 tahun berkahwin.. Anak masih tak ada.. Mula2 sy okay je.. Tp lama2 sy jadi tertekan.. Mak selalu push sy soal anak.. Dia ckp dia nak cucu.. Hari2 dia ckp dia teringin nak main dgn cucu.. Sy kesian kan isteri sy.. Selalu kena sindir dgn mak sy.. Jd sy pun buat keputusan utk pindah rumah.. Ye lah.. Sepanjang duduk sekali dgn mak.. Pergerakan isteri sy agak terbatas.. Nak bermanja dengan sy cuma waktu malam dlm bilik.. Tu pun slow2.. Sbb bilik kami bersebelah dgn bilik mak.. Sbb mak ni jenis tidur ayam.. Bunyi bising sikit je dah terjaga.. Lepas tu nak tidur balik pun susah..

Awal pindah mmg mak tak bagi.. Merajuk lah juga dia.. Jenuh sy pujuk dia.. Tp tak jalan juga.. Sy bodek dia dgn mcm2.. Baru lah dia boleh terima.. Tp rajin juga dia bertandang rumah setiap hujung minggu.. Sy dan isteri tak kisah pun.. Isteri lagi suka.. Katanya tak boring..

Isteri sy pandai semua benda.. Serba serbi dia boleh buat.. Memasak, menjahit, menukang.. Barang2 perabot dekat rumah semua hasil tangan dia.. Mmg kreatif.. Kdg2 sy bangga pun ada.. Bila kwn2 dtg rumah, puji hasil kerja isteri..

Namun, manusia tu tak sempurna.. Walaupun dia pandai dlm serba serbi.. Dia masih kurang pandai melayan nafsu sy.. Dia agak lurus dalam bab2 ni.. Mungkin sbb tu sy jadi tak bernafsu dengan dia.. Sbb sy jenis cepat hilang mood kalau tengah bersama..

Sy ada juga tanya kwn2 sy, berapa kali dlm seminggu diorg bersama.. Ramai yg ckp 2 atau 3 kali seminggu.. Sy cuma sentuh isteri sy sebulan sekali atau dua kali.. Itu pun bukan kerana nafsu.. Tp kerana nafkah.. Kalau ikutkan, sy terseksa juga utk bersama dgn dia.. Mcm sy paksa diri sy utk bersama dgn dia.. Isteri sy tak pernah merungut atau merajuk kalau sy tak bersama dgn dia..

Konflik sy dan isteri bermula bila isteri sy terbaca whatsapp sy.. Kebetulan waktu tu, sy tertinggal fon waktu nak ke office.. Entah mcm mana sy terlupa sangat hari tu.. Selalunya, fon tu lah yg sy tak akan tinggal.. Bila sy balik waktu lunch untk ambil fon.. Sy nampak dia duduk atas sofa sambil pegang fon sy.. Muka dia tenang.. Tenang sgt2.. Sy ingat dia buka fb ke main game kat fon sy.. Sbb dia bukan jenis cek hp sy mcm isteri kwn2 sy yg lain.. Dia ckp dulu waktu mula2 kawin, fon tu privacy kita sendiri.. Jd dia mmg tak akan cek.. Sy minta fon dekat dia, and dia pun beri dekat sy..

Sy tengok fon sy, rupa2 nya dia tengah baca whatsapp sy dgn sorg perempuan (officemate) dekat whatsapp sy.. Sy jd speechless.. Sy tak tahu nak buat mcm mana.. Sy nak explain dari mana pun sy tak tahu..

Sy cuma ckp dkt dia.. Sy kenal officemate sbb dia budak intern.. Junior kita.. Sy yg incharge bahagian intern.. Sy mengaku dgn isteri yg sy dah terlanjur dengan dia beberapa kali..

Hampir setiap hari di office sy bersama dgn dia.. Dia pandai layan sy.. Tak mcm isteri sy.. Dia buat sy rasa puas sgt.. (part ni sy tak cerita dekat isteri).. Sambil sy explain tu, sy pandang muka isteri.. Tenang sgt2 muka dia.. Sy yg jadi resah dan gelisah.. Sy janji dengan isteri.. Sy tak kan buat lagi apa semua.. Tapi isteri tetap diam.. Muka dia mmg tenang.. Tenang sgt2..

Sy tanya dia, syg okay ke? Dia diam.. Lama dia diam.. Sy tengok muka dia.. Takde tanda2 nak marah atau sedih.. Mmg tenang betul.. Tiba2 dia ckp dekat sy.. Setiap kali lepas asar.. Dlm pukul 5 lebih.. Dia rasa resah dan gelisah.. Rasa mcm ada yg tak kena.. Setiap kali tu lah dia doakan sy balik kerja dgn selamat, dia doakan sy diampunkan dosa sy..

Dia risau takut ap apa jadi kat saya atau apa2 sepanjang perjalanan balik office ke rumah.. Sy terkejut bila dia ckp mcm tu.. Sedangkan waktu tu, sy tengah sedap berprojek dgn officemate sy.. Mmg kami projek selalunya lepas asar.. Waktu yg lain2 habis waktu kerja..

Lepas isteri ckp mcm tu, isteri senyum kat sy.. Dia tanya sy nak makan apa utk lunch.. Sy ckp sy tak nak makan apa2.. Ye lah.. Mcm mana nak makan.. Tengok muka dia pun sy dah kenyang.. Sy tengok dia lagi.. Dia okay atau tak.. Tp dia masih lagi tenang.. Sy betul2 gelisah sampai sy ambil cuti emergency.. Sy tak dtg office lepas lunch.. Sbb sy nak tengok gelagat dia..

Dia masih lagi masak di dapur.. Sy ikut je belakang dia.. Lepas masak, kami makan.. Then solat zohor.. Lepas tu dia angkat baju dan lipat.. Sepanjang hari tu, sy mmg membontoti je dia.. Kadang2 dia tengok sy dia senyum balik dekat sy.. Sy mmg gelisah betul hari tu.. Terseksa sy rasa.. Sy langsung tak boleh agak hati dia mcm mana..

Sampai lah ke asar dan maghrib.. Dia masih lagi teruskan rutin harian dia.. Siap tanya sy lagi.. Nak makan apa untuk dinner.. Lepas dinner kami sama2 solat jemaah.. Then tengok tv.. Dia ajak sy layan movie.. Dia minat sgt cerita harry potter.. Jadi malam tu sy pasang lah.. Dari episode satu sampai episode 3.. Dah nak dekat pukul 1 lebih..

Sy dah mula mengantuk.. Tp isteri tak mengantuk lagi.. Sy ckp dekat dia sy nak tidur.. Sbb sy kerja pagi.. Dia senyum kat sy then dia angguk.. Sy pun masuk bilik tidur.. Tapi tah mcm mana.. Sy terjaga pukul 3 lebih.. Sy pandang kiri isteri tak ada.. Sy risau.. Sy turun bawah.. Sy nampak dia dekat ruang tamu.. Tengah sujud.. Sy pun berdiri kat tepi tangga.. Tunggu dia habis solat..

Tp lama dia sujud.. Lama sgt2.. Hampir 20 minit dia sujud.. Kemudian baru sy nampak dia bg salam.. Sy nak tegur, tp sy dengar dia menangis sambil berdoa.. Dlm doa dia.. Dia mohon dekat Allah supaya Allah ampun kan dosa sy yg buat benda tak senonoh.. 3 kali dia ulang ayat tu.. Dan dia juga doa, mohon Allah ampun kan dosa officemate sy yg buat benda tak senonoh tu juga..

Waktu tu, sy terduduk kat tangga.. Dengar doa dia.. Air mata sy menitik dgn sendiri.. Dia doa lagi supaya Allah lembut kan hati sy utk maafkan dia.. Sbb dia tak pandai melayani sy.. Lama dia doa.. Menangis2 dia atas sejadah.. Sy bangun pergi dekat dia.. Dia menangis dekat sy.. Dia pula yg minta ampun dekat sy.. Sbb sy makan luar kerana dia tak pandai layan keinginan sy..

Dia minta maaf banyak kali dekat sy sebab kekurangan dia.. Sy jadi serba salah.. Sedangkan sy yg sepatutnya minta maaf dengan dia.. Sy selingkuh dgn dia.. Sy makan luar.. Sy tak peduli kan dia.. Sy jarang sentuh dia.. Tp masih lagi dia menyalahkan diri dia atas sikap sy..

Lepas malam tu.. Dia mcm biasa balik.. Layan sy mcm sebelum2 ni.. Tanya sy nak breakfast apa, nak lunch apa, nak dinner apa.. Cuma sy yg gelisah tengok dia perangai mcm tu.. Sbb sy expect sy kene marah ke.. Kene maki ke.. Koman2 kene baling pinggan mangkuk ke.. Kene halau ke.. Tp dia diam je..

Sy nak minta tolong kaum hawa dalam ni.. Apa yg sy perlu lakukan.. Sy minta maaf dengan isteri.. Dan isteri maafkan sy.. Tp kenapa sy masih rasa bersalah dengan sikap isteri walaupun dia dah maafkan sy? Apa yg sy perlu lakukan? Sy buntu.. Dah nak 3 minggu rasa bersalah tu tak hilang.. Terseksanya sy..

Kisah kedua lebih mendebarkan,

‘Layanan Isteri Orang Di Pejabat Memang Tip Top, Tak Sama Macam Isteri Di Rumah’

Zaman sekarang macam sudah jadi satu trend terbaru apabila suami dan isteri orang mempunyai hubungan sulit yang dapat kita dilihat di dada akhbar dan media sosial. Perkara ini menjadi lebih panas apabila hubungan terlarang itu dibina di bawah naungan syarikat yang sama dan sering bersama ke sana ke mari atas urusan kerja kononnya.

Seperti tiada rasa perasaan bersalah terhadap keluarga terutama pada suami atau isteri, mereka semakin ligat mempertahankan skandal mereka itu dengan mengisi masa lapang mereka untuk bersama-sama di samping melempiaskan nafsu serakah apabila sering berjauhan.

Hal ini sungguh memalukan satu keturunan apabila hubungan sulit mereka ini diketahui ahli keluarga. Walau bagaimanapun, benarlah kata orang kerana nafsu badan binasa.

Hubungan sulit dengan rakan sekerja bukan perkara baru.Di sini kami ingin kongsikan satu Kisah Rumah Tangga yang mungkin dapat memberikan pengajaran kepada semua orang di luar sana. Kisah benar ini diceritakan oleh seorang lelaki yang telah mengaku tewas dengan godaan syaitan sehingga menyebabkan dia telah terlanjur banyak kali bersama pasangannya itu iaitu isteri orang.

Saya gunakan akaun Facebook sementara semata-mata ingin meminta pendapat daripada semua selain untuk berikan pengajaran dan meluahkan perasaan yang terbuku di hati.

Saya tidak tahu mengapa saya sering diduga dengan seorang perempuan dan selalunya perempuan itu adalah isteri orang. Apalah nasib saya, memang sesuatu yang gila.

Kisah ini bermula ketika saya yang masih bujang ini berkerja di sebuah syarikat di Kuala Lumpur. Saya mula kenal dengan seorang rakan sepejabat dan mulanya saya memanggil beliau sebagai seorang kakak kerana dia agak lebih berusia daripada saya. Lama kelamaan apabila semakin rapat panggilan kakak semakin hilang.

Kerana kami berkerja satu pejabat, kami menjadi semakin rapat dan sering keluar lunch bersama, malahan gurauan kami sehingga menjadi tiada had. Dari situlah kami mula bermesej secara rahsia hampir setiap malam dan dia sangat pandai menyorok perkara ini dari pengetahuan suaminya.

Apabila terlalu rapat, hubungan itu akan terus berlarutan.Sehinggalah sampai ke satu tahap kami sanggup berjumpa di tangga pejabat demi untuk melepaskan kerinduan walaupun tidak bersetubuh. Agak lama kami mempunyai hubungan seperti itu dan akhirnya terputus disebabkan saya dinaikkan pangkat dan ditukarkan ke cawangan lain. Terlalu jauh untuk kami berjumpa dan Alhamdulillah, saya juga sudah lupakan dia.

Setelah bertahun lamanya berlalu, kini saya sudah menjadi seorang suami dan turut mempunyai dua anak. Isteri saya seorang yang sangat baik dan tidak pernah buat hal malah saya sangat menyayangi dia dan dia sayang saya seadanya saya. Ya, saya pun sayangkan dia dan anak-anak. Kami sangat bahagia walaupun tidak sekaya mana.

Tetapi, dugaan demi dugaan datang yang terus menguji saya dan media sosial adalah pencetus segala-galanya. Semuanya bermula dengan Whatsapp group, Facebook, WeChat dan bermacam group lagi yang ada dicampur dengan rakan sekolah dan kawan-kawan lama sehingga mereka semua dapat ditemui semula.

Sememangnya betul dari group Whatsapp sekolah saya, saya kini merindui dia dan dia yang saya maksudkan itu adalah A. A adalah isteri orang, mempunyai dua anak dan berkerja sebagai seorang penjawat awam. Dulu ketika masih bersekolah kami adalah sebagai kawan sahaja bukan pernah bercinta, tetapi nak dijadikan cerita selepas bertukar mesej kami boleh jadi jatuh hati antara satu sama lain.

Cinta itu tak kenal siapa? Semuanya bermula apabila si A mempunyai urusan dan kursus di luar kawasan. Kami mula berhubung sampai lewat malam yang kononnya nak temankan dia sebab dia keseorangan di sana. Dan saya pulak ketika itu tiada sesiapa di rumah dan isteri serta anak-anak balik kampung atas urusan keluarga.

Jadi, waktu ini sangat membosankan dan kami bersembang, berkongsi cerita apa saja sehingga membabitkan masalah suaminya. Al-maklumlah sudah lama tak berjumpa, jadi bermacam cerita yang kami kongsikan sehinggalah termasuk bab romantik dan berakhir dengan bab atas katil.

Walau bagaimanapun, pada mulanya agak takut untuk berlebih-lebih memandangkan dia isteri orang tapi lama-kelamaan kami menjadi rindu dan hilang perasaan takut. kebetulan pada bulan akan datang nanti dia akan menjalani kursus di kawasan saya. Jadi, kami plan untuk berjumpa sehinggalah tibanya hari yang dinantikan itu kami menginap di hotel.

Inilah peluang yang kami nantikan dan selama dua hari kami tidur di hotel. Layanan yang diberikan memang sangat terbaik dan mungkin kerana HARAM, maka ianya menjadi sangat seronok dan terbaik. Apakan daya, kerana nafsu syaitan saya akhirnya tewas. Kepada isteriku yang disayangi, maafkan aku.

Sehingga kini hampir dua bulan saya dan A tidak lagi berhubungan selepas ada pergaduhan kecil antara kami. Biasalah, sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula hubungan kami yang haram ini.

Saya jalani kehidupan saya seperti biasa sebagai seorang suami dan bapa. Setiap pagi pergi kerja dan pada petangnya balik bermain dengan anak-anak. Tapi, kadang-kadang sampai satu masa itu saya sangat rindu pada dia, rindu sangat-sangat, kenapa sampai terjadi seperti ini.

Sebenarnya masih lagi banyak cerita bercinta dengan isteri orang ini, bukannya saya ingin menipu atau memuji diri saya hebat tetapi perempuan sangat lemah. Jadi, saya ambil cerita yang ‘extreme’ saja sebagai panduan untuk bercerita pada anda semua. Memang betul, zaman sekarang sangat mudah untuk dapatkan isteri orang, baik di media sosial atau di mana-mana lebih-lebih lagi rakan sepejabat, mudah.

Saya mohon kakak-kakak, adik-adik atau makcik-makcik bawang, jangan komen pedas-pedas sangat. Tak kena pada batang hidung korang lagi, saya tak minta semua ini berlaku.

Ya, sekarang saya sedang cuba untuk buang tabiat buruk ini tapi bila buka saja Facebook, ramai awek-awek dan isteri-isteri orang yang cantik-cantik. Saya seorang lelaki yang lemah, macamana nak buat ye? Tolonglah, saya tak sanggup lagi.

Sumber : KRT

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Be the first to comment

Leave a Reply