Assalamualaikum. Lama juga aku bekerja sendiri sebagai photographer wedding.
Macam-macam aku dah tempuh dan lalui. Ini aku nak kongsi sikit cerita yang pernah terjadi di depan aku suatu masa dahulu. Mas hantaran kahwin, mak ayah perempuan ini letak RM22,222.22. Memang mahal sangat wehh, tetapi si lelaki ini telah bersetuju.
Aku tengok yang lelaki ini pun bukan calang-calang orangnya. Jadi, sampailah ke hari akad nikah. Kedua-dua pihak lelaki dan perempuian memang gembira saja. Pengantin dengan mukanya sudah tak sabar nak mengawan. Iyelah, musim hujan pada masa itu.
Tok Kadi sampai, maka berlangsunglah acara akad nikah dan selamba dengan senafas sehaja pengantin lelaki lafazkan akad. Hantaran pun bertukar tangan, begitu juga dengan mas kahwin. Semasa lelaki itu nak baca lafaz takliq, tiba-tiba saudara dari pihak perempuan bising.
“Duit hantaran tak cukup RM1,000 ni!” Pengantin perempuan terus bangun dari tempat duduk. Tinggikan suara pada pengantin lelaki bertanya mengapa duit hantaran tak cukup. “Apsal tak cukup duit RM1,000?” tanyanya. Pihak sebelah perempuan siap perli-perli, “Dah tahu tak cukup duit, tetapi gatal sangat nak kahwin itu kenapa?!
”Yang pengantin lelaki, walaupun mata berkaca, dia senyum sahaja. Dia ambil mikrofon dan berkata, “Baru jadi isteri tak sampai setengah jam dah macam ni? Sahaja saya tak cukupkan seribu sebab nak tengok kau orang macam mana. Ini saya ada bawa wang yang tidak cukup itu,” katanya sambil membuka beg yang berkepok-kepok duit not RM50 dan RM100 di dalamnya.
“Tak apalah, alang-alang semua ada di sini, boleh jadi saksi saya. Saya lepaskan awak dengan talak 3. Assalamualaikum,” katanya buat terakhir kali sebelum menjatuhkan mikrofon itu. Selesai bersalaman, mereka terus beredar dari tempat itu.
Itulah, bila dah ada orang nak, itu kira bernasib baik. Perempuan bersepah sekarang. Tepi-tepi bus stop pun banyak boleh je lelaki kaya ini petik. Kau cuba download dan buka WeChat, berapa ramai yang sanggup serah diri mereka secara free? Kau ingat lelaki lelaki dalam drama jam 7 petang itu wujud ke?
Cerita dibawah lebih mendebarkan,
Mak Mertua Kemain Sombong Sampai Letak Hantaran 15k. Masa Malam Pertama Suami Pelik Bila Bersama Dgn Isteri. Terkejut Esok Pagi Isteri Muntah Muntah
Gambar sekadar hiasan. Asalamualaikum , aku seorang lelaki dan juga seorang suami, aku berkahwin dengan wanita yang aku cintai. Wanita itu dulunya satu sekolah aku kami bercinta di zaman sekolah, banyak rintangan dan halangan dalam hubungan kami,
mak ayah isteri aku tidak berkenan dengan aku, sebab latar belakang kekuarga aku yang tidak elok.. Mak aku kuat bergaul, berkhayal, dan bebas kemana mana saja.. bapa aku pula jenis ambil barang, aku menjadi anak terbiar, namun aku sedikit pun tidak mewarisi kelakuan mak ayah..
Dari umur 15 tahun, aku bercinta dengan isteri aku, mertua menentang sekeras keras nya.. aku berjanji pada isteri aku, walau apa pun halangan aku tetap akan memperisterikan dia.. habis saja spm, kami sama sama melanjutkan pelajaran ke menara gading, dan sebelum kawin,
Alhamdulillah aku sudah mendapat kerja yang cukup baik, aku sudah mampu berumah tangga. Akhirnya aku melamar kekasih aku untuk bertunang.. mak ayah dia tidak setuju, aku merayu rayu dan melutut, walaupun aku dihina kerana status ibu ayah,
aku berjanji tidak akan seperti ibu dan ayah. Aku akan jaga tunang atau bakal isteri aku sampai bila bila.. Mertua aku setuju kami bertunang, namun dia tetap kan hantaran 15k untuk kami berkahwin, dan dalam tempoh masa bertunang, aku mesti berikan tunang aku rm 500 sebulan.
Dan masa yang diberi hanya 3 tahun.. Berat hati nak terima, namun demi cinta, aku sangup, walau pun aku kerja gov, gaji aku hanya rm 1500 kerana aku masih baru bekerja, aku juga masih tak mampu beli kereta dan rumah.. namun rezeki ada di mana mana.
selepas habis waktu bekerja, aku berniaga, aku buka gerai makan, share dengan kawan kawan, Alhamdulillah, boleh lah aku dapat dalam 2k sebulan.. Namun bagi aku semuanya tidak cukup, sebab aku kena kumpul 15k dalam masa 3 tahun dah dalam masa tu juga aku mesti beli rumah dan kereta,
Akhirnya aku terjebak dengan kerja tak elok, aku mengedar benda terlarang, dalam masa setahun saja, aku mampu beli rumah, kereta, dan aku mampu kumpul wang yang banyak, nasib berpihak pada aku, walaupun aku buat kerja tak elok, namun tiada yang tahu,
cuma tunang aku hairan kenapa aku mampu kumpul wang yang banyak? Aku cakap pasal tu dia jangan fikir, yang penting kami akan kawin secepatnya.. selepas 2 tahun aku buat kerja tak elok, aku berhenti, aku hanya bisnes gerai dan gaji aku pun dan cukup sebab simpanan aku dah banyak..
Pernah sekali aku terpaksa outstion selama 3 minggu, aku bagi tahu tunang aku, bila aku balik, aku akan memperisterikan dia, dia setuju dan kami sudah berbincang pada ibu dan ayahnya. Ibunya sempat menyindir aku, dah ada duit ke nak kawin?
Yakin ke awak tak mewarisi perangai teruk mak ayah awak? Aku cuma tertunduk saja.. Tiba lah masa yang di tunggu tunggu.. aku pun berkahwin dengan isteri aku, kami kawin simple sahaja, bajet dalam 5k. 10k lagi mertua aku ambil.
Aku tak tahu mereka buat apa dengan wang itu, yang paling menyedihkan, isteri aku sudah tiada dara, masa malam pertama, isteri aku sudah bagaikan ditebuk tupai, ini kah balasan yang aku dapat, bila aku tanya isteri, kenapa bila bersama terasa lain macam?
Isteri aku cakap mungkin faktor dia aktif bersukan. Aku iakan saja. Sebab aku sayng kat dia.. Lama kelamaan isteri aku semakin pelik, isteri pernah kantoi muntah muntah. Ada kah isteri aku hamil? Macam mana boleh hamil sedangkan kami baru bernikah?
Dipendek kan cerita, aku ada kawan bernama man, man adalah kawan kami dari sekolah dan kami bertiga bff dengan isteri aku, masa aku ot aku minta man jaga tunang aku masa tu, kebetulan kereta aku pancit tayar, aku tumpang kereta man.
Kebetulan aku dok belakang sebab ada kawan lain dok depan, aku pelik dengan kereta man, sebab kat belakang kereta man ada kerongsang isteri aku. Aku kenal sangat dengan kerongsang tu, tapi aku diam, aku ambil kerongsang tu senyap senyap..
Sampai dirumah, aku tanya isteri mana dah kerongsang yang selalu dia pakai. Bini aku mengelabah sambil menjawab ada sama mak dia, ok aku percaya isteri aku.. tapi makin hari isteri aku makin pelik, bila dia selalu muntah muntah aku ajak ke klinik dia tak nak..
aku cari kasut aku nak pakai untuk perjumpaan dengan kawan kawan. Kasut tu simpan atas almari, tak sangka aku terjumpa test preagnant kat atas almari, aku tak pasti tu siapa punya, kalau isteri aku punya kenapa dia senyap? Dan tak mungkin isteri punya sebab kami baru berberapa hari kawin..
Semuanya janji tanda tanya, namun aku menyembunyikan rasa curiga.. pertama aku nak cek adalah hp isteriku. Tapi tak boleh, sebab ada password. Bila isteri main hp aku pura pura tidur, dan aku senyap senyap tengok isteriku tekan apa.
Alhamdulillah akhirnya aku tau.. bila isteriku mandi, aku buka hp isteri aku, namun aku tak jumpa apa apa. Semua chat dah clear. Aku tak tau nak buat macam mana? Aku tak pasti isteri aku buat sesuatu yang tak elok berlakang aku atau tidak. Aku buntu..
Kahwin nak ‘mewah’. Bersalin, nak hsptl swasta. Aku xmampu dah. Mula timbul rasa sesal kahwin
Aku berasal dari Melaka. Aku dah kahwin lebih kurang setahun. Isteri aku dulu belajar sama sama dengan aku di universiti.
Kami kahwin suka sama suka. Aku memang betul betul sayangkan dia dan aku yakin dia pun sayangkan aku. Kami pun merancang untuk meniti bahtera perkahwinan.
Kerja aku biasa. Aku tak ada income yang besar. Tapi aku mampu dan pandai menyimpan, merancang untuk kehidupan selepas perkahwinan nanti.
Apabila kami merancang untuk berkahwin, kami mula uruskan satu persatu.
Beli barang barang untuk hantaran. Isteri aku ini memang minat barang barang yang berjenama. Aku faham, aku layankan sebab aku nak dia happy selagimana bajet aku masih mampu.
Aku yakin dia pun faham keadaan aku. Jadi kami pun beli barang hantaran sama sama dan terus terang, cuma untuk barang hantaran dah mencecah RM3000.
Ini tak termasuk cincin nikah, gelang emas yang aku rancang nak belikan untuk dia sebelum berkahwin.
Bila kami keluar sama sama untuk beli cincin, aku pun beritahu dia bajet aku untuk cincin dan gelang emas.
Dia mula ‘argue’ yang aku letak bajet terlalu rendah. Tak boleh dapat yang bagus dengan bajet sebegitu.
Aku pun terpaksa naikkan bajet aku semula dan belanja lebih RM3000 juga untuk dua dua barang kemas tersebut.
Aku agak tertekan sebenarnya. Aku dah cuba jelaskan. Dia yang tak faham dan tak cuba memahami. Tapi, bila kau dah sayang, bukan senang kau nak tolak.
Perkahwinan menjelang tiba. Semua duit simpanan aku lebih kurang RM20k habis untuk bayaran wang hantaran dan barang barang hantaran.
Aku cuba minta untuk dikurangkan sedikit wang hantaran sebab aku fikir kehidupan lepas kahwin.
Tapi macam biasalah, adat melebihi keperluan. Aku pun bayarlah RM15000 wang hantaran.
Untuk majlis sebelah aku, bapa aku taja seluruh majlis kecuali benda benda macam pakaian dan lain lain. Aku terpaksa pinjam kakak aku RM3000 untuk urusan urusan walimah sebelah aku.
Sekarang aku dah kahwin dan dengan izin Allah aku akan menimang cahaya mata dalam sebulan lagi.
Aku nak beri isteri aku yang terbaik. Dia suka hospital swasta daripada kerajaan. Tapi aku tak mampu dah. Duit aku habis.
Lepas kahwin berapa banyak belanja lagi. Aku susah nak menyimpan. Lagi lagi dengan keadaan hari ini yang sangat tak menentu.
Aku sangat tertekan. Aku tak boleh nak balance antara sayang dengan keperluan. Yang aku tak tahan, dalam hati aku mula timbul sedikit sesal berkahwin dengan dia.
Aku tak suka perasaan macam ini. Tapi benda tu dah mula datang. Aku tak tahulah dia baca ke tak confession aku ni, aku harap dia baca. Supaya dia boleh fikir.
Aku nak nasihat pada semua pemuda, gadis yang nak berkahwin. Fikirlah masak masak. Jangan kau orang enjoy sehari tu, tapi kau menyesal nanti. Tak kiralah lelaki atau perempuan.
Memanglah orang akan puji hebatnya majlis kau, cantiknya barang hantaran kau. Tapi pujian tu tak cukup untuk tanggung kehidupan kau.
Sayang kau dekat dia tu tak boleh tanggung kehidupan kau. Berhemahlah.
Sebahagian akan cakap jangan lokek dengan isteri ataupun kahwin memang macam tu. Hanya sebab semua orang buat macam tu tak menjadikan benda tu baik.
Aku tak pernah lokek, aku cuma boleh beri ikut kemampuan aku.
Semua bakal pengantin, pasangan kekasih atau sesiapa pun, fikirlah benda ni masak masak. Jangan menyesal kemudian hari.
Reaksi warganet
Raihan Nabilah –
Saya dah bersalin dekat dua dua hospital. Anak sulung swasta dan kedua kat gov.
Cakap kat wife awak, sama je sakitnya beranak dua dua takde berkurang pun kalau dekat swasta, haha. Bezanya aku bersalin swasta laki aku bayar bil 3 ribu. Dekat gov bayar bil tiga puluh satu ringgit. Selain itu takde apa pun yang best sangat, huhu.
Adlin Farahin –
Kalau isteri confessor baca, akak cuma nak pesan. Kalau awak dapat suami yang reti menyimpan, ingat hari kemudian, ketahuilah yang awak sangat beruntung. Tak ramai lelaki yang akak kenal, ada perangai macam ni. Kalau awk TAK HARGAI suami awak, akak harap awak tak menyesal dikemudian hari.
Bersalin swasta memang dengar gah. Tapi kalau berlaku sebarang k0mplikasi yang berisiko, mereka akan tolak awk dekat hospital kerajaan jugak.
Percayalah dik. Lepas ada anak nanti, awak kena fikir insurans, pampers, makanan berkhasiat, keperluan menyusu, duit kecemasan kalau anak sakit. Sudah sudahlah berkiblatkan kata kata pujian orang. Sudahlah. Haaa kan dah ter-membebel.. Biasaaaaaa dia nihhh.
Norhidayu Mohd Jamil –
Pergh. All the best la di hari hari mendatang. Baru setahun, lepasni banyak tahun lagi perlu dilalui. Dengan keperluan anak yang perlu dibeli, memang banyak le kena sedia pasni.
Kena terus terang, buka buku bank, akaun bank tunjuk realiti kehidupan korang dan baik sedarkan dia cepat cepat yang awak akan tunaikan tanggungjawab awak dengan kemampuan yang ada sahaj.
Kena belajar bertolak ansur, empati, sikap cepat cepat saling membantu dalam rumahtangga ni.
Kalau tak boleh belajar, kena ajar. Kalau tak, masakk bro. Lebih sedih bila datang “sesal berkahwin dengan dia” tu. Cepat cepat la rawat dan selesaikan ya. Ni realiti rumahtangga, awak kena hadapi dia dan selesaikan.
Norzanariah Ismail –
Ukur baju di badan sendiri lah. Sanggup ikat perut ke demi nak nampak mewah di mata orang? Sanggup susahkan pasangan sendiri demi nak puaskan kehendak di luar kemampuan?.
Untuk confessor, suatu hari nanti bila kau tak mampu nak sediakan semua kehendak isteri, adakah dia akan bersama kau lagi?.
Dari sekarang kau kena didik dia supaya ukur baju di badan sendiri. Jangan terlalu bermewah jika sekadar cukup cukup untuk makan sahaja. Kau ketua keluarga, jadi nasihatkan isteri kau secara berhemah.
Razlina AR –
Dalam perkahwinan ni ada give and take.
Akak ni masa kawen dulu, biasa je tka de pun hantaran gah. Beli barang masing masing dan tukar. Jangan sampai sayang tu menjadikan adik lupa. Berfikir cara waras, kahwen bukan sehari 2 je.
Bab bersalin hospital govt dan swasta. Jangan nak manja sangat. Pegilah govt. Akak dah rasa both. Bil anak no 1 rm90, anak no 2 rm30 anak no 3 rm3k, anak no 4 rm13k. Kenapa bil sampai 5 angka sebabnya kita tak tau ada c0mplication.
Last last, masuk 0peration theatre. Lepastu tumpah drah, tambah drah pastu kena naik ambulance transfer ke hosp govt. Tak rasa sayang duit ke last last ada problem tolak pergi govt jugak yang bilnya cuma rm24.
Adik sang isteri, sudah sudah la tu nak tunjuk lifestyle kat orang. Tak bawak ke mana pun. Mudahkan urusan suami. InsyaAllah Allah murahkan rezeki.
Adik sang suami belajarlah berterus terang dab membezakan keperluan dan kehendak sebelum anda dihimpit hutang yang berganda.
Soraya Eilham –
Bersalin ni macam perang tuan. Kita tak tau apa yang akan jadi. Memang selalu check up semua sihat je. Tapi kita taktau rezeki isteri tuan macam mana.
Kalau mudah, alhamdulillah. Normal di swasta bawah 2k pun ada. Tapiiii.. keadaan bertukar sesak kadang kadang dalam sekelip mata je. Tunggu 5-6jam tiade progress bukaan. Bini dah penat sakit.
Sekali dia minta ep1dural. Kena tambah duit lagi. Tetiba kena induce. Duit lagi. Dah induce pun tak buka buka jugak jalan. Dah kena czer. Czer kalau takde 10k++ dalam kocek takleh nak sembang tuan. Mana nak cekau banyak banyak tu dalam masa singkat.
Kalau baby sihat alhamdulillah. Kalau ada k0mplikasi?.. Baby kuning ke. Semua tu kena tambah duit lagi. Belum lagi nanti lepas besalin kot kot susu lambat nak produce. Kena bagi formula milk dulu kat baby, Pempes lagi.
Kot kot bini nak pakai mamy poko je sebab nak jaga standard. Rabak lagi poket tuan. Baby ni kerap kencing berak. Tak boleh lambat lambat tukar. Kang ruam melecet pulak. Lagi lagi kalau baby super sensitif.
Bincang la dengn isteri slow slow sambil pegang tangan dia. Tunjuk duit dalam acc bank tuan kalau dia tak percaya.
Sekarang ni makcik bawang tak tanya sangat bersalin gov ke swasta. Abis abis dia tanya normal ke czer. Itu je.
Gov pun kalau kita jenis takde banyak masalah dengan misi/bidan perempuan yang akan assist kita. Doktor datang tengok kejap kejap je. Doa la banyak banyak supaya isteri dimudahkan urusannya nanti.
Benda paling takut nak buat time time mengandung, lagi lagi dekat dekat nak besalin adalah marah suami dan buat dia terasa hati.
Sbb doa dan redha suami sangat penting untuk kurangkan sakit dan lancarkan urusan bersalin. Sebab bila masuk labourbroom tu, belum tentu kita akan jumpa lagi suami dan anak dengan selamat.
Sumber KRT
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.