Aku Di Paksa Kahwin Dgn Lelaki Lembut, Aku Berjaya Mengandung Tp Skrg Aku Tak Tahan Satu Benda Dengan Dia

Hai semua..Hehe.. Tajuk tak nak kalahkan?Alhamdulillah.. dengan sokongan semua. Sampai jugak aku ke akhir siri. Sebenarnya, masa post ‘Suamiku Si Lembut’ yang pertama dulu. Tak bercadang pun nak ada siri2 lain. Suami aku kata..“Abang rasa tak sampai 500 like” aku cakap balik “Takpelah bang.. dapat 50 like pun ok. Maknanya ada jugak orang nak baca hehe” Dan, tak sangka boleh sampai ribu riban jugak. Huhu.

Untuk part 1 yang pasti mendebarkan situasi sebenar malam pertama mereka suami aku si lembut. Boleh baca dibawah,

Aku di jodohkn dgn lelaki lembut, mlm pertama kami suami bg alasan belum bersedia minta aku bsabar.

Hai.. Namaku Lily. Aku ingin berkongsi cerita tentang pengalaman bersuamikan lelaki lembut. Suami dah beri kebenaran untuk aku menulis tentang kami di sini. Harap tak timbul isu. Ya, suami aku memang lembut. Lembut yang bukan sikit sikit punya lembut. Lembut yang sangat kewanitaan. Jika ingin dibandingkan dengan aku.

Aku rasa, dia lagi lembut daripada aku. Kami dijodohkan oleh keluarga. Mungkin mak aku dah pening sebab umur aku dah cecah 30 tapi takde sape masuk meminang.

Tu yang dia pakat dengan kawan dia nak jodohkan aku dengan anak kawan dia. Mula mula tengok gambar, aku dah rasa lain macam. Mukanya jambu. Putih bersih. Kening terbentuk. Bibir kemerahan.

Aku pulak dengan muka kusam tak reti bersolek. Malu jugak aku. Tapi akhirnya dengan kesungguhan kedua dua keluarga, kami dijodohkan.

Malam selepas nikah, baru aku nampak yang laki aku bukan calang2 lembut. Jalannya. Fesyennya. Memang ke arah sifat feminin.

Aku terpaksa redho dengan itu. Aku pujuk diri aku yang luaran mungkin tak sama dengan dalaman. Batinnya mungkin ‘lelaki’.

Tapi, sangkaan aku meleset bila dia ajak aku berbincang dalam bilik di ‘malam pertama’ kami.

Dia katakan beri dia masa untuk ‘bersama’ sebab kami belum berkenalan. Kalau boleh itu menjadi rahsia kami berdua.

Aku yang mendengar cuma mengangguk setuju. Lagipun aku pun segan juga. Sebab Dialah lelaki bukan mahram yang pertama yang pernah berdua duaan dengan aku dalam bilik.

Aku katakan yang dia boleh saja nak tarik diri dan ceraaikan aku bila bila masa kalau rasakan aku ni beban pada dia. Tapi dia kata yang dia takkan ceraaikan aku melainkan aku yang minta.

Disitu aku dah rasa sedih. Sebab aku tak pernah bercinta. Last2 kawin dengan lelaki lembut yang bukan ‘jantan’.

Tapi bila aku fikir semua tu Allah yang atur, aku istighfar banyak kali.. Lagipun siapalah aku nak minta lebih lebih. Tak kawin kang, orang sekeliling tak berenti tanya bila nak kawin. Pasrah.

Malam tu kami tidur di bilik yang sama. Tapi bila dia dah tidur, aku pindah ke bawah. Atas lantai berkarpet sebab aku takut tersentuh dia dan takut dia akan marah.

Sebelum tidur, aku menangis mengenangkan nasib aku nanti. Macamana agaknya hidup aku sebagai isteri yang tidak pernah ‘disentuh’?

Malam tu sebab letih menangis aku nyenyak tertidur. Tiba tiba aku terjaga sebab merasa badanku seperti melayang layang. Eh?

Bila aku buka mata..

Suamiku, si lembut itu mengangkat aku naik ke katil. Ya Allah.. kuatnya dia. Berat aku 50kg kot masa tu.. Tiba tiba rasa sedih malam tadi sedikit sebanyak hilaang. Masa tulah aku yakin dia sebenarnya ‘jantan’ berpewatakan lembut.

“Jangan tidur bawah lagi. Abang yang akan tidur bawah kalau sayang rasa tak selesa”

Mak aiii Baru 1 malam kawin, dia dah panggil aku sayang. Dan dia pun bahasakan diri dia ‘abang’. Lagi la perasaan aku macam dibuai2. Terasa ada yang sayang.

Esoknya aku jadi ceria kembali. Aku lupakan soal ‘kejantanan’ suami aku. Aku redho. Aku doa supaya cepat hubungan kami menjadi normal.

Selepas berkahwin, aku berpindah ke rumahnya. Apartment sederhana besar yang bagi aku cukup selesa. Cara dia menghias rumah juga menunjukkan betapa ‘kewanitaannya’ dirinya.

Minggu pertama sebagai isteri, aku jalankan tanggungjawab aku sebagai isteri. Aku berhenti bekerja memandangkan gajinya sudah cukup menyara kami. So, akulah tukang masak dan tukang cuci dirumah itu.

Waktu tidur? Kami akan tidur bersama. Di katil yang sama. Tapi cuma sekadar tidur. Ada masanya dia ‘terpeluuk’ badan aku secara tak sengaja disebabkan badan aku kecil. Mungkin dia ingatkan aku bantal peluuk kot.

Bila macam tu, aku akan buat buat tidur walaupun sebenarnya dah susah untuk aku tidur. Rasa berdebar saja. Macam tu rupanya bila kena peluuk suami. Bahagia betul rasanya walaupun tanpa sengaja.

Bila dia tersedar, dia akan leraikan peluukn dan berpaling ke belakang. Sedih pulak aku.

Bila dia pergi kerja, aku dah mula pandai mesej dia kat mana. Dan dia pun dah pandai hantar repot. Meeting. Jumpa kawan. Lepas tu tanya nak beli apa..Nak masak apa..

Aku jadi positif yang hubungan kami sememangnya ok saja. Walaupun belum tahap ‘suami isteri sebenar’.

Dia pernah ajak aku keluar makan. Bila dia tengok gaya aku, dia suruh aku keluarkan barang mekap yang aku ada. Aku kata yang aku cuma ada lipstik, celak dan bedak compact saja.

Lepas tu, dia bukak almari dia. Dia keluarkan beg mekap dia. Lengkap. Macam mekap artist pun ada.

Dia kata memang dulu dia pernah berjinak jinak dalam dunia mekap. Dia kata aku boleh saja nak pakai bila bila masa. Masalahnya aku yang tak reti nak mekap.

Last2 dia yang mekapkan aku. Memang berubah terus muka aku. Dia kata aku sebenarnya cantik. Cuma nak kena touch up sikit saja. Kembang jugak la aku kena puji suami sendiri. Hehe.

Masa keluar dengan dia aku cuma mengikut saja. Aku pun tak tau nak beli apa. Dia suruh aku pegang lengan dia.

Terharu jugak la aku bila dia terserempak dengan kawan kawan dia dan katakan aku isteri dia. Nampak jugak dia bangga sebab dah kawin.

Dalam bulan pertama berkahwin kami langgan netflix sebab dia tak nak aku bosan duduk rumah. Maka bermulalah obses aku pada drama dan movie korea.

Setiap kali dia balik kerja, dia akan bertanya tentang drama yang aku layan. Di sinilah bestnya ada suami lembut. Boleh jadi kawan.

Aku akan cerita a-z kalau cerita tu best. Dia pulak akan setia mendengar. Macam kawan2 perempuan kau bila dengar cerita korea tu. Hah.. macam tulah.

Dia kata dia suka sangat dengan Lee seung-gi. Pelakon lelaki korea yang bagi aku takdelah hensem mana. Haha.. Bila aku tanya pelakon perempuan korea mana dia minat. Dia kata tak minat perempuan. Huhu.. terasa aku.

Sampailah satu hari tu, hujung minggu. Dia ajak aku tengok cerita hollywood kat netflix. Awal awal tengok ok lagi. Sampailah ada scene hubungan suami isteri. Aku ambil remote nak forward saja. Tapi dia biarkan. Memang awkward sangatlah jadinya.

Aku buat2 masuk dapur nak minum. Siap buatkan dia air milo panas lagi. Bila aku keluar bawak air. Dia boleh tanya aku

“Bila kita nak buat macam tu?”

Rasa macam nak terlepas air yang aku bawak. Mujur aku boleh kawal lagi. ‘macam tu’ yang dia maksudkan dah tentulah ‘adegan’ yang tadi tu.

Masa dia tanya tu, aku dah rasa panas saja muka aku. Merah kot. Aku nak jawab apa. Aku pun angkat bahu jelah. Tapi bila dia asyik pandang saja muka aku..aku pun cakaplah

“Kalau abang rasa tak selesa, takpe.. kite macam ni jelah. Sampai abang selesa”

Walaupun jauh di sudut hati aku. Aku memang nak dia jadi ‘lelaki’. Tapi aku dah ‘sayangkan’ hubungan kami yang sebegitu.

“Kite try malam ni.”

Hah?? Aku rasa tak tau nak sorok mana muka aku. Malu betul aku rasa. Terus terang betul mamat lembut ni. Kalau ye pun, berkias kias la sikit.

Satu kelebihan orang lembut ni. Dia kurang rasa malu. Atau boleh dikata takde malu. Dia akan luah ikut suka dia. Terlalu berterus terang. Kalau dia tak suka sesuatu pun dia akan bagitau direct.

Dipendekkan cerita, (yelah.. kang cerita panjang panjang, dah jadi x-rated pulak cerita aku. Haha)

Kami pun berjaya menjadi suami isteri malam tu. Haha

Aku bersyukur sangat apabila suami aku si lembut dah jadi ‘lelaki’. Dia pun nampak happy..

Pada masa tu juga dia buka rahsia dia yang paling besar.

Dia pernah berkahwin.

Aku yang dengar rasa macam tak percaya. Dia kata isterinya dulu minta ceraai sebab dalam 3 minggu selepas nikah tak ‘disentuh’ oleh dia. Bekas isteri minta diceraaikan. Dia turutkan.

“Mujur sekarang ni abang dapat isteri sabar macam sayang. Kalau boleh abang nak anak ramai”

“Kalau saya mandul? Tak mampu bagi abang anak, abang kawin lain ke?”

Aku tanya dalam nada gurau. Tapi dia jawab

“Tak cuba tak tahu”

Masa tu aku peluuk dia kuat sambil nangis. Aku pun dah hilaang malu. Bercampur baur perasaan aku.

Nangis sebab happy sebab dah sempurna menjadi ‘isteri’. Nangis sebab sedih. Takut kalau kalau tak dapat bagi anak pada dia.

Member aku ada cakap yang orang lembut ni memang sukakan anak. Sebab tu ramai orang orang lembut ambil anak angkat.

Selepas malam tu, aku nampak perlahan lahan dia berubah menjadi lebih kelelakian. Dia mula belajar bertukang. Warna warna bajunya lebih gelap. Dia tidak lagi memakai baju v-neck. Keningnya juga mula lebat. Gaya berjalan juga nampak lebih mengengkang.

Alhamdulillah.. termakbul doa doa aku. Siapa kata lelaki lembut tak boleh berubah? Mungkin nampak macam menipu diri dan hipokrit.

Tapi itu semua pilihan. Suami aku memilih untuk mengikut fitrah asalnya. Bukan naluri kewanitaannya.

Sebenarnya sekarang ni suami aku tengah masak dan mengemas kat dapur sebab aku langsung tak boleh bau dapur. Alahan yang melampau. Awal Januari Tahun depan due date anak kami.. hehe..

Terima kasih kerana membaca luahan seorang wanita yang tengah bosan melayan pkp. Muntah dari pagi hingga ke malam. Huhu..

Indahnya percintaan mereka kan. Apa kata netizen pula, ramai yang turut berkongsia pengalaman dan doa untuk pasangan ini.

Part 2 yang paling lagi kelakar bila suamiku si lembut rupanya si mulut lazer suka bermakeup.

Kali ni aku nak cerita lebih detail pasal suami aku si lembut ni. Pkp ni buat aku rasa nak menulis saja sebab mungkin ni saja aktiviti aku boleh buat sambil baring. Hehe. Ada beberapa perkara yang aku suka, dan ada perkara yang aku menyampah. Untuk part 1 lagi menarik dan mendebar boleh klik pautan ini

Kita mula bab menyampah dulu. Satu hari tu aku terlupa fon aku letak mana. Try call, mati. So, satu rumah aku geledah. Last2, suami aku yang jumpa atas mesin basuh. Terus mulut dia laser aku..

“Adoiii.. pelupa betul la bini aku. Ni kalau t*tek dia boleh tanggal. Memang tinggal sebelah saja tet*k dia” Pedih tau. Huhu.

Aku pernah merajuk kena carut ngan dia. Aku ni jenis tak suka orang cakap kasar2 dekat aku..aku tak pandai nak membalas. Senyap2 aku keluar rumah naik teksi. Aku off phone. Sampai dah nak Maghrib aku tak balik jugak.

Semua keluarga aku dia call semata mata nak cari aku. Mak bapak aku pun tak tau aku pegi mana. Dia sempat pegi balai polis, tapi polis cakap tak sampai 24jam lagi. Tak boleh nak repot hilang.

Last2 mak dia sendiri call dia..

“Bini ko dekat sini ha. Berani ko carut menantu mak ye..”

Ye.. aku lari rumah mak bapak dia. Memandangkan dekat saja dari rumah kitorang. Padan muka dia. Masa dia datang nak ambil aku.. bapak dia pulak ceramah dia panjang.

Tentang tanggungjawab suami. Tentang sayangkan isteri. Seronok pulak tengok dia terangguk angguk. Anak yg taat sangat2.. haha

“Isteri kamu dah la baik.. sopan.. cubalah hargai”

Ni ayat bapak dia yang paling aku ingat. Kembang woo kena puji. Haha

Dah selesai semua, kitorang naik kereta. Terus saja dia cakap..

“Untunglah orang tu..ada kabel besar..”

Aku cuma mampu sengih. Tapi lepas tu, aku ambil tangan dia aku ciium dan mintak maaf sebab buat dia risau.

Mula hari tu, dia dah tak berani nak carut aku dah. Nak membebel pun jarang. Dia tau aku akan mengadu dekat mak dia. Haha

Ye, tu saja satu benda yang aku tak suka. Dan banyak benda yang aku suka pada dia. Dia rajin, bersih, penyayang, tak kedekut.

Rajin dan bersihnya dia dah tahap OCD (Obsessive-Compulsive Disorder). Tapi dia tak nak mengaku yang dia ada disorder tu. Dia kata dia normal. Tapi kalau dah sampai tahap selipar pun kena susun ikut saiz. Aku rasa dia agak prah jugak.

Tentang penyayang dan tak kedekut, dia adalah anak yang sangat mementingkan keluarga. Dia akan usahakan untuk semua keluarga adik beradik dia berkumpul setiap bulan dekat rumah mak bapak dia.

Dia akan pastikan semua datang. Pernah sekali anak saudara dia bagi alasan takde duit tambang. Dia sanggup tambangkan anak saudara dia untuk naik flight dari utara.

Aku sebagai isteri dah tentulah merasa tempias dari sifat pemurah dia. Masa mula mula dia suruh aku berhenti kerja, aku takut jugak. Yelah, kan banyak cerita yang suami tak bagi nafkah dekat isteri.

Yang dia ni lain pulak.. nafkah bulanan tak pernah gagal. Lepas tu, asyik tanya aku nak beli apa. Bila aku kata tak tau.. dia boleh marah.

“Tak tau. Tak tau. Cakap jelah.

“Beli jelah apa apa yang abang rasa sesuai”

Masalahnya bila aku cakap macam tu.. mula la dia akan beli benda pelik pelik. High heels la.. baju blink2 la..

Sampai satu tahap aku fikir.. sebenarnya apa yang dia nak aku pakai sebenarnya dia yang nak pakai sangat. Haha

Pasal makanan pulak, stok biskut, coklat dan segala mak nenek junk food sentiasa penuh dekat kabinet. Masalahnya sekarang, dia ni jenis jaga badan. Bukan makan sangat. Jadi masalah pada akulah. Aku dah la duduk rumah 24 jam.

Bila aku kata tak payah beli.. dia akan bagi alasan dia sediakan untuk anak2 buah dia kalau datang rumah. Semenjak kawin, baru sekali saja anak2 buah dia datang. Yang banyak menghadap benda tu, akulah.

Tapi bila dia kata..

“Sayang nak makan apa, suka hati. Tapi abang tak nak sayang gemok.”

Pulak dah Nak tak nak, memang terpaksalah aku rajinkan diri buat benda paling aku malas dalam dunia ni.. BERSENAM Huhu..

Sebenarnya dalam banyak2 sifat dia, aku paling suka dia sangat romantik. Bukan romantik macam dekat drama2 tu.. dia romantik cara dia. Dia suka bagi pickup line yang buatkan aku terawang awang. Hehe

Contohnya, bila dia tiba2 kata..

“Untungnye jadi bantal tu”

Mata dia khusyuk tengok tv. dekat tv takde iklan bantal pun. Dah lama baru aku perasan..dia maksudkan bantal yang aku pluk rupanya..alahai lembabnye la aku.

Satu lagi, time shopping dia tiba tiba saja cakap

“Sayang. Pandang kiri”

“Ada apa?” Aku tak paham. Tapi aku pandang jugak kiri. Takde apa yang pelik. Yang aku nampak cuma dia dekat kiri aku

“Abang tak nak sayang pandang lain selain abang”

Ish. Dia ni..dekat public tak payah la sweet2..kang aku jalan terhuyung hayang kang..hati aku punyalah berbunga bunga. Akarnya mencengkam ke jantung. Fuh.

Satu peristiwa lagi bila dia terserempak aku yang baru habis mandi. Dia terus tanya

“Bersih ke?”

“Apa yang bersih?”

“Badan la.. bersih ke?

“Bersih la. Kan dah pakai sabun”

“Macam tak bersih saja.. jom mandi sekali lagi”

Dan aku akan buat buat tak dengar. Malas nak layan kononnya. Padahal dekat belakang aku dah tersenyum senyum.

Tapi, ada masa dia ni annoying jugak.. selalu sangat dia buat macam ni..

“Sayang. Nak ikut tak?”

“Nak pegi mana?” Aku dah tebayang dia nak ajak aku gi shopping.

“Berak” Terkekek dia gelak sambil masuk bilik air.

Ces. Tak senonoh Kang aku ikut betul.. tak tenteram ko nak meneran. Haha

Satu lagi peristiwa, selepas kami dah jadi ‘suami isteri sebenar’. Dia letak satu peraturan baru..

“Abang nak… tiap malam, kita kena rapatkan badan dada ke dada. Tak kesah la tengah gduh ke.. tengah badmood ke.. Jangan pernah lupa”

“Kenapa tak cakap p3luk saja?”

“P3luk lain. Ni dada ngan dada saja”

Aku pun tak tau dari mana dia dapat benda ni. Mungkin ada la tu dia dengar mana2 penceramah syorkan. Aku ikutkan jelah.

So, nak dijadikan cerita, satu hari tu, dia marah aku sebab tak jawab call dan mesej dia. Khusyuk tengok korea punya pasal.

Aku sedih kena marah. Kitorang senyap saja satu hari. Tak bertegur sapa.

Bila aku baru nak lelap, tiba tiba dia pegang bahu aku.

“Sayang..ada lupa apa2 ke?”

“Lupa apa?”

“Kite tak rapat dada lagi..”

Aku gelak. Siang tadi kemain lagi marah aku. Dan semudah itu kitorang berbaik semula.

Banyak lagi kalau nak cerita. Tapi sebab aku menghormati adik yang komen ‘tak hormat langsung dengan kitorang yang tak kawin lagi ni’. Aku stop cerita sweet2 ni. Akak minta maaf ye..hehe..

Semoga semua yang belum berkahwin dimudahkan urusan jodoh masing masing.

InsyaAllah, kalau aku rajin lepas ni aku cerita tentang pengalaman sebelum dapat tau aku mengandung.

Oh ye.. suami aku kirim salam dekat semua yang mendoakan kitorang. Korang semua baik hati. Semoga Allah lindungi kamu semua dari bala bencana. Aamiin..

Sumber KRT.

 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply