Pelakon Diana Danielle telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Farid Kamil pada awal bulan ini.
Pernohonan cerai itu atas alasan tiada persefahaman dan telah berlaku shiqaq (perbalahan berpanjangan).
Pagi ini, permohonan cerai tersebut telah disebut di Mahkamah Rendah Syariah Subang Bestari di sini.
Bagaimanapun, Farid atau nama penuhnya Farid Kamil Zahari enggan melafazkan cerai tersebut.
Difahamkan pasangan itu tidak lagi tinggal serumah.
Farid dan Diana berkahwin pada 2012 dan hasil perkongsian hidup selama sedekad, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.
Sehubungan itu, Hakim Syarie, Shukran Yusof memerintahkan pasangan itu untuk menjalani proses Jawatankuasa Pendamai (JKP).
Permohonan itu akan ditetapkan semula untuk sebutan pada 28 Mac ini.
Sekadar info, Farid, 42, dan Diana, 32, berkahwin pada 2012 dan hasil perkongsian hidup selama sedekad, mereka dikurniakan dua orang cahaya mata bernama Muhammad, 9, dan Nur Aurora, 6,
Antara komen netizen,
Aikk, tgok mcm bukan main mesra laki bini ni mcm xda masalah apa.. hmm
Lain kali soal rumah tangga org nie.. baik kita jaga mulut n jaga hati.. biarkan mereka selesaikan sendiri..
Artis xde job skrg… so cara mereka nk org kenal mereka adalah dengan menonjolkan diri mereka. n mintak pasangan mereka bercerai.. bru la popular balik
Sebaiknya di hari2 yg semakin mendekati bulan Ramadhan yg mulia ni… jaga mata,lisan dan jari2 anda dari menaip sesuatu yg tidak membawa faedah…, malahan boleh mengundang dosa mengumpat dan mengata….
Kalau netizen nak tahu..aku lah penyebab diorg bergaduh..Maafkan aku netizen aku tak mintak dilahirkan ensem begini..
Sumber – KOSMO! ONLINE
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.
Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.