Selain dari kemelut rumah tangga mereka yang sedang rancak diperkatakan, konflik antara aktor, Farid Kamil dan juga pengarah terkenal, Syamsul Yusof juga menjadi perhatian umum.
Tak kenal siapa Syamsul
Menerusi temubual yang dikongsi pihak hlive, Farid ketika ditemui menyatakan tidak mengenali individu bernama Syamsul sebelum berlalu pergi.
“Siapa tu? Siapa tu? Apa tu?….Saya tak kenal siapa dia,” ujar Farid ringkas.
View this post on Instagram
Kenyataan Syamsul berkaitan Farid Kamil
Perkara tersebut susulan daripada pertanyaan berkenaan komennya tentang kenyataan Syamsul yang sebelum ini ingin menyaman Farid di atas beberapa hantarannya di Insta Story yang seperti menuduhnya memukul wanita.
Menerusi sidang media yang dilakukan oleh pengarah filem Mat Kilau: Kebangkitan Pahlawan itu tempoh hari, dia mengatakan yang sudah tak mahu bergaduh memandangkan faktor usia, namun lebih memilih untuk menyelesaikan masalah di mahkamah.
View this post on Instagram
Farid Kamil yang ditemui di perkarangan Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya dilihat terus meluru ke pintu pagar selepas menjawab soalan tanpa langsung memandang kebelakangan lagi.
Dia yang baru selesai menjalani proses perbincangan bersama Jawatankuasa Pendamaian (JKP) melibatkan rumah tangganya bersama pelakon, Diana Danielle dilihat masih ingin mempertahankan rumah tangganya apabila membawa bunga dan cincin sebagai tanda memujuk aktres filem Imaginur itu.
Antara komen netizen,
Nampaknya penghayatan Farid Kamil sebagai DSAI dlm filem membawa ke dunia nyata.
Takan tak kenal dia penerbit dia pelakon dan dia penonton
Farid kamil ni betul sakit lah aku ingat
Sumber: Instagram hlive
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.