“Cakap Dekat Dia, Jangan Masuk Campur”, Sharnaaz Kena Sound Dgn Aaron Aziz, Tak Sangka Sebab Ini

Baru-baru ini, pelakon Sharnaaz Ahmad ada memberi kenyataan bahawa dia bersikap profesional dan tidak bersetuju dengan gesaan sesetengah individu yang memintanya menarik diri daripada filem arahan Syamsul Yusof.

Ia berhubung konflik yang berlaku di antara Aaron Aziz dan pengarah filem The Original Gangster itu di mana Sharnaaz yang dikenali dengan panggilan Mamu berkata,

Tak semua yang keluar dari mulut orang marah itu benar. Janganlah cepat percaya apa yang dihidangkan.”
Dalam pada itu, Aaron ketika ditanya tentang hal tersebut menegaskan bahawa dia tidak mahu orang luar yang tidak berkenaan memberi apa-apa kenyataan tentang isu berkenaan.

Cakap dekat dia (Sharnaaz), jangan masuk campur.”

Itu amaran tegas diberikan Aaron kepada Sharnaaz yang berkata jika ada mana-mana pihak yang mahu masuk campur untuk berjumpa dengannya dahulu.

Kepada yang tidak terlibat dengan produksi (filem The Original Gangster), jangan bagi kenyataan. Jangan masuk campur. Kalau nak (masuk campur), jumpa saya dulu.”

Terdahulu, Sharnaaz turut meminta Aaron dan Syamsul untuk menghentikan persengketaan bagi menghormati bulan Ramadan.

Sumber BN

Be the first to comment

Leave a Reply