NAMA usahawan Siti Jamumall sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila mendedahkan dia sudah bercerai dengan suaminya, Mohammad Syafiq Irfan Azman.
Siti atau Siti Suriani Wahiddin, 33, berkata, dia tampil membuat pengakuan itu kerana tidak mahu menimbulkan fitnah apatah lagi perkara itu mula menjadi bualan dalam kalangan pengikutnya di media sosial.
Enggan berkongsi punca penceraian itu, Siti sebaliknya mahu terus fokue mencari rezeki bagi menyara dua anak lelakinya.
“Banyak orang buat fitnah dan komen yang buat saya terpaksa bercakap mengenai perkara ini. Ini dugaan, saya tidak mahu cerita lebih-lebih tapi saya sekarang ini adalah ibu tunggal.
Siti buat pendedahan tentang status rumah tangganya di TikTok.
“Saya cari rezeki untuk besarkan anak-anak saya, dua orang putera saya,” katanya.
Siti berkongsi perkara itu menerusi TikTok miliknya.
Dalam pada itu, Siti menyangkal pendedahannya itu sebagai salah satu cara marketing dan ingin meraih simpati masyarakat bagi meningkatkan jualan produknya.
Kata Siti, perkara itu bukan sesuatu yang boleh dibuat main namun reda ketentuan jodoh dia dan bekas suami berakhir dengan penceraian.
“Saya tidak mahu menangis atau minta simpati, tapi saya yakin diluar sana banyak ibu tunggal yang tengah kuat membesarkan anak-anak mereka.
“Saya buat live dan saya berniaga untuk mencari rezeki halal untuk anak-anak saya. Saya tahu saya tak baik mana, banyak jahat saya,” jelasnya.
Siti bersama dua anak lelakinya.
Siti juga turut dilihat membalas komen ditinggalkan pengikutnya bagi menjelaskan pendedahan tersebut bukan cubaan menjual produk tetapi realiti yang terpaksa dilalui ketika ini.
“Punca kenapa, biarlah saya sahaja yang tahu. Jodoh, pertemuan ditangan Tuhan. Ini bukan content. Memang benar.
“Dalam Islam nikah, cerai, talak tak boleh main-main. Doakan saya kuat,” katanya.
Untuk rekod, Siti dan Mohammad Syafiq mendirikan rumah tangga pada 2019.
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.