“Muka dah biru, dia tak lepas mencekik” – CCTV asyik ‘on-off’, saksi kes abang cekik adik buka cerita di lokasi kejadian

MENYAYAT hati apabila seorang abang dilaporkan tergamak meragut nyawa adik kandungnya dengan mencekiknya sehingga maut.

Bagaimanapun, insiden tragis di Bukit Piatu, Melaka yang berlaku pada Rabu itu dikatakan mempunyai kisah di sebaliknya.

Saksi di tempat kejadian yang juga jiran kepada keluarga mangsa, Qhurun Ain Johanie, 31, mendakwa suspek berdepan gangguan mistik sehingga memaksanya untuk bertindak sedemikian.

“Abang tu namanya Ridwan umur 14 tahun, dia anak sulung dari empat adik-beradik. Mangsa, Haziq dan dia merupakan anak ketiga. Ridwan ni sangat baik orangnya sebenarnya.

Dalam bulatan ialah mangsa yang dikenali sebagai Haziq.

“Dia mendengar kata, penyayang dan selalu ada untuk jaga adik-adik dia. Cuma dari sebulan lalu, Ridwan ni mula berubah, pada masa-masa tertentu dia akan macam dirasuk, bukan sepanjang masa.

“Bila kerasukan ni dia akan hilang kawalan ke atas diri dia, mata akan jadi putih dan akan jadi agresif. Dia akan cuba mencekik dan menendang orang di sekeliling termasuk mak ayah dia.

“Ada sekali waktu Maghrib, Ridwan tiba-tiba lari keluar dari rumah tak tentu arah. Satu kampung pergi mencari dia sampai lewat malam. Perlukan 10 orang lelaki dewasa untuk kawal dia, badan Ridwan jadi berat, ” cerita Qhurun.

Mengimbas semula kejadian pada pukul 12 tengah hari itu, Qhurun berkata dia menerima panggilan telefon daripada jirannya (ibu bapa Ridwan) meminta dia untuk segera memeriksa rumah.

“Ibu mangsa ialah seorang jururawat di Hospital Melaka, dia dan suami ada pasang kamera litar tertutup (CCTV) untuk pantau Ridwan ketika mereka keluar bekerja. Kalau nampak apa-apa jadi mereka akan terus minta jiran datang tengokkan.

Tolong jangan salahkan Ridwan, itu bukan diri dia.
QHURUN AIN JOHANIE
JIRAN SUSPEK
“Tapi waktu hari kejadian, saya tak pasti anak yang mana satu main buka tutup CCTV tu. Jiran saya dah call anak dia suruh buka balik CCTV. Sekali buka balik CCTV nampak Haziq dah kena cekik dengan Ridwan.

“Dia terus call jiran-jiran termasuk saya untuk pergi tolong. Ini bukan kejadian pertama yang macam ni, jadi saya faham dan terus bergegas. Tapi bila kami masuk rumah, semuanya dah terlambat,” kata Qhurun.

Menurut Qhurun, ketika dia tiba Haziq sudah terkulai layu dengan badannya bertukar biru.

cekik 2

Suspek (kiri) yang dikenali sebagai Ridwan bersama ibunya

“Waktu kami sampai tu, kami rasa Haziq mungkin dah sejam lebih tak bernyawa. Muka semua dah biru, kedua-dua tangan dia biru dan kaki dia terlipat. Dalam keadaannya macam tu, Ridwan masih ketat mencekik leher Haziq.

“Ridwan bukan diri dia waktu tu. Dia tak sedar pun. Kami cuba tarik dia ke tepi, tetapi kuat tenaga dia melawan. Nanti bila dah sedar, Ridwan tak akan ingat apa-apa pun yang berlaku. Ada sesuatu yang ‘gantikan’ diri dia.

“Sebelum kejadian, Ridwan dua minggu dah tak meracau tapi benda nak jadi kan. Waktu hari Ridwan dirasuk tu pula ibu dia terlepas pandang.

Ridwan (kiri) dan dua orang adik-beradiknya.

“Kami tetap panggil ambulans mungkin kalau Haziq masih boleh diselamatkan tapi memang Haziq dah tak ada,” ujar Qhuruin yang remuk hatinya.

Mengulas lanjut mengenai episod hitam yang dilalui Ridwan, Qhurun berkata semuanya bermula daripada insiden buli di sekolah agamanya.

“Ridwan di sekolah kerap dibuli rakan-rakan. Mungkin dari situ dia trauma dan lemah semangat, jadi ‘benda-benda’ tu senang nak masuk. Di sekolah, Ridwan pernah meracau tapi tidak seteruk dirasuk seperti sejak kebelakangan ni.

“Cikgu minta Ridwan diambil pulang supaya boleh berubat. Ridwan pernah dihantar ke hospital juga tapi doktor pun tak boleh bantu banyak. Ibu bapa Ridwan pernah minta supaya dia ditahan di hospital untuk dirawat tapi tak dipersetujui.

Ridwan disifatkan sebagai seorang yang sopan santun dan lemah lembut.

“Selain hospital, Ridwan juga dibawa berikhtiar cara perubatan Islam. Dia sedang dalam proses untuk dipulihkan. Tapi tak sangka secepat ni keadaan akan bertukar buruk.

“Waktu cuti musim perayaan hari tu, Ridwan okay je dengan semua adik-beradik dia. Dia nampak gembira. Sekali tengok macam ni jadinya. Tolong jangan salahkan Ridwan, itu bukan diri dia,” kata Qhurun memberi pencerahan.

Bapa Ridwan dan Haziq pada hari kejadian dikatakan berada di Terengganu untuk melawat rumah keluarganya.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit pula mengatakan pihaknya sedang menyisat motif suspek melakukan perbuatan itu dan siasatan kes dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan..

Sumber Mstar

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply