Shikin Maembong Dedah Mula Jatuh Cinta Lepas Tengok Cat Farish Lap Pisang – “Ada Wap & Basah Jadi Saya Lap…”

Penyanyi rap Cat Farish dan Shikin Maembong telah selamat menjadi suami isteri dengan sekali lafaz dalam satu majlis malam tadi.

Meskipun perkenalan mereka singkat namun pasangan ini bersyukur perjalanan untuk menghalalkan hubungan dipermudah sehingga ke hari akad nikah.

Sementara itu, Cat ketika ditemu bual berkongsi cerita tentang permulaan perkenalan mereka dan bagaimana Shikin jatuh cinta dengannya.

Menurut penyanyi berusia 49 tahun itu, Shikin jatuh hati padanya selepas melihatnya mengelap pisang ketika membantunya berniaga.

Dia berniaga, lepas itu pisang tu pula ada satu guni dan ada wap dan basah jadi saya lap lah. Dia jadi macam terharu tengok benda tu dan sekarang dah kahwin.”

Kata Shikin pula, apa yang membuatkan hatinya tersentuh adalah kerana jelas keliihatan keikhlasan Cat yang sudah susah senang bersama dengannya.

Cat ni lain, bila saya tengok dia lap pisang tu yang selalu pekerja yang akan buat, nampak yang dia sudi susah bersama-sama.”

Sumber Mstar.

Be the first to comment

Leave a Reply