Dulu Pernah Terkenal Dengan Watak Dalam Drama `Sutun`, Tak Sangka Begini Keadaan Beliau Sekarang!

Berpewatakan lemah-lembut dan sopan-santun , dia begitu menjiwai watak tersebut. Sebut sahaja jodol drama Sutun, pasti ramai yang mengetahui drama terkenal ini dan popular di Malaysia!

Malah, peminat drama melayu pasti pernah menonton drama Sutun yang pernah mencetus fenomena suatu ketika dahulu.

Awalnya, drama televisyen berkenaan ditayangkan di RTM dan seterusnya, kerana permintaan yang amat tinggi, ia ke udara di saluran televisyen berbayar Astro.

Populariti Sutun melonjakkan nama pelakon utamanya, Ku Yusry yang membawa watak utama sebagai ‘lelaki Iembut’.

Memang lakonan beliau pun menjadi dan sangat berbakat sehinggakan wujud sekuel kedua iaitu Sutun 2.

Drama tersebut mengisahkan pahit manis kehidupan seorang lelaki berjiwa Iembut yang dibesarkan di sebuah kampung.

Terkini, tular di TikTok apabila pelakon Sutun ini kini telah berjaya menjadi pendidik serta seorang guru sekolah.

Menerusi sebuah akaun TikTok yang didakwa merupakan salah seorang rakan gurunya, dia berkongsi rupa paras terkini Ku Yusri Ku Rahman setelah bergelar seorang guru.

Difahamkan, Ku Yusry adalah bekas pelajar bidang seni dan lakonan di Akademi Seni Budaya Dan Warisan Kebangsaan (ASWARA).

Malah beliau turut menyambung pengajian di Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman (IPDA) di Kedah.

Menerusi laporan media, Ku Yusry telahpun bergelar pejuang seni dan pendidik di salah sebuah sekolah seni di Johor Bahru.

Daripada seorang lelaki lembut, beliau menepis kecaman orang ramai membuktikan dirinya mampu menjadi manusia berguna dan menyumbangkan sesuatu kepada masyarakat.

Tanpa membuang masa, khas buat anda yang tertanya-tanya wajah terkini Ku Yusry, berikut kami kongsikan foto-fotonya.

Sumber Murai

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply