TAKUT! Sudah pasti perasaan inilah yang terlintas apabila melihat satu ciapan tular di media sosial baru-baru ini.
Hantaran tersebut merupakan tangkap layar memaparkan empat video berbeza yang dirakam oleh kamera litar tertutup (CCTV) di salah sebuah premis pakaian H&M di ibu kota.
Difahamkan, video tersebut ‘dijual’ oleh individu tidak bertanggungjawab yang dipercayai meletakkan CCTV bagi merakam gerak geri pelanggan yang mencuba pakaian di bilik persalinan (fitting room).
Malah, menerusi salah satu daripada empat tangkap layar rakaman, CCTV yang dipasang juga secara tidak sengaja merakam aksi tidak senonoh pasangan kekasih di dalam fitting room tersebut.
Hantaran asal yang tular.
“Memang lepas ni beli baju tak ada nak fitting-fitting (mencuba pakaian) bagai. B**i scary s**l.
“Wanita di luar sana, sila berhati-hati,” tulis pelayar tersebut di ruangan kapsyen.
Susulan hantaran yang menjadi tular, pelayar itu kemudian memuat naik satu mesej didakwa dihantar oleh ‘mangsa’ yang mengaku dirinya adalah salah seorang individu dalam tangkap layar rakaman itu.
Menurut mangsa, rakaman dibuat sekitar Oktober 2022.
“Saya jumpa awak punya (akaun) Twitter tentang fitting room tu. Boleh saya tahu dari mana datangnya semua video tu? Sebab salah seorang dalam video tu adalah saya.
“Video tu membuatkan saya rasa malu apabila dimuat naik secara umum. Saya harap awak boleh tolong saya,” luah mangsa.
Salah seorang mangsa tampil mengesahkan posting yang tular.
Dalam bebenang ciapan tersebut, pelayar ini mencadangkan agar mangsa membuat laporan kepada pihak berkuasa untuk tindakan sewajarnya.
Pada hantaran sama, dia juga mendedahkan tentang keberadaan kamera yang dipasang dalam bilik persalinan itu berdasarkan satu lagi mesej yang dihantar mangsa.
“Saya ada teringat sesuatu. Masa ni saya dekat fitting room hujung belah kiri,” dakwa mangsa mengimbas kembali kejadian pada hari tersebut.
Terbaharu, premis pakaian berjenama H&M menghubungi pelayar tersebut dengan menyatakan bahawa satu laporan polis telah dibuat berikutan isu tular ini.
“Keselamatan semua pelanggan merupakan perkara paling penting bagi kami.
Pihak H&M membuat laporan polis berkenaan isu berbangkit.
“Satu laporan polis telah dibuat dan siasatan sedang dijalankan.
“Kami juga telah menjalankan pemeriksaan di semua bilik persalinan dan memastikan bahawa tiada sebarang ‘pencerobohan’ sekuriti yang menjejaskan privasi pelanggan kami,” katanya.
Hantaran asal itu bagaimanapun dipadam oleh pelayar tersebut namun menjadi tular di media sosial lain.
Sementara itu, rata-rata netizen meluahkan kebimbangan mereka susulan tangkap layar tular ini.
Komen netizen di Twitter yang bimbang mengenai isu tersebut.
” Takutnya! Nasiblah saya jenis tak cuba baju. Main agak-agak saja sebab memang malas. Tambah pula kejadian macam ni. Apa bendalah.
“Entahlah… tak tahu nak komen apa. Takut pula jadi mangsa nanti. Moga dijauhkan.
“Takut aku. Dah la selalu masuk fitting room H&M,” komen beberapa pelayar di Twitter.
Sumber Mstar .
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.