“Mesti Comel Macam Bilal!” – Akhirnya Neelofa Kongsi `Sedikit` Gambar Wajah Anak Kedua

Terdahulu, usahawan selebriti, Noor Neelofa telah mengumumkan nama anak keduanya iaitu Abdullah Abbas di laman Instagram.

Menerusi hantaran tersebut, Neelofa turut menyatakan sebab mengapa dia dan suaminya, PU Riz memilih nama tersebut.

Bukan itu sahaja, pelakon berusia 32 tahun itu berharap cahaya matanya itu dipilih untuk menjadi agamawan yang akan menyampaikan dakwah.

Terkini, Neelofa telah berkongsi beberapa gambar memaparkan momen dimana keluarganya menyambut kelahiran Abdullah Abbas.

Walaupun tidak mendedahkan sepenuhnya wajah anak keduanya, isteri kepada Haris Ismail itu mendedahkan sedikit wajah Abbas dari bahagian tepi.

Memori yang akan sentiasa segar dalam ingatan, rasa syukur tidak terhingga.

Meninjau di ruangan komen, ramai yang memuji anak keduanya itu pasti comel seperti abangnya, Bilal.

Sumber BN

Be the first to comment

Leave a Reply