Tak dapat dinafikan bahawa semua orang bekerja keras kerana ingin mendapatkan rezeki yang melimpah seperti wang dan harta yang melimpah. Namun yakinlah bahawa rezeki itu sudah ditentukan Allah
Dalam situasi PKP yang semakin mencabar ini, pelbagai inisiatif di lakukan oleh anak-anak muda demi mencari sesuap rezeki untuk menampung kehidupan. Pelbagai strategi dan teknik pemasaran digunakan demi melariskan produk yang dijual. Dari teknik mulut manis melayan pelanggan ketika menjual sehinggalah teknik meletak wanita cantik untuk membantu melariskan jualan
Di Kepala Batas, Kedah,lain pula kisah dua gadis ini yang menjual daging lembu di gerai tepi jalan. Penjual daging kebiasaannya sinonim dengan lelaki, tapi kemunculan dua gadis cantik ini di gerai daging lembu mencuri perhatian ramai. Menurut perkongsian oleh Cik Kartun Omey, mereka baru sahaja buka gerai jualan pada waktu pagi, tapi dua beradik ini telah berjaya menjual sehingga dua ekor lembu
“Alhamdulillah…kmi adik bradik settle jual 2 ekoq daging lembu pgi ni…kesimpulannyer…jgn malu tuk mencari rezeki sesuap nasi..insyaallah..jumpa lg tahun depan,,,
Perkongsian gadis yang menggunakan nama facebook Cik Kartun Comey dan Farra Saad mencapai sehingga 1.9k perkongsian, 1.9k komen dan mendapat sehingga 2 ribu tanda suka dari netizan.
Berikut pula pelbagai reaksi dari nurtizen
“Bgus Adik Bradik Ni Tolong Abah Dia Jual Dging Lembu…Apasal Pla Ptikaikan Pmakaian Drang Pla..Ko Nak Beli..Beli Ja La Bro.
Tak Payah Nak Cakap Itu Ini..Dosa Drang Sdri Tanggung..Buat Jahat D Cakap..Buat Baik Pun D Cakap…Apapun Sbnarnya Yg Korang Ckp2 Tu Dtang Dri Mata Trus Ke Otak…Cara Otak Menilai Org..Situ Dah Jelas..Sikap Sebnar Individu Tu..Mindset…Kalau Biasa Fikir Yg Baik2 Akan Kluar Jga Kata2 Yg Baik2..
“Kesimpulannya Aurat Mu Terbuka Bukan Kesimpulan Jgn Malu Mencari Rezeki Hmm
“Tau La Bapa Dia Mgajar Anak Dia Camana..Tak Payah Nak Susah2 Ckp Itu Ini..Esok2 Ko Ada Anak..Haaaa.Anak Ko Lagi Dasyat Baru Ko Tau..Cakap Bleh Smbrang Cakap…Mnilai Org Bkan Dri Cara Dia Bpakaian..Tapi Hati Budi…Pakai Tutup Habis Pun Hati Blum Tau Baik
Cik Kartun Omey juga turut memanjatkan rasa bersyukur atas kurnian rezeki dan sempat berkongsi gambar bersama Abah dan mendoakan suapaya Abah dipanjangkan umur dan selalu mendapat rezeki seperti itu untuk setiap tahun
“Alhamdulillah….syg abah…semoga Abah dipnjangkn umur..n dpt mcm ni ngn abah setiap tahun”
Hasil tinjaun di FB milik beliau juga, Cik Kartun ini sebenarnya merupakan seorang jururawat spenuh masa
Cik Kartun juga berkongsi video bakat dia memotong daging-daging lembu untuk dijual kepada orang ramai.
Ramai tegur pakaian
Selain pujian positif atas usaha gigih dia dan kakak, Farah mengakui tidak terlepas menerima teguran mengenai pemakaian mereka.
“Orang tegur mengenai pakaian, aurat… betullah tu. Tak apa, kami ambil secara positif.
Selain Farah, kakak dan abangnya turut membantu perniagaan bapa mereka.
“Ada yang m4ki-m4ki pun kami tak kisah, itu mulut orang. Yang penting niat kami nak bantu ayah. Selain saya dan kakak, abang juga ada bantu di gerai,” katanya lagi.
Kata Farah, gerai bapanya terletak berhampiran kem Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kepala Batas, Kedah.
Malah, kediaman mereka juga terletak hanya lima kilometer dari lokasi itu.
Rahsia Sentiasa ‘Dikejar’ Rezeki dengan sentiasa bersyukur
Bersyukur merupakan cara untuk mendapatkan lebih. Lihat saja, bagaimana Allah sangat mudah memberikan lebih kepada mereka yang bersyukur. Ada saja jalan rezeki bagi mereka yang tidak mengeluh, meski dalam keadaan yang terbatas dan kekurangan.
Bukankah hal ini juga sudah dijanjikan dalam Allah SWT dalam Al-Quran, bahawa siapa yang bersyukur maka Allah akan menambahkan nikmatNya. Namun mereka yang mendustakan, maka akan mendapat azab yang pedih.
“(Ingatlah) ketika Rabbmu memaklumkan, “Sesungguhnya jika kalian bersyukur, niscaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kalian mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat”. QS. Ibrahim: 7.
Apa kata anda? Kongsikan bersma kami
Sumber Mstar
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.