Pelakon jelita, Sophia Albarakbah semalam dilaporkan telah berjaya merangkul trofi bagi kategori Aktres Filem Popular di pentas Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-35 (ABPBH35).
Pastinya, pelakon drama Ku Akad Kau Dengan Bismillah itu teruja kerana kehadirannya dalam industri diterima dengan baik meskipun berhadapan dengan kontroversi ‘penyondol’ rumah tangga selebriti sebelum ini.
Dia pada malam itu telah menewaskan nama besar yang lain seperti Maya Karin, Diana Danielle, Janna Nick dan Ahirine Ahiruddin.
Ditemui media pada malam itu sejurus diumumkan sebagai pemenang anugerah Aktres Filem Popular, Sophia berkata trofi itu adalah anugerah pertama yang diterimanya setelah 4 tahun bergelar anak seni sekaligus membuatkan dia lebih bersemangat untuk berkarya.
Saya tidak menjangkakan semua ini. Saya berterima kasih kepada BH, keluarga dan semua peminat yang sentiasa menyokong saya. Saya masih tak percaya saya diumumkan sebagai pemenang.
Namun, di sebalik kemenangan Sophia, lain pula penerimaan sesetengah peminat di media sosial yang merasakan aktres itu tidak layak jika dibandingkan dengan finalis lain yang lebih lama berkecimpung dalam industri hiburan.
Kata netizen, ‘standard’ lakonan Sophia masih baru dan ramai yang tidak mengetahui filem yang pernah dibintangi aktres jelita itu.
Sophia Albarakbah berlakon filem apa? Tetiba menang aktres filem popular. Sumpah tak kenal.
Kak Lina tunggu 25 tahun, si Sophia tu tak sampai setahun, berlakon filem apa pun orang tak tau.
Sumber BN.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.