“Kenal kat disko ke?” – Majlis kahwin jadi kelab malam! Pengantin berhijab, suami asyik menari ramai-ramai siap ada DJ

PEPATAH mengatakan perkahwinan atau berumah tangga itu umpama mendirikan masjid.

Kebiasaannya, selesai pernikahan akan disusuli pula dengan majlis perkahwinan sama ada secara sederhana mahupun besar-besaran mengikut kemampuan dan tema masing-masing.

Namun, sedikit luar biasa apabila sebuah majlis perkahwinan disambut dengan gilang gemilang tak ubah seperti kelab malam!

Menerusi video tular, sepasang pengantin berarak masuk ke dalam dewan, yang perempuannya kelihatan anggun dalam persalinan busana kebaya moden dan berhijab serta sut kelabu bagi lelaki.

Kedua-dua mempelai yang berpegang tangan kemudian dapat dilihat secara agresif menggoyangkan badan mereka mengikut lagu rancak berentak disko yang dipasang.

Kelihatan juga seorang lelaki yang memainkan peranan seperti DJ di kelab, sedang memutar piring hitam tanpa henti.

majlis kahwin jadi disko 2

DJ memainkan lagu berentak disko.

Di tengah-tengah dewan pula menyaksikan sekumpulan lelaki berkemeja dan wanita yang berhijab sedondon dipercayai pengiring kedua-dua pengantin asyik menari bersama.

Video berdurasi 33 saat yang kini meraih 1.6 juta tontonan di TikTok itu turut menyaksikan pasangan pengantin menari dikelilingi semua pengiring menari, seperti sedang berpesta.

majlis kahwin jadi disko 3

Pasangan pengantin menari di tengah dewan.

Selain muzik disko, kepulan asap turut dilihat memberi kesan kepada pesta yang sedang berlangsung dengan aksi tarian masing-masing menghentak kaki dan ‘mencucuk langit’.

Majlis perkahwinan ala disko itu bagaimanapun difahamkan berlaku di Karawang di Jawa Barat, Indonesia.

Wedding entrance anti-mainstream? Yes please! Gaya muzik yang anda pilih untuk mengiringi anda dan pasangan ke pelamin mestilah paling sesuai dan biasanya menggambarkan watak anda berdua,” menurut keterangan video yang dikongsikan.

Video yang dimuat naik oleh DJ perkahwinan Indonesia dan penata muzik majlis pernikahan sejak 2013 itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan netizen.

majlis kahwin jadi disko 4

Pengantin perempuan asyik menari.

“Berkenalan di disko ke?

“Mesti kes cinta pandang pertama di kelab malam.

“Awatlah dah jadi tempat disko pula.

“Allah, kahwin itu kita bina masjid. Kenapa perlu ada macam ni?

“Macam-macam sekarang kat dunia ni. Perkahwinan versi macam ni pun ada.

“Kenapa jadi begini ya? Majlis kahwin tu jadi disko. Doa yang baik-baik saja, moga kekal selamanya. Amin.

“Nampak dah siapa mereka di sebalik tudung,” demikian antara komen netizen.

Video,

Sumber Mstar 

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Be the first to comment

Leave a Reply