Dulu Sama2 Naik Dengan MAwi, Ini Rupanya Keadaan Terkini Felix AF3. Patutlah Dah Jarang Keluar TV, Tak Sangka Sekarang Dah Lain!

Percaturan Felix Agus

MASIH ingatkan peminat seni terhadap naib juara program realiti Akademi Fantasi (AF) musim ketiga ini? Sementelah, wajahnya hampir lapan tahun tidak mewarnai industri seni tempatan.

Bukan sengaja menyepikan diri daripada bidang seni, sebaliknya figura berusia 34 tahun ini selesa memberikan perhatian kepada kerjayanya di negeri di bawah bayu, Sabah yang merupakan negeri kelahirannya.

Di temui di majlis sidang media program realiti terbaharu terbitan Astro, Dangdut Star, penyanyi yang dikenali sebagai Felix Agus atau Felix AF 3 ini memberitahu, masanya kini banyak dihabiskan sebagai deejay radio Kota Kinabalu FM.

“Sejak pulang ke Kota Kinabalu saya pernah merakamkan beberapa single berbahasa Melayu, Dusun dan Kadazan. Ianya untuk pasaran di sana sahaja.

“Malah, saya juga ada merakamkan dua buah album. Selain itu saya fokus kepada kerjaya tetap sebagai penerbit dan deejay stesen radio.

“Sebenarnya, bukan tidak mahu meneruskan karier nyanyian di semenanjung tetapi kehendak peminat di sana lebih banyak,” katanya.

Kerana itu Felix membuat keputusan meneruskan kehidupannya bersama keluarga di negeri tersebut.

“Alhamdulillah, rezeki saya tidak putus di sana. Bezanya, kehidupan di sana lebih sederhana,” kata bapa kepada Prine Eli, 4 tahun, dan Dea Thelisha, 18 bulan.

Berkongsi perasaannya menjadi peserta Dangdut Star, kata Felix, dia sangat teruja menyertai program itu.

“Dari dahulu lagi saya amat meminati genre dangdut. Jadi, bila tawaran seumpama ini datang, sudah pasti saya tidak menolaknya.

“Walaupun awalnya, saya sukar membuat keputusan kerana kekangan masa bersama stesen radio, namun galakkan isteri (Lydia Larius Gojih), membuatkan saya untuk meneruskannya,” katanya.

Tambahnya, dia yakin menerusi program itu, dangdut akan kembali diterima peminat.

“Dangdut punya pengikut tersendiri. Cuma, sekarang kurang penggiat seni yang mengangkat muzik itu.

“Kerana itu, ia tidak mendapat tempat di kalangan generasi kini, walhal suatu ketika dahulu, dangdut begitu hebat dan meriah.

“Lebih-lebih lagi wujudnya penyanyi dangdut seperti Iwan, Amelina, Sheeda dan Mas Idayu,” katanya.

Justeru, Felix berpendapat program ini bakal membawa perubahan kepada arena muzik dangdut itu sendiri.

“Saya juga punya impian besar melonjakkan kembali nama menerusi program ini dan siapa tahu, percubaan saya menerusi genre dangdut akan diterima peminat di sini,” katanya.

Ditanya apakah kesempatan tersebut digunakan untuk menaikkan kembali namanya dalam industri seni, jelasnya, sudah tentu dia akan menggunakan ruang tersebut sebaik mungkin.

“Mungkin ramai yang tidak mengenali saya kerana selepas AF 3, saya pulang ke Kota Kinabalu. Kehadiran saya kali ini sedikit sebanyak untuk meraih sedikit populariti dan memperjuangkan irama dangdut,” katanya pernah terkenal menerusi lagu Warkah Berlagu Pilu ini.

Saingan sengit

Bercerita lanjut, peminat penyanyi dangdut seberang, Rhoma Irama ini menjelaskan, latar belakang sebagai penyanyi bukan alasan dia lebih hebat daripada peserta lain.

“Bukan sahaja saya, rata-rata peserta program ini mempunyai asas dalam bidang nyanyian.

“Saya percaya saingan amat sengit jika melihat pengalaman mereka sebelum ini.

“Bagaimanapun, saya cuba yang terbaik kerana dangdut adalah jiwa saya,” katanya.

Selain itu, pemilihan lagu yang diberikan juri juga antara cabaran besar bagi dirinya.

“Kami sendiri tidak tahu apa lagu yang akan dinyanyikan nanti. Mungkin lagu tersebut sudah sinonim dengan segelintir peserta atau pun tidak.

“Yang pasti jika diberikan kesempatan saya mahu menyanyikan lagu daripada Muchsin Alatas,” katanya mengagumi penyanyi tersohor Indonesia itu.

Dalam pada itu, Felix berkata, dia tidak kisah dikenali sebagai penyanyi dangdut selepas ini.

“Ayah saya orang Indonesia, jadi saya sudah biasa dengan irama ini sejak kecil lagi khususnya lagu-lagu dangdut seberang.

“Jadi, saya pasti ayah akan gembira jika saya mampu menaikkan muzik dangdut yang menjadi kegemarannya,” kata pelantun lagu Aku Pencintamu ini.

Barangkali naib juara Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), Felix Agus jarang mengetengahkan kehidupan peribadinya kepada media, namun bagi para peminat yang mengikuti perkembangan beliau di laman Instagram pasti menyedari penyanyi ini tidak lokek untuk berkongsi foto-foto keluarganya kepada umum.

Untuk info, Felix telahpun mendirikan rumah tangga dengan Lydia Larius Gojih pada tahun 2011 dan sehingga kini mereka dikurniakan sepasang cahaya mata yang begitu comel sekali.

Anak lelakinya sudah mencecah usia empat tahun, manakala puteri bongsunya pula baru berumur dua tahun.

Menerusi foto-foto yang dimuat naiknya di laman sosial memperlihatkan Felix sering menghabiskan masa bersama anak-anak.

Banyak juga telatah comel anak-anaknya yang kelihatan nakal dan pintar walaupun masih cilik lagi.

Sementara itu, Felix pula umpama seorang bapa yang penyayang dan tidak lelah melayan kerenah mereka.

Tanpa membuang masa, jom saksikan foto-foto terkini Felix bersama keluarga yang dikongsi menerusi laman Instagramnya, @felixagus.

menerusi laman Instagramnya, @felixagus.

Comelnya Anak-anak Felix Agus | Gempak

 

Felix Agus (AF3) Mahu Angkat Semula Namanya - Hiburan | mStar

 

Masih Ingat Felix AF3? Ini 10 Foto Terkininya Bersama Isteri Dan Anak-Anak | Iluminasi

isteri felix agus | Kopivosian...

Sumber MSTAR

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply