” Ia sangat berharga, mungkin saya sendiri tidak dapat merasai situasi sedemikian di tempat lain setakat ini..”
Demikian luahan penyanyi Min Yasmin yang kini selesa dalam legasi tersendiri dan terus utuh melakar nama di negara Filipina sejak beberapa tahun lalu.
Menurut Min atau nama sebenarnya Nurul Yasmin Abdul Aziz, 33, penghargaan itu antara momen terindah sepanjang bergelar anak seni.
Apa tidaknya, perjuangan dalam dunia seninya terus dihargai peminat dari negara tersebut.
” Saya selalu cakap pada suami, momen dihargai di sana memang betul-betul lain, berbeza.
” Misalnya ketika baru sahaja mendarat di lapangan terbang, mereka sudah setia menanti. Siap dengan sepanduk yang besar. Sanggup ‘print’ poster dan sebagainya. Malah saya pernah diiringi kawalan tentera.
” Ada wakil media tempatan sebelum ini yang pernah datang menonton persembahan saya di sana tahu akan situasi itu. Mana-mana bergerak, akan ada yang kawal.
Boleh lihat dalam muzik video lagu Belum Lelah Setia. Itu hanya kunjungan saya melawat pulau-pulau sekitar. Awalnya memang tak rancang untuk dilakukan muzik video.
” Kalau ada kawalan, biasanya dalam 15 hingga 20 tentera yang kawal jika ia melibatkan kawasan pulau, dengan pihak marin lagi. Memang mereka kawal betul-betul,” ujarnya kepada Gempak.
Ditawarkan naik jet peribadi
Dalam pada itu, Min memberitahu dirinya pernah ditawarkan untuk menaiki jet peribadi yang dihantar khusus untuk menerbangkannya ke Filipina sekitar Disember lalu.
” Jujurnya kebelakangan ini saya sudah ada terima beberapa undangan nyanyian di sana. Malah akhir tahun lalu, ada pihak yang sudi ambil saya di Sabah dengan jet peribadi untuk satu persembahan makan malam.
” Saya rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan saya tak nak bila saya ke sana, upload video dan orang tag saya di media sosial nanti orang pertikai Min Yasmin boleh pergi ikut jalan mana?
” Jadi, saya tak nak, walaupun diakui akan dapat duit, glamor dan sebagainya,” tambahnya.
Biarpun tidak pernah meletakkan nilai bayaran yang dikenakan untuk setiap kali muncul membuat persembahan di Filipina, Min akui sehingga kini masih berpuas hati.
” Tidak dinafikan, industri muzik di sana adalah bisnes yang besar. Namun selama saya terima jemputan untuk membuat persembahan di Filipina, saya tidak pernah sebut harga.
” Selalunya penganjur akan kongsi berapa bajet mereka terlebih dulu. Ada sebahagian bayaran persembahan diterima dalam US Dollar dan ada juga dalam nilai Peso,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Min yang kini muncul dengan album berjudul Min Yasmin: World On A String bakal mengadakan konsert Min Yasmin Live In Sandakan pada 11 dan 13 Mac depan di dua lokasi berbeza.
Biodata serta profil Min Yasmin.
Sebagaimana diungkapkan oleh Min Yasmin di mana beliau mengakui lebih terkenal di Filipina, orang ramai mungkin ingin mengetahui siapa Min Yasmin.
Selain bergelar penyanyi, pemilik nama sebenar Nurul Yasmin Abdul Aziz ini juga merupakan seorang pelakon di Malaysia.
Tarikh Lahir: 3 Disember 1988
Umur: 33 tahun
Asal: Johor Bahru, Johor
Drama: Derhaka Seorang Madu
Lagu Terkenal: Hilangkanlah, Teman Yang Ku Kasihi, Jauh Di Mata dan Seperti Yang Lain
Menarik tentang Min Yasmin
1) Terkenal dengan imej turban, Min Yasmin sebelum ini dikenali sebagai penyanyi lagu tema dan merupakan anak didik kepada komposer serta penulis lirik terkenal Malaysia iaitu Julfekar Ahmad Shah.
2) Pada tahun 2014, Min akhirnya berkahwin dengan Julfekar. Min berkata perbezaan umur hampir 25 tahun dengan suami bukan satu msaIah asalkan bukan suami orang.
3) Manakala suami Min, Julfekar merupakan bapa saudara kepada penyanyi Azharina Azhar dan bekas pengurus kepada penyanyi Farawahida.
4) Min mencipta nama di Filipina pada 2015 bagi memulakan kerjaya muziknya di sana dan dtelah merakamkan lagu dalam bahasa Tagalog dan Sinug (bahasa kaum Suluk atau Tausug).
5) Min mula mendapat perhatian meluas di Filipina menerusi lagu “Sa Iyo” menampilkan Nikki Bacolod, seorang penyanyi, pengacara dan pelakon kelahiran Filipina.
6) Kebanyakan lagu nyanyian Min dalam bahasa Tagalog mendapat reaksi sangat positif dari ntizen Filipina yang memuji kelantangan vokal dan gemersik alunan suaranya menjadi siulan di sana.
7) Beliau bakal mengadakan konsert Min Yasmin Live In Sandakan pada Mac tahun ini. Menariknya adalah penonton kebanyakannya dalam kalangan suku kaum Bajau dan Suluk.
8) Untuk rekod, Min Yasmin telah terlibat dengan 17 konsert sejak tahun 2015 sehingga kini di Filipina. Beliau telah mendapat anugerah ‘Outstanding Asian Singer’ dan dipilih sebagai Duta Muzik Manila Filipina pada 2015
9) Min dan suami turut mengusahakan sebuah kafe yang terletak di Kompleks Sinsuran, Kota Kinabalu (KK). Tempatnya betul-betul berdepan Pasar Filipina dan Pasar Kraftangan di sana.
10) Meskipun sudah lebih 8 tahun mendirikan rumh tgga, Min dan suami masih belum dikurniakan cahaya mata. Namun Min tetap bersyukur kerana suami ada 4 orang anak dan 7 orang cucu (hasil perkahwinan yang dulu).
Sumber:mstar, nona, wikipedia, mediahiburan, gempak dan utusan.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.