Puas Cari Keberadaan Zali, Syanie Teruja Jumpa Kembali ‘Anak’ Dalam Senario Lagi Dan Ini Wajah Terkininya!

Puas Cari Keberadaan Zali, Syanie Teruja Jumpa Kembali ‘Anak’ Dalam Senario Lagi Dan Ini Wajah Terkininya

Baru-baru ini, pelakon tanah air, Syanie Hisham telah meluahkan hasrat ingin bertemu dengan ‘anaknya’ dalam filem ‘Senario lagi’ yang membawa watak sebagai Zali.

Perkara itu muncul sewaktu menjalani penggambaran filem ‘Jaga-Jaga Senariounion’ dan Syanie mula bertanya mengenai rakan-rakan lamanya termasuklah pelakon cilik berkenaan.

Oleh sebab itu, Syanie telah membuat sebuah sesi live di laman Instagram bagi mencari keberadaanya sehingga menggesa bantuan orang ramai dalam misi ‘mencari Zali’.

 

Siapa sangka, rakaman tersebut telah mendapat perhatian netizen sehingga tul.ar di media sosial dan orang ramai dilihat tidak henti membantu dalam menunaikan hasrat Syanie.

Usaha ‘mencari Zali’ berjaya, Syanie luah rasa teruja diketemukan kembali

Bagaimanapun, hasrat pelakon itu akhirnya menjadi kenyataan selepas ‘anaknya’ itu yang dikenali sebagai Alhariz Ismail telah menemui mereka di set penggambaran.

Menurut Syanie, ketika dia berkongsikan rakaman live itu, sepupu kepada Hariz telah menontonnya sebelum dikongsikan kepada ahli keluarga Hariz.

Tidak lama kemudian, ibunya segera menghubungi Syanie menerusi mesej di Instagram dan akhirnya berjaya berhubung dengan ‘anaknya’ itu.

Tambahnya lagi, Hariz yang berumur 32 tahun dan sudah berumah tangga itu telah hadir ke lokasi penggambaran ketika pihak produksi sedang menjalankan babak ken.duri kahwin semalam.

Malam semalam dia ha.dir dan dapatlah kami semua bersua. Dah besar dah ‘Zali’. Kalau dapat jumpa lebih awal, memang kami terfikir untuk masukkan dia sekali dalam filem ini.

Jadi, dia terbabit sama ketika babak majlis perkahwinan. Namun, saya tak pasti sama ada produksi sempat masukkan dia atau tidak. Tapi, memang seronok dapat berjumpa kenalan-kenalan yang dah lama tak berjumpa.

Hariz turut luah rasa te.ruja, kini tidak aktif dalam bidang lakonan

Dalam pada itu, Hariz juga turut meluahkan rasa teruja akan pertemuan itu selepas hampir 21 tahun tidak bertemu dengan Syanie dan kumpulan Senario.

Walaupun sudah lebih 20 tahun, mereka masih seperti dulu. Saya pula yang rasa semakin membesar dan meningkat usia.

Selain itu, dia juga tidak men.yang.ka bahawa dirinya masih diingati oleh mereka terutamanya Syanie yang menjadi ibunya dalam filem Senario Lagi.

Saya memang tak sang.ka mereka masih ingat dan men.cari saya. Bila nampak video kak Syanie mencari ‘Zali’, memang saya pun ter.ke.jut dan hubunginya menerusi Instagram sebelum berbual secara panggilan video.

Bercerita mengenai perkembangan terkini, hariz mengakui telah pun mendirikan rumah tangga serta tidak aktif lagi dalam industri seni.

Sebelum ini, dia pernah menjadi pelakon tambahan dalam beberapa drama dan kini hanya fokus dalam mengusahakan perniagaan menjual barangan kelengkapan permainan video secara dalam talian.

sumber: Instagram Syanie / HM

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

Be the first to comment

Leave a Reply