Kahwin? Masih dalam perancangan.. saya akan jemput Ellie Suriaty – Azri Iskandar

PELAKON Azri Iskandar mendedahkan yang dia masih lagi dalam perancangan untuk mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya, Dr Azra.

Namun, niat murni itu belum dapat direalisasikan kerana Azri masih lagi belum mempunyai wang belanja yang mencukupi untuk mengadakan majlis perkahwinan.

“Memang target (untuk berkahwin) seawal mungkin. Kalau kewangan okey, jadilah. Mungkin tahun ini juga insya-Allah.

“Jika betul saya akan mendirikan rumah tangga, saya akan kongsikan dengan semua,” katanya kepada Gempak ketika Majlis Tayangan Drama-Drama Baharu Astro di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur semalam.

Pada acara berkenaan, Astro memperkenalkan drama baharu seperti Bukan Cinta Sempurna, Budak Hostel Otaknya Sewel dan Tanah Kubur Siri 16.
Menerusi acara yang sama, Azri ‘disatukan’ buat kali pertama dengan Ellie

memandangkan kedua-duanya membintangi drama Tanah Kubur tetapi berlainan episod.
Pun begitu, Azri memberitahu yang dia tidak akan lupa untuk menjemput bekas isterinya, Ellie Suriaty untuk hadir ke majlis perkahwinannya.

“Saya akan buat majlis, walaupun dah tua. Untuk makan-makan, gathering kawan-kawan dan juga bergambar.

“Saya akan jemput bekas Ellie untuk datang ke majlis perkahwinan saya. Itu sudah pasti. Tapi sama ada dia nak datang atau tidak, terpulang pada dia,” katanya lagi.

Sementara itu masih belum reaksi apa-apa daripada bekas isteri.

Azri menambah, hubungannya bersama Ellie masih baik dan dia boleh menyifatkan hubungan tersebut lebih bagus berbanding ketika masih bergelar suami isteri.

“Hubungan kami baik, sungguhpun sudah berpisah. Saya rasa macam lebih baik berbanding ketika berkahwin. Kalau takda duit saya pinjam dia dan begitu juga dia.

Hubungan kami macam biasa, macam tak cerai… cuma tak duduk serumah,” kongsinya.
Ditanya adakah dia sudah membawa Dr Azra bertemu dengan anak-anak, Azri berkata: “Belum… dia sibuk,” katanya menutup bicara.

Untuk rekod, Ellie dan Azri atau Azri Iskandar Zulkiffly, 55, bercerai talak satu pada 17 Mei tahun lalu.

Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata iaitu Azrell Omar, 18, dan Nur Azreen, 14 tahun.
Menerusi perkahwinan terdahulu, Azri juga dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Afiq Iskandar, 31, Farah Qistina, 29 dan Nur Anis Mastura, 27 tahun.

Sumber Astro.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!

PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri

Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:

Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih

Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.

 

Be the first to comment

Leave a Reply