Pelakon versatil, Norish Karman tampil menafikan tuduhan sesetengah pihak yang menuduhnya mengambil suntikan kecantikan atau ‘botox’ di bahagian bibir dan hidung untuk kelihatan muda dan cantik sentiasa.
Kata Norish, genetik wajah bibir tebal dan hidung mancung yang dimilikinya adalah warisan daripada ibu bapanya.
Menurutnya lagi, duit untuk pembedahan wajah lebih baik digunakan untuk bersedekah dan belanja ahli keluarga dan insan memerlukan.
Saya tiada duit untuk buat suntikan atau pembedahan kecantikan. Hidung mancung kerana arwah umi ada keturunan arab. Lebih baik guna duit untuk infaq kepada insan memerlukan atau belanja anak dan sahabat.
Pelakon yang berasal dari negara seberang tambak ini juga mendedahkan bahawa dia takut dengan alatan tajam dan tidak tahan sakit jika melakukan pembedahan wajah.
Tidak. Saya tidak berani untuk melakukan apa-apa yang berkaitan pisau. Hanya empat kali pembedahan caesarean bagi melahirkan anak.
Saya tidak boleh tahan sakit jika berbuat apa-apa berkaitan implan pada wajah. Tidak juga akan melakukan Botox kerana saya hiperaktif sehingga tidak mampu tahan sakit.
Jelasnya lagi, dia sudah berdepan dengan pelbagai tuduhan dan fitnah namun memilih untuk menghadapinya dengan senyuman.
Sumber BN.
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih Banyak!
PERHATIAN: Pihak admin tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.
Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak admin juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri
Sementara itu, anda boleh baca juga kisah-kisah lain yang menarik dan menghiburkan di bawah ini yang dikongsikan seperti berikut:
Jangan lupa like di bawah atau follow page kami. Terima Kasih
Please wait while you are redirected...or Click Here if you do not want to wait.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.